CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rossa Mengaku Pernah Alami Depresi Kerana Kemunculan Banyak Penyanyi Baharu

3-12-2020 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3831| Komen: 12

Description: Menjadi penyanyi yang sudah diberi gelaran Diva tidak bermakna perjalanan karier yang dilalui Datuk Seri Rossa berjalan mulus.
Menjadi penyanyi yang sudah diberi gelaran Diva tidak bermakna perjalanan karier yang dilalui Datuk Seri Rossa berjalan mulus.

Sebaliknya, kata penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Hey Ladies ini, beliau juga pernah melalui fasa berasa dirinya sudah tidak diperlukan di dalam industri hiburan Indonesia.



Selain berasa lagu lagunya sudah tidak boleh berkembang, Rossa mengaku kehadiran banyak penyanyi baharu membuatkan kariernya semakin tenggelam. Hal itu kemudian membuat beliau depresi.

Pengakuan itu dibuat Rossa sewaktu menjadi tetamu dalam podcast program yang dihoskan oleh
Deddy Corbuzier dan Ivan Gunawan. 


Foto: IG

"Saya sempat ya berasa itu (depresi). Mungkin waktu itu saya penat. Saya ingat lagi sekitar tahun 2015, saya berasa karya karya kepunyaanku sudah tidak boleh berkembang. Berada di situ sahaja sampai tak tahu apa yang patut dilakukan lagi," akui Rossa dalam pertemuan itu.

Hal itu kemudian memicu kepada krisis kepercayaan diri. Tidak hanya berasa karyanya sudah tidak boleh berkembang, beliau juga sudah tidak diberi perhatian oleh syarikat rakaman.

"Saya juga sempat berasa syarikat rakaman sudah tidak lagi memerlukan saya, diberi layanan kurang. Padahal tak ada apa yang terjadi. Syarikat rakaman melayan saya dengan sangat baik. Hanya perasaan saya pada waktu itu, semuanya jadi terlalu sensitif buat saya," tambah ibu tunggal anak satu itu lagi.

Dan hal lain yang terus membuat dirinya berasa depresi adalah apabila muncul ramai penyanyi baharu, sekaligus menjadi saingan buat dirinya.


"Waktu itu saya berasa sudah melakukan semuanya. Apa lagi yang belum saya keluarkan. Pada waktu yang sama ramai penyanyi baharu yang lebih baik dan bagus daripada saya muncul. Jadi perasaan saya lebih down," tutur Rossa.

Namun segala perasaan down dan depresi berjaya dibuang oleh Rossa yang diketahui akrab dengan penyanyi Afgan itu.

Rossa malah terbang lebih tinggi dan menjadi sangat sukses kerana kerja keras dan perasaan tanpa putus asanya.



Terkini, beliau baru muncul dengan single terbaharu yang diberi judul Masih. Apa yang istimewa, Rossa berjaya menggunakan khidmat aktor terkenal Korea Selatan, Ki Do-hoon sebagai model untuk video muzik lagu tersebut.

Sebelumnya, Rossa juga berjaya memikat hati peminat Korea apabila menyanyikan Hati Yang Kau Sakiti dalam versi Korea yang berjudul Sangcheo Badeun Maeum pertengahan tahun ini. -CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 3-12-2020 01:43 PM
insecure rupanya{:nose
Quote husna_amal 3-12-2020 02:48 PM
Hajah Rossa pun rasa tergugat dengan bbnu.
Quote lavendernovella 3-12-2020 03:08 PM
Lagu baru dia ada ke , yg lama2 jer memorable
Quote Artemesiaa 3-12-2020 03:52 PM
Normal ler tu semua penyanyi terkenal pasti akan ada rasa tu bila dah makin ramai pendatang baru dalam pasaran saingan dan makin ramai.  Macam yang jadi di Korea sampai ada yang bunuh diri.
Quote salmon-suki 3-12-2020 03:53 PM
Dan2 depression jgk .tokti jgk y tak kesah dgn kemunculan bbnus .kekekeke~{:smile{:smile
Quote Aikiko 3-12-2020 08:32 PM
Foto di ig yg no.3 tu dah kenape??
Quote wyatthazel 4-12-2020 05:54 PM
Tell Sobeys what you have experience taking the authority  Toward the finish of the Sobeys Customer Survey, you have an extraordinary opportunity to win $1,000 Basic Food Products that focuses as Sobeys Survey Prize.


Along these lines, in the event that you had as of late visited the Sobeys Supermarket, at that point do give your criticism in the Sobeys Feedback Survey alluding to this post.


Quote inspektoremos21 4-12-2020 11:16 PM
salmon-suki replied at 3-12-2020 03:53 PM
Dan2 depression jgk .tokti jgk y tak kesah dgn kemunculan bbnus .kekekeke~{:smile{:smile

Hahaha of course tokti tak tergugat dgn penyanyi2 baru dkt malaysia ni. Hauk jah penyanyi malaysia sekarang
Quote Orix 7-12-2020 10:13 AM
lagu Ayat2 Cinta sheols evergreen kot... lagu Pudar pun.. lagu Tegar pun masih top kt yindon... mengada lah acik rossa.... punya la byak lagu hits dia...
Quote xijasmine95 14-12-2020 05:33 PM
Nape pulak nak insecure? Slalu je nmpk dia kat mana2 stesen tb kat sana.
Quote Itzy 15-12-2020 03:14 AM
xijasmine95: Nape pulak nak insecure? Slalu je nmpk dia kat mana2 stesen tb kat sana.


Jenis gila glamer sebab tu la dah jadi hajah pun masih merempan nak menyanyi. Kalau aku dah pergi haji aku takkan teringin dah nak buat segala dosa baru. Tumpu mengaji quran dan solat banyak2. Maklum dah suci dari segala dosa lepas gi haji. Kalau tak silap aku pernah terbaca yang manusia2 yang gi kerjakan haji ni umpama orang non moslem yang baru convert islam. Mungkin aku silap baca kot. Wallahualam.
Quote trisnalovezul 25-12-2020 12:08 AM
masih cantik mba rossa diusia senja..bukti wanita indonesia cantik ga dimamah usiaa tanpa operasi

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.314915 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top