CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Dicekik Lepas Hina Kawan Miskin Tak Mampu Beli Telefon

3-12-2020 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4293| Komen: 21

Description: Dendam akibat dihina miskin kerana tidak mampu membeli telefon bimbit menyebabkan seorang lelaki tergamak mencekik rakannya sehingga mati.
Dendam akibat dihina miskin kerana tidak mampu membeli telefon bimbit menyebabkan seorang lelaki tergamak mencekik rakannya sehingga mati.

Tribunnews melaporkan, insiden itu berlaku pada 27 November lalu di kawasan sunyi berhampiran pasar di Malang, Jawa Timur.


Suspek berusia 20 tahun manakala mangsa berumur 14 tahun.


Kredit foto:


Ketua Polis Daerah Malang, Hendri Umar berkata, kes itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka pada 29 November lalu.

Beliau berkata, pasangan berkenaan mendakwa anak mereka sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

"Sehari selepas laporan itu, satu mayat ditemui di sebuah kebun dalam keadaan ditutup dengan daun ubi dan betik.

"Pengecaman identiti dilakukan mendapati ia adalah mayat seorang remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini.


"Mayat itu kemudian di bawa ke hospital untuk bedah siasat dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di leher mangsa dipercayai akibat dicekik," katanya.

Siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek yang dipercayai individu terakhir bertemu mangsa sebelum dia dilaporkan hilang.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku bertemu mangsa di sebuah warung dan ada bertanya mengenai telefon bimbit baharu yang dibawa rakannya.

"Pertanyaan itu dibalas oleh mangsa dengan cemuhan hingga menimbulkan kemarahan suspek.

"Lelaki itu kemudian mengajak mangsa ke sebuah kawasan kononnya untuk melihat jaring dipasang untuk menangkap burung. Ia sebenarnya helah bagi membunuh rakannya," katanya.

Hendri berkata, suspek dipercayai mencekik mangsa hingga pengsan, tetapi rakannya itu sedar tidak lama kemudian dan melarikan diri ke kawasan kebun.

Panik dengan apa yang berlaku, suspek mengejar mangsa dan mencekiknya hingga mati.

"Suspek dikatakan sanggup menunggu selama dua jam untuk memastikan mangsa benar-benar mati.

"Kira-kira jam 5 petang, barulah suspek meninggalkan lokasi kejadian bersama telefon bimbit dan barangan milik mangsa," katanya.

Dalam pada itu, suspek juga memberitahu polis bahawa dia tidak kesal dengan perbuatannya kerana menganggap ia balasan bagi orang yang menghinanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 3-12-2020 11:19 AM
Isu semasa Indonesia lagi. Ni forum indon kah?
Quote AshKetchum 3-12-2020 11:54 AM
nama tempat nama daerah pon dah malang khens. selayaknyalah malang kuat berbau dah ko sendiri yang mengundang nasib malang kan dekk
Quote Themilo 3-12-2020 12:04 PM
AshKetchum replied at 3-12-2020 03:54 AM
nama tempat nama daerah pon dah malang khens. selayaknyalah malang kuat berbau dah ko sendiri yang m ...

Malang tu kotanya meriah dekk.. sister pernah ke sana curr sebelum memanjat bromo & kawah ijen..
Quote lattehazelnut 3-12-2020 12:22 PM
X surprise pun hp mmg nyawa utk budak remaja sampai sanggup membunuh..
Quote amyza 3-12-2020 12:40 PM
Ni macam kes ganu tu lah. Bunuh kawan sebab kena hina. Curik pulak makeup kawan tu.
Quote dudaberhias 3-12-2020 12:41 PM
asyik2 tempat ni je... dah kenapa dengan daerah ittew? ada sumpahan ke macam mana...

tau la negara leluhur...
Quote sukacactus 3-12-2020 12:45 PM
Alaa dah nak dekat dewasa pun xleh pikir panjang
Yg terasa sgt dgn budak 14 tahun tu kenapa
Quote mamajawie 3-12-2020 12:45 PM
kenapa xmsuk bod luar negara ea?ke memang xde bod luar negara?
Quote Kurex 3-12-2020 01:33 PM
Leluhurrrrr
Quote kroit92 3-12-2020 01:41 PM
kerana pulut, santan binasa,
kerana mulut, badan binasa
Quote gideoncross 3-12-2020 01:56 PM
Bru 14 thun dh brlagak, slayaknya, duit beli hp bru pun mak bapak yg provide, ada hti nk brlagak lgi.
Quote dani-rox 3-12-2020 02:18 PM
LadyCarefree replied at 3-12-2020 11:19 AM
Isu semasa Indonesia lagi. Ni forum indon kah?

Entah... kat Uganda pun ada berita2 menarik jua.
Hari bila entah ai terbaca, psl sorg penyanyi gospel pompuan Uganda dan bekas lakinya sorg pastor yg terkenal kat sana. Lepas bbrp thn bercerai, negara tu heboh si pastor nih kawen lagi. tak lama lepas tu pulak ex-wifenya si penyanyi tu pun kawen jugak tp dgn pompuan di Canada. Maka berita bekas laki dia kawen 2nd time tenggelam dgn kisah majlis perkahwinan lesbiannya.

Quote husna_amal 3-12-2020 02:31 PM
Kerana mulut badan binasa. Yang membunuh pun satu kena ejek dengan budak pun sampai nak membunuh.
Quote Itzy 3-12-2020 09:40 PM
Buat pengajaran pd yg masih hidup jangan suka menghina mengumpat orang atau kau jadi mayat nanti
Quote KillerMania 4-12-2020 05:03 AM
amyza replied at 3-12-2020 12:40 PM
Ni macam kes ganu tu lah. Bunuh kawan sebab kena hina. Curik pulak makeup kawan tu.

Bila Pula dihina ???? Rekaan je .
Quote amyza 5-12-2020 12:00 AM
KillerMania replied at 4-12-2020 05:03 AM
Bila Pula dihina ???? Rekaan je .

Pembunuh tu dah tukar statement ke? Haritu baca dia cakap member tu hina dia.
Quote awenda507 5-12-2020 02:58 AM
Tu mkn diaaaa..sbb mulut bdn binasa.cash!
Quote KillerMania 7-12-2020 07:29 AM
amyza replied at 5-12-2020 12:00 AM
Pembunuh tu dah tukar statement ke? Haritu baca dia cakap member tu hina dia.

Rekaaaaannnnnn je .jgn percaya .
Quote KillerMania 7-12-2020 07:29 AM
amyza replied at 5-12-2020 12:00 AM
Pembunuh tu dah tukar statement ke? Haritu baca dia cakap member tu hina dia.

Rekaaaaannnnnn je .jgn percaya .

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.192333 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top