CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir 100,000 Rakyat Malaysia Hilang Kerja Akibat COVID-19

4-12-2020 01:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4435| Komen: 25

Description: Sistem Insuran Pekerja (SIP) merekodkan seramai 99,696 pekerja diberhentikan atas pelbagai sebab antara Januari hingga 27 November lalu.



Sistem Insuran Pekerja (SIP) merekodkan seramai 99,696 pekerja diberhentikan atas pelbagai sebab antara Januari hingga 27 November lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, berkata menerusi data PERKESO, dianggarkan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja adalah daripada golongan B40 berpendapatan RM4,000 ke bawah. 

Antara sebab itu ialah penutupan perniagaan, pengecilan tenaga kerja, Skim Pemisahan Sukarela (VSS), Skim pemberhentian Kerja dengan Persetujuan Bersama (MSS), syarikat mengalami masalah kewangan kritikal, penutupan separa, pengambilalihan dan penempatan semula syarikat.

“Berdasarkan rekod SIP hingga 27 November lalu, bilangan kehilangan pekerjaan membabitkan kategori pengurus ialah seramai 13,109 orang manakala profesional (26,079 orang) serta juruteknik dan profesional bersekutu (19,095 orang).

“Kategori ini adalah kalangan pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke atas.

“Faktor-faktor tersebut disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh semua industri secara global disebabkan pandemik COVID-19 yang di luar kawalan.” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 



Kredit foto: NSTP/ Aswadi Alias


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JokesCop 4-12-2020 02:10 AM
Artikel ni buat aku check internet, 4K skrg b40 ke? 2019 rm4.9K dah consider b40. Inflation 2014 - 2017 12%.

Aku pelik kebapa budak2 baru grad mintak 3.5k kene marah. Sape nak belajar tinggi2 keluar2 below poverty income.
Quote KillerMania 4-12-2020 04:59 AM
Syukurlah Malaysia Masih AMAN
Quote honam 4-12-2020 07:01 AM
JokesCop replied at 4-12-2020 02:10 AM
Artikel ni buat aku check internet, 4K skrg b40 ke? 2019 rm4.9K dah consider b40. Inflation 2014 - 2 ...

majikan bagitau, kalo lu nak keja terima je gaji 1800, kalo tak nak u bleh blah, ramai lagi yang nak keja
Quote Normabaru 4-12-2020 10:12 AM
Wow.. Starting gaji bbnu skrg 4k dgn no experience just sekeping kertas? Kaka dlu start gaji pon xsmpi 2k..patutla bdk skrg sakan bermewahan. Gaji mahal ye. huhuu
Quote Artemesiaa 4-12-2020 12:12 PM
Dia orang sebenarnya dah ke tipu dek mak2 dia orang sebab masa belajar selalu disogokan kena belajar pandai2 nanti boleh masuk U dan boleh dapat gaji besar jadi boss duduk opis aircon.  Tetiba bila dah habis U boleh dapat kerja tapi gaji ciput  tak boleh jadi boss tapi boleh duduk opis aircon jadi orang bawahan tu yang berangin tu.  
Quote husna_amal 4-12-2020 12:18 PM
Pandai2 lah survive masa zaman gawat ni.
Quote mamajawie 4-12-2020 12:33 PM
biar btul starting keje RM4k?aku da msuk 3tahun keje bru naik 500 jadi rm3k..jadah tol
Quote mamajawie 4-12-2020 12:35 PM
Normabaru replied at 4-12-2020 10:12 AM
Wow.. Starting gaji bbnu skrg 4k dgn no experience just sekeping kertas? Kaka dlu start gaji pon xsm ...

macam bohong je kaka..aku lepas U gaji baru la rm2500 je..

Quote supermum 4-12-2020 01:12 PM
Normabaru replied at 4-12-2020 10:12 AM
Wow.. Starting gaji bbnu skrg 4k dgn no experience just sekeping kertas? Kaka dlu start gaji pon xsm ...

Bukan freshgrad, just in general je situ.
Quote Normabaru 4-12-2020 01:35 PM
mamajawie replied at 4-12-2020 12:35 PM
macam bohong je kaka..aku lepas U gaji baru la rm2500 je..

Oyeke buhung.. Mana nk tahu.Kalau tinggi gitu untungla badan Kehkehkeh..
Quote batusembilan 4-12-2020 01:46 PM
yg ni blh apply terus unt keluarkan epf. xyah nk melalak. lebih dari 2 bulan x mencarum epf.......terus layak.
Quote abcdotcom 4-12-2020 04:19 PM
Ujian .......Cobaaaaan .
Quote gigahertz 4-12-2020 11:44 PM
honam replied at 3-12-2020 11:01 PM
majikan bagitau, kalo lu nak keja terima je gaji 1800, kalo tak nak u bleh blah, ramai lagi yang n ...

Sebenanrnya T20 yang buat duit atas B40.
Quote JokesCop 5-12-2020 03:40 AM
Normabaru replied at 4-12-2020 10:12 AM
Wow.. Starting gaji bbnu skrg 4k dgn no experience just sekeping kertas? Kaka dlu start gaji pon xsm ...

Tatau la sis, kadang2 undersale. Xde pengetahuan market value. Orang selalu bangga, kalau company terus hire on the spot, kunun2 skill tinggi. Padahal gaji dalam resume, below market price xingat.

Aku pernah join hr interview budak. Market salary masa tu 2400 - 2800 fresh grad. Punyalah bangga sekor tu dapat hire on the spot. Dia minta gaji degree holder tau, 1400. HR xbaca habis resume, up 200 terus tanya bila boleh join?

3 bulan masuk keje, confirm up lagi 200. 1800. Meroyan duit xcukup, gaji sekor lagi ni lagi tinggi tapi xpandai buat keje, cakap sana, cakap sini. Masalah disiplin mmg melangit. Sampai sanggup geledah laci aku curi tgk payslip.

Moral dia, kalau jual diri rendah, mmg orang nampak xbijak, senang2 kene buli.
Quote stingerchill 5-12-2020 04:00 AM
mamajawie replied at 4-12-2020 12:35 PM
macam bohong je kaka..aku lepas U gaji baru la rm2500 je..

Mustahil.kau ini FIRST CLASS HONOURS?
Quote TomyamPuteh 5-12-2020 09:48 AM
Edited by TomyamPuteh at 5-12-2020 09:54 AM

Aku dlu mula2 keja starting RM645
Quote ninja boy 5-12-2020 10:37 AM
Separuh kenderaan hilang di jalan raya
Quote rain2169 5-12-2020 08:47 PM
ada je keje kat luar sana.... cuma korang jangan pilih2 dah la....

Quote apam 5-12-2020 09:01 PM
JokesCop replied at 4-12-2020 02:10 AM
Artikel ni buat aku check internet, 4K skrg b40 ke? 2019 rm4.9K dah consider b40. Inflation 2014 - 2 ...

Yg marah2 tu acik-acik melayu la jugak. Dorang petik dulu dorang keje gaji ciput aje....tapi dorang lupa dulu harga tambang bas/teksi/minyak/makan/sewa/public phone jauh rendah drpd sekarang. Dahla dulu takda ptptn. Entah bayar balik ke tak jpa/mara.Kengkadang aku pelik dgn acik-acik melayu yg acah bagus tu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.114096 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top