CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

WATSONS RACE START! ~ RUNNING MAN FANMEET MENGAMATKAN SINGAPURA

29-10-2013 12:47 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14540| Komen: 5

Description: Singapura 19 Oct 2013 – Kemunculan ahli Running Man Song Ji Hyo, Kang Gary, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook dan Haha baru-baru ini mengegarkan kota Singa Singapura.Kedatangan mereka adalah sememangnya sang ...



Singapura 19 Oct 2013 – Kemunculan ahli Running Man Song Ji Hyo, Kang Gary, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook dan Haha baru-baru ini mengegarkan kota Singa Singapura.  Kedatangan mereka adalah sememangnya sangat dinantikan oleh peminat rancangan variasi korea tersebut.  

CARI Malaysia berbesar hati menerima undangan daripada pihak penganjur ONE (Singapore) ke acara fan meeting bersama ahli Running Man yang berlangsung di Expo Hall 2B Singapura.

Sehari sebelum fanmeet diadakan, satu sidang media telah diadakan di W Hotel, Sentosa Cove, kesemua ahli Running Man melahirkan rasa gembira dapat menjejakkan kaki ke Singapura untuk bertemu para peminat di sini.


“terima kasih di atas sokongan tanpa jemu dan kasih sayang yang diberikan kepada ahli Running Man dan kami akan memastikan memberikan yang terbaik untuk semua peminat.” - Gary dan Kim Jong Kook

Ji Hyo dan Haha sangat menghargai sokongan dari peminat dan berharap peminat akan terhibur di fan meeting yang akan berlangsung keesokkan harinya.

Dalam pada itu juga, Ji Hyo amat gembira menjejakkan kaki ke Singapura dan berpeluang berjumpa peminat Running Man di sini.  Kedatangan Ji Hyo ke asia tour di Singapura memberi makna yang besar kepada peminat beliau kerana hanya di perhentian Singapura sahaja Ji Hyo berpeluang menyertai ahli yang lain.  Ketika ditanya mengenai perasaan menjadi satu-satunya ahli wanita di kalangan ahli lain Ji Hyo menjawab “walaupun saya seorang wanita tiada layanan berbeza yang diberikan oleh mereka”.  Tiba-tiba Jong Kook mencelah “Ji Hyo bukan seorang wanita kerana kadangkala beliau lebih kuat dari kami” sekaligus mengundang tawa dari pihak media.

Suk Jin pula menyimpan harapan agar satu hari nanti penggambaran Running Man akan dapat dilakukan di Singapura dengan berlatarbelakangkan Singapore Flyer.  yeah...Semoga ianya menjadi kenyataaan!

Pada 19 October, 2013 siang harinya pada pukul 11.30 pagi telah diadakan sesi 'autograph' bersama peminat di Jurong Point. Oleh kerana ianya dibuat ditempat yang terbuka telah menyebabkan kesesakan dikawasan tersebut. Tapi tidak mengapa bukan yang penting semua peminat dapat menyaksikan mereka secara dekat.

Pada malam harinya pula, bertempat di Expo Hall 2B,  tepat jam 7.40 malam acara fanmeeting bermula dengan lagu popular dari runut bunyi drama Boys Over Flowers ~ 'Almost Paradise'.  Peminat bagaikan diserang histeria menjerit kegembiraan apabila melihat kelima-lima ahli Running Man muncul secara dekat dan mereka kelihatan bersahaja beraksi menggambarkan diri mereka sebagai F4.

Pelbagai acara menarik telah disediakan dan acara game yang dipersembahkan adalah sama seperti apa yang pernah mereka lalui ketika penggambaran Running Man. Peminat diundang ke pentas dan pemenang acara game bersama ahli Running Man telah diberikan cenderahati dan penghargaan bergambar polaroid bersama mereka sekaligus mengundang rasa cemburu pada peminat yang lain.

Keletah Haha, Gary dan Suk Jin benar-benar mencuit hati para peminat.  Jong Kook yang fasih berbahasa Inggeris memudahkan beliau berkomunikasi bersama emcee dan peminat.  

Persembahan pembukaan solo dimulakan oleh 'Big Nose Hyung' (antara salah satu gelaran nama beliau) Suk Jin dengan kelunakan suara beliau mendendangkan lagu 'I Swear'.  Ternyata beliau sangat berbakat!

Persembahan seterusnya dari Gary yang menyampaikan rap dengan gaya tersendiri menerusi lagu popular kumpulan beliau iaitu Leesang ~ You’re the Answer to a Guy Like Me dan Can’t Break up Girl, Can’t Breakaway Boy.  Secara tiba-tiba Ji Hyo muncul di pentas berpakaian warna biru sedondon bersama Gary menyampaikan lagu berduet bertajuk Turn off the TV.  Bagaikan sepasang kekasih yang dilamun cinta. Peminat yang meminati 'MondayCouple' ini menjerit kegembiraan teruja apabila mereka berpegangan tangan.  Gary mengembarkan dewan dengan pengakuan beraninya iaitu ketika beliau memberi ciuman terhadap Ji Hyo di episod 163 ianya adalah satu tindakan di luar jangkaan (gila).  Ketika ditanya perasaan Ji Hyo ketika itu beliau tersipu-sipu menjawab “saya merasa bagus” ahli Running Man yang lain, peminat termasuk media bersorak kegirangan.

Kemunculan Haha menggamatkan lagi Expo Hall dengan rangkaian lagu medley beliau ~ Story of a Little Kid, You are My Fate dan Rosa.  Dengan aksi dan persembahan beliau yang agresif dan menghiburkan memaksa peminat berdiri dan bersama-sama mendendangkan lagu beliau.

Seperti yang pernah kita sudah tahu sebelum ini, keunikan suara Jong Kook tentu saja memukau para peminat dengan mendendang lagu popular beliau ~ One Man dan Today, More Than Yesterday.

Acara kemuncak bermula apabila kesemua peminat berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu Jong Kook ~ Lovable!  Seramai 3,000 lebih peminat yang memenuhi setiap tempat duduk di Expo Hall merasa sangat terhibur dan berpuas hati dengan persembahan yang menarik.

Running Man Fan Meeting Asia Tour 2013 ini adalah dibawakan khas oleh ONE (Singapore) dan ditaja oleh Watsons Singapore serta disokong oleh Jurong Point, My Beauty Diary dan OWL Coffee dengan tajaan bersama Allswell.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur ONE (Singapore) yang telah mengundang CARI Malaysia ke acara fan meeting bersama ahli Running Man.

Artikel oleh:  Nurul @ se7enstarz
Editor oleh:  Isabel
Gambar disediakan oleh :  ONE (Singapore)

9

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote p.timur3831 29-10-2013 01:00 PM
monday couple..
Quote yanasan21 30-10-2013 09:09 AM
bestnya....tp tiket dia mahal sangat.......
Quote se7enstarz 30-10-2013 02:35 PM
check in!
Quote clara_nur 2-11-2013 12:22 PM
se7enstarz posted on 30-10-2013 02:35 PM
check in!


nk tanya among RM members, personally saper yg uolls rasa plg frenly??

dan nk tnya betul ker Jihyo ni mmg MONG spjg masa spt kebanyakkan org ckp tu??


Quote se7enstarz 4-11-2013 12:26 PM
clara_nur posted on 2-11-2013 12:22 PM
nk tanya among RM members, personally saper yg uolls rasa plg frenly??

dan nk tnya betul ker  ...

hurmmmmmm ssh nak jwb soklan ko hehehe tp aku rasa kookie.  sbb dia sgt2 supan, sgt2 ramah, sgt2 suker tegur fans, sgt2 berbeza personality dia dgn commander yg lain pon frenly tp dorg lebih pada malu sebenornyer hehehe

muka ms mong mmg nmpk mong la kekadang hahahaaaaaaaa tp taim pc dgn fanmeet dia sgt sporting pastu memalu ar.  comey je dia!



Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.134615 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top