CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naim Daniel Dan Shasha Abedul Semakin Serasi

17-11-2020 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9365| Komen: 30

Description: Kali pertama digandingkan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, Naim Daniel dan Shasha Abedul pantas mencipta keserasian.
Kali pertama digandingkan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, Naim Daniel dan Shasha Abedul pantas mencipta keserasian.

Sejak ditayangkan di TV3 pada 21 Oktober lalu melalui slot Lestary, peminat mula memberi perhatian kepada gandingan ini.


Bertanya kepada Naim mengenai Shasha, pemegang trofi Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 melalui lagu Sumpah ini sentiasa terbuka dipadankan dengan pelakon lain.


"Sejak menceburi dunia lakonan, saya terbuka digandingkan dengan siapa sahaja. Seperti Shasha, ia membuka ruang untuk saya teroka dan belajar pengalaman baharu.

"Saya percaya setiap daripada kita ada sesuatu hendak ditonjolkan, sama juga pelakon.

"Produksi drama ini wajar dipuji kerana membuka ruang untuk bakat baharu menyerlahkan potensi mereka. Setidak-tidaknya, bukan hero atau heroine sama ditonton di televisyen (TV)," katanya.

Foto: IG


Sementara itu, Shasha tidak menyangka digandingkan dengan Naim.

"Kali pertama mendapat tahu bergandingan dengan Naim, saya gementar.

"Apabila beraksi dengan pelakon hebat, saya rasa lemah semangat dan tidak dapat memberi yang terbaik.

"Namun, saya bersyukur dapat Naim yang berpengalaman dan memahami saya. Naim tidak lokek memberi tunjuk ajar dan membuka ruang untuk saya membaiki kelemahan," katanya.




Shasha mula berlakon sejak tahun 2017 dan masih bertatih membina nama.

"Minat berlakon berputik sejak kecil lagi. Tapi ibu bapa tidak mengizinkan saya menjadi artis.

"Dipendekkan cerita selepas tamat belajar, saya mula bekerja di sebuah syarikat agensi bakat yang menerbitkan iklan atau komersial.

"Saya turut mencuba nasib dengan berlakon iklan dan mengikuti sesi uji bakat," katanya yang kali pertama berlakon menerusi drama Rahsia Hati. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-11-2020 01:50 PM
Dah macam baca majalah mangga pulak porum nihhh..tinggal takde pin up poster kat kolam mandi ajer.
Quote bondeh 17-11-2020 01:53 PM
@Kurex mohon cemar duli beri sepatah dua kata cyst
Quote imanda 17-11-2020 01:54 PM
i masih cringe tgk muka naim nih akibat watak jd budi bdk cacat dlm cite nyawasis. smp skg i tbyg kecacatan dia.
Quote Kurex 17-11-2020 01:58 PM
Sebab tu je ke cibai kau nak kena bukak benang??? Memang la serasi sebab naim tu ponen! Bukan naim, tapi Naima.

Cam apa la kau ni, benda macam ni pun nak dibagitau. Boleh dah join si sepolsampah. Semua benda nak dicedok dekat ig, twitter. Tu je la tahap korang. Asal cedok je. Nampak la masa belajar korang biat assignment jenis kopi pes lepas tu lecturer suruh terangkan ,terus korang jadi bodoh! Palat!!
Quote sarah82 17-11-2020 02:04 PM
Kurex replied at 17-11-2020 01:58 PM
Sebab tu je ke cibai kau nak kena bukak benang??? Memang la serasi sebab naim tu ponen! Bukan naim,  ...

sabar kurex sabar............
Quote ashilalat 17-11-2020 02:07 PM
Naimah ni gemalai dia lain macam..
Quote mamajawie 17-11-2020 02:28 PM
imanda replied at 17-11-2020 01:54 PM
i masih cringe tgk muka naim nih akibat watak jd budi bdk cacat dlm cite nyawasis. smp skg i tbyg ke ...

sama la, aku masih terbayang watak dia jadi budi tu..even masa Pia edisi Raya pun aku n ipar duai smpai nangis sedu sedan depan tv ksian tgok budi kena pukul sampai sawan terus mati heols dgan cyst bisu..citer tu actually dari 1st episod aku da menangis da tgok mak pak budi mati tu..jujur ckap best citer tu bila part budi n pia je..tpi part alif n azira cm meleweh sikit aku bosan..

Quote adelea 17-11-2020 02:29 PM
ok je comel berdua ni
yg penting x caras org punya
Quote husna_amal 17-11-2020 03:50 PM
Kot iye pun serasi, tak perlu lebih2 sangat macam orang dah nikah.
Quote Nenasketum 17-11-2020 07:10 PM
Naim ni berbakat. Lakonan ok cuma lagu tu bagi ler orang lain nyanyi sebab dia nyanyi live 8/10 fail!
Quote minah_selekeh 17-11-2020 07:15 PM
Aku tak suka suara perempuan ni.. Annoying intonasi dia..
Quote abadi84 17-11-2020 08:31 PM
Geli tgk cite ni so bbnu
Quote woven11 17-11-2020 08:38 PM
Naim ni mmg talented dari kecik lagi. Tapi cite ni cringe la
Quote r0sie 17-11-2020 08:42 PM
Tengok drama ni sbb cik b ja mula mula tu lepastu dah tetiba mengadung lah apa lah terus drop, cringe sangat
Quote sweetrevenge16 17-11-2020 08:48 PM
Iols ada soft spot dkt dik naim ni sbb muka ada iras adik bongsu i, harap naim jaga la tingkahlaku,
Quote Normabaru 17-11-2020 09:11 PM
Hahaha. Marketingggg
Quote EvieWanKenobi 17-11-2020 09:17 PM
mamajawie replied at 17-11-2020 02:28 PM
sama la, aku masih terbayang watak dia jadi budi tu..even masa Pia edisi Raya pun aku n ipar duai  ...

oh.. ada ye Pia edisi Raya?nanti nak carilah..
tq sis..
Quote RatuDunia94 17-11-2020 11:22 PM
Drama himpunan pelapis kayu kat malaysia..

Dr heroin hinggalah ke pelakon2 extra semua KAYUUUUUU..
Quote slyfynx 17-11-2020 11:30 PM
Sampah nye la hai thread kt forum gosip ni.
Udah macam baca majalah mangga dah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063036 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top