CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beratur Panjang Beli iPhone 12 Bukti Ekonomi Bumiputera Semakin Kukuh

16-11-2020 04:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6893| Komen: 42

Description: Tidak dapat dinafikan, kehadiran telefon pintar terbaru daripada Apple iaitu iPhone 12 memang sangat dinantikan peminat mereka.




Tidak dapat dinafikan, kehadiran telefon pintar terbaru daripada Apple iaitu iPhone 12 memang sangat dinantikan peminat mereka.

Melalui rekaan premium dan juga pelbagai fungsi yang telah dipertingkatkan, tidak susah untuk menyatakan mengapa ia jadi pilihan buat mereka yang berkemampuan.

Baru-baru ini melalui satu perkongsian di Facebook, terdapat beberapa himpunan gambar orang ramai beratur untuk membeli telefon pintar terbaru itu.



Lebih menggelikan hati lagi, ada beberapa komen yang menyatakan realiti bahawa ekonomi warga Bumiputera sudah kukuh gara-gara ramai di antara yang beratur adalah daripada kelompok itu.

Situasi beratur panjang ini bagaimanapun dilihat masih lagi menyantuni peraturan penjarakan sosial. Rasanya jika dunia tidak dilanda Covid-19 ini, tidak mustahil ada yang sanggup tidur di pusat membeli belah.

Manakala di ruangan komen terjadi juga perbalahan di antara netizen yang suka judge atau pun menghakimi sesiapa yang melakukan pembelian telefon pintar terbarus itu.

Jujurnya, tidak salah untuk memiliki peranti terbaru asalkan berkemampuan. Tak mampu, kita hutanglah, kan?

Makan tak makan sampai hujung bulan, itu belakang kira, yang pasti kita wajib tampil bergaya.


Sumber :  gulapop.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 16-11-2020 05:07 AM
2815 mAh battery..
Quote rogayahtop 16-11-2020 07:03 AM
epp je. kalau 3 tahun baru 100 lebih je sebulan. kalau pakai android pixel sekalipun tak support sampai 5 tahun mcm iphone 6. bagi akak iphone ni pakai lama2 pun ok dr tukar2 hp tiap2 tahun.
iphone ni yg penting nyer tukar bateri balik kalau dah semput, pas tu ambik icloud yg family.
Quote mikasa 16-11-2020 08:16 AM
Tak sampai 1% pun beratur...setakat menda rege bawah 10k..bukan penentu ekonomi mamtap
Quote mikasa 16-11-2020 08:19 AM
rogayahtop replied at 16-11-2020 07:03 AM
epp je. kalau 3 tahun baru 100 lebih je sebulan. kalau pakai android pixel sekalipun tak support sam ...

Aku masih pakai iphone 6 . Haritu tukar bateri bawah program batery replacement.

Ingat nak tukar jugak nanti
Quote Tinot7 16-11-2020 08:22 AM
Harap2 yg berkemampuan ni.. bkn yg tak mampu pun ngada nak beli
Quote mdhelmi 16-11-2020 09:13 AM
inilah berkat menabung sejak kecil
Quote Kitty_catz 16-11-2020 09:28 AM
Berapa sen je ip12 ni nokss yg kita nk gelabah ketetsss ni.. yg beli depa, yg berutang pun depa
Mampuih pi ke depa lah.. toksah kita jelly naaa


Plg mahai pun hat reg rm6,699, adakah ini penentu ekonomi mesia sudah stable sbb ramai bbnu beratoq nk beli ipong?

Ke saja nk up citer utk backup tak bagi m40, t20  kluo duit kwsp depa?
Quote juruterra 16-11-2020 09:37 AM
bengongnya teori ni, yg beli <1% of T20 and M40 kot....punya la ramai T20 contract tak sambung, or dpt vss ...M40 apatah lagi. semua affected due to covid directly or indirectly
Quote monreyes 16-11-2020 09:49 AM
mende boleh instalment interest free bulan2...
bior lah...
tolong rancakkan ekonomi...ok lah kan...
daripada perabis duit beli makanan or mekap yg sama harga dgn sebulan instalment tu..
Quote djzara81 16-11-2020 09:50 AM
Ade je yg dlm ramai2 beli ipong ni swipe credit card.
Quote Redmyvi 16-11-2020 09:50 AM
mampu beli laa.. tak mampu jual balik.. Haha
Quote Themilo 16-11-2020 10:14 AM
mikasa replied at 16-11-2020 12:19 AM
Aku masih pakai iphone 6 . Haritu tukar bateri bawah program batery replacement.

Ingat nak tuk ...

back in 2014, meols dengan kawan-kawan gi holiday kat pulau perhentian. masa trip snorkeling, weols satu group dengan 7-8 orang omputih..
suddenly bila keluarkan phone untuk selfie, diorang pakai ip4, ip5c jaa.. yang kami-kami ni masing-masing dah show off ip6 rose gold.. keh keh keh..

tapi tu dulu la, sekarang ni kosser la nak beli iphone lagi. baik aku simpan duit & makan-makan. perut pun kenyang
Quote pxlbb 16-11-2020 10:30 AM
Kitty_catz: Berapa sen je ip12 ni nokss yg kita nk gelabah ketetsss ni.. yg beli depa, yg berutang pun depa Mampuih pi ke depa lah.. toksah kita jelly naaa Pl ...


Bak kata kawan itik B40 je yg rajin beli iphone pabila bantuan prihatin masuk {:hero
Quote pxlbb 16-11-2020 10:32 AM
Konon nak buat sarong index mcm Prof Ungku la tuuuu puihhh

Aku mmg pakai ipong tapi baru Jan lepas ganti yg baru (XR) je bila ip5 aku mmg dah ke alam barzakh. Nak tunggu XR ni masuk alam kubur baru aku nak cari pengganti.
Quote salmon-suki 16-11-2020 10:52 AM
Golongn y gigih mintak bantuan gomen n bila dpt duk perabis ke benda lagu ni?naisuuuuuuu~
Quote husna_amal 16-11-2020 11:18 AM
Biarkan je lah dah diorang tu mampu. Maca kita ni lebih baik keluarkan duit mengikut keutamaan yang penting je dulu.
Quote TomyamPuteh 16-11-2020 11:18 AM
Penangan buah epal kna gigit..
Quote fms016 16-11-2020 11:21 AM
ade yg beli hp Apple sbb masih x beli kereta dan rumah..
duduk ngan parent..biasanya guna gaji 1-2 bulan utk beli cash phone tu..
Quote She-Ra 16-11-2020 11:21 AM
jgn guna duit mora tu sudehhh
elok sementara ada duit ni byr je la hutang piutang yg hado
lebihan baru boleh pergi ke kehendakkkk

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058624 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top