CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ady Wow, Isteri Dan Anak Bongsu Positif Covid-19

7-11-2020 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4885| Komen: 15

Description: Penyanyi kumpulan rock era 1990-an, Ady Wow, 53, bersama isteri, Fadizah Jiran dan anak bongsu mereka, Nurhadira, 8, disahkan positif Covid-19, kelmarin.
Penyanyi kumpulan rock era 1990-an, Ady Wow, 53, bersama isteri, Fadizah Jiran dan anak bongsu mereka, Nurhadira, 8, disahkan positif Covid-19, kelmarin.

Ady yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah ketika dihubungi berkata, baru-baru ini dia mengalami demam dan lemah-lemah badan, namun tidak menyangka dijangkiti wabak berbahaya ini.

Kredit foto: Harian Metro
"Saya juga hilang deria bau, tekak terasa pahit dan paling teruk apabila tarik nafas terasa nafas pendek. Empat atau lima hari selepas itu saya sembuh, tapi isteri pula demam. Dia bimbang dan buat keputusan melakukan ujian swab di klinik swasta.

"Namun, ujian swab ada dua kategori iaitu yang dapat keputusan dalam masa 10 minit dan satu lagi perlu tunggu dihantar makmal dan dapat keputusan beberapa hari kemudian.


"Disebabkan kena tunggu beberapa hari lagi untuk dapat keputusan, isteri saya pergi klinik lain pula di Kota Kinabalu untuk buat ujian swab. Dalam masa 10 minit dapat keputusan dia positif," katanya.

Melihatkan keputusan isterinya, Ady dan dua anak mereka turut berjumpa doktor pada hari yang sama untuk menjalani ujian swab.

"Saya dan anak bongsu didapati positif, manakala anak sulung iaitu Nadhirah Nadja pula negatif. Ini hari ketiga kami positif Covid-19. Semalam kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang ke rumah untuk buat sekali lagi ujian swab terhadap anak sulung dan keputusannya belum diperoleh," katanya.

Ady berkata, Isterinya dimasukkan ke wad kerana ada jangkitan paru-paru tahap tiga, manakala anak sulung mereka perlu menjalani kuarantin diri.

"Ikutkan doktor nak bawa saya dan anak bongsu ke hospital tapi saya kasihankan anak sulung yang kena tinggal sendirian," katanya.

Ditanya pergerakannya ke kawasan yang berisiko, Ady berkata, dia sentiasa menjaga diri supaya tidak dijangkiti penyakit ini.

"Sekarang gelombang ketiga Covid-19 dan saya memang tak keluar rumah kecuali pergi pasar untuk beli barangan keperluan dapur," katanya.

Ady yang kini menguruskan perniagaan di Sabah akan tetap menyanyi sekiranya ada undangan mengadakan persembahan.

Dia juga aktif menghasilkan video nyanyian yang boleh ditonton menerusi YouTube Ady WOW Official.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 7-11-2020 09:17 AM
Semoga semua segera sembuh..sabah kembali bebas covid..Allah..
Quote cmf_premierleag 7-11-2020 09:30 AM
semoga lekas sembuh
masih ingat lg vklip ady Wow ni lagu Engkaulah Yang Satu ....putih tinggi heshe
nmpk benor aku dh kertu
Quote weezerfan 7-11-2020 09:58 AM
To this extent kat sabah ni patuh sop pon boleh kena.hospital plak sesak.smg sihat cepat lah ady wow n anak isteri
Quote gigahertz 7-11-2020 07:27 PM
Anak dia semua muka fotocopy. Kalau pergi pasar anaknya merayap atau maknya tertinggal tak susah nak cari.
Quote Carcosa 7-11-2020 11:15 PM
cmf_premierleag: semoga lekas sembuhmasih ingat lg vklip ady Wow ni lagu Engkaulah Yang Satu ....putih tinggi heshenmpk benor aku dh kertu



Ohhh dia ke yg nyanyi Engkaulah Yg Satu tu? Best lagu tu dulu... Semoga cepat sembuh Ady Wow sekeluarga.
Meols pum ketuaan sbb meols tahu lagu tu
Quote SR4tahun 7-11-2020 11:20 PM
gigahertz replied at 7-11-2020 07:27 PM
Anak dia semua muka fotocopy. Kalau pergi pasar anaknya merayap atau maknya tertinggal tak susah nak ...

iols td skip gmbrnya sbb xkenal pun sapo pakcik ni tp sbb komen uols, iols scroll atas semula. ternyata tidak sia2 hahahahaha lawak
Quote syakuntala 8-11-2020 06:04 AM
Engkaulah yang satuuu... Pujaan hatikuuu

Semoga cpt sembuh Dan dipermudahkan
Quote Lengkong 8-11-2020 09:40 AM
Semoga cepat sembuh


Quote gigahertz 8-11-2020 02:54 PM
SR4tahun replied at 7-11-2020 03:20 PM
iols td skip gmbrnya sbb xkenal pun sapo pakcik ni tp sbb komen uols, iols scroll atas semula. ter ...

nak tengok maknya tengok anaknya masa kecik.
nak tengok future anaknya tengok maknya sekarang...
Quote kakakOmes 8-11-2020 04:42 PM
Crush ku masa dak2 sekolah, nape begini rupanya skrg
Semoga beliau sekeluarga sihat seperti sediakala
Quote TomyamPuteh 8-11-2020 08:37 PM
Suara beliau ni tersangat la sengaunya, smpaikn dulu2 bila aku nyanyi lagu dia suara aku pon turut sengau sekali
Quote fifie_olin 9-11-2020 10:22 AM
suara heols cedapp
Quote husna_amal 9-11-2020 12:22 PM
Macam kita ni kalau ada simptom2 covid ni segerakanlah buat ujian swab. Kalau lambat takut berjangkit ramai lagi.
Quote sekel 9-11-2020 12:25 PM
GegarVaganza thn dpn dh bole join
Quote nordin84 9-11-2020 01:48 PM
iols baru download lagu hidayah.. hensem heshe ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047826 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top