CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Pilot, Sekarang Terpaksa Buka Gerai Mi Kari

5-11-2020 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9671| Komen: 69

Description: "Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya, gelaran kapten di dalam pesawat dulu bertukar menjadi pekerja gerai di bawah khemah pula," kata bekas juruterbang, Kapten Azrin Mohamad Zawawi.
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya, gelaran kapten di dalam pesawat dulu bertukar menjadi pekerja gerai di bawah khemah pula," kata bekas juruterbang, Kapten Azrin Mohamad Zawawi.


Azrin, 44, yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam tiga syarikat penerbangan berbeza itu terpaksa akur menerima surat pemberhentian tugas, 30 Oktober lalu.

Tidak hanya berdiam diri, Azrin dan isterinya Latun Noralyani Meor Aminudin lebih awal mengambil keputusan membuka gerai makanan dengan nama Kapten Corner di Boom Town Cafe, USJ 11, Subang Jaya, Selangor, mulai 23 Oktober lalu.

Siapa sangka nama dan simbolik pemakaian seragam juruterbangnya lengkap dengan tanda pangkat 'empat bar', topi, lencana sayap dan apron merah di kedai itu berjaya menarik perhatian pembeli sehingga tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.


Azrin berkata, dia tidak menyangka gambar dimuat naik bapanya, Mohamad Zawawi Ahmad ketika pelancaran gerainya itu tular di media sosial.

"Saya memakai seragam lengkap itu bertujuan untuk disimpan sebagai gambar kenangan kali terakhir memakainya sebelum bertukar menjadi pekerja gerai sepenuh masa.

"Tidak sangka dahulu pakai seragam beberapa kali saja ketika bertugas, tetapi kini kena pakai setiap hari pula disebabkan permintaan ramai pelanggan," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, walaupun agak panas memakai baju seragam juruterbangnya itu, dia tetap akan memakainya buat masa ini demi kepuasan hati pelanggan yang berkunjung di gerainya.

Kredit foto: Facebook

Katanya, dia masih dalam proses berbincang dengan pengusaha tapak gerai untuk menukar baju kerja kepada warna putih memandangkan jika mengikut syarat ditetapkan adalah berwarna hitam.

"Saya sebenarnya sudah merancang dan bersedia lebih awal sebelum menerima surat penamatan tugas.

"Situasi ini betul-betul membuatkan saya dan isteri terduduk dalam mencari punca pendapatan untuk menanggung kos kehidupan kami enam beranak.

"Mana tidaknya perbelanjaan harian, bayaran rumah dan kereta, bil utiliti dan tanggungan empat anak saya yang masih bersekolah memakan belanja sekitar RM30,000 sebulan," katanya.

Menurutnya, dia berharap usaha dia dan isteri membuka gerai makanan itu dapat menanggung kos kehidupan keluarganya selepas ini.

Katanya, dia mengetengahkan masakan utara untuk dijual di gerainya termasuk mi kari, bihun sup, laksa utara dan rojak buah.

"Ibu mentua, Rohime Abdul Rahman yang menjadi ketua tukang masak utama manakala saya, isteri serta adik ipar menguruskannya di gerai.

"Dulu menu di gerai itu menjadi menu makanan ketika sambutan hari jadi, doa selamat atau sebarang majlis keramaian di rumah.

"Namun, sekarang dibuat setiap hari pula untuk dijual demi mencari punca pendapatan kami sekeluarga," katanya.

Beliau berkata, dia bersyukur kerana lebih 200 bekas dijual apabila membuka gerai bermula 1 tengah hari hingga 9.30 malam.

Menurutnya, walaupun pendapatan kasar hanya mencecah RM1,500 sehari berbanding anggaran gaji juruterbang RM50,000 sebulan, dia tetap bersyukur masih ada punca pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Katanya, selepas perkongsiannya tular di media sosial, dia menerima ratusan mesej menerusi aplikasi WhatsApp terutama pelanggan bertanyakan lokasi perniagaan dan ingin membuat tempahan makanan.

Terdahulu, gerai Kapten Corner milik Azrin yang juga bekas juruterbang itu tular di Facebook dan mendapat perhatian warganet sehingga dikongsi ribuan pengikut -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 5-11-2020 12:10 PM
berapa banyak la thread bisnes geng kayangan ni..
Quote mosti 5-11-2020 12:14 PM
Sedihnya...rasa nk nangis..semoga murah rezeki
Quote gujiwa 5-11-2020 12:19 PM
besar periuk besar pulak kerak nya.. gitu..

moga dipermudahkan urusan..
Quote Belibis 5-11-2020 12:21 PM
prettyuglybabe: berapa banyak la thread bisnes geng kayangan ni..

Layankan jer la sis.ni namanya cerita bermusim.
Macam musim buah2an.kalau time durian,mana2 jalan berlonggok durian.
Quote Normabaru 5-11-2020 12:25 PM
allahu... ramai je lagi yg tkesan..why la nk up sgt kisah T20..yg keje staff cleaner hotel now jobless berapa ramai.. Ptt up yg tu.. Kasi sapot. Ni gol t20 jugak nk ditaksubkn. Haiz
Quote c===8 5-11-2020 12:28 PM
agaknya apa perasaan dan gaya percakapan azrin masa bagitau wartawan sebelum ni perbelanjaan family dia sebulan rm30k serta gajinya rm50K
Quote Suchi 5-11-2020 12:32 PM
Tak panas ke?
Quote LadyCarefree 5-11-2020 12:35 PM
c===8: agaknya apa perasaan dan gaya percakapan azrin masa bagitau wartawan sebelum ni perbelanjaan family dia sebulan rm30k serta gajinya rm50K


Jangan lupa sekarang pendapatan 1.5k sehari.


Quote Suchi 5-11-2020 12:35 PM
Gaji dia 50k, komitmen 30k
Amenda ahh byk sgt ni, tapi yela dah gaji 50k takkan nk duk umah apartmen 800 sebulan mesti duk landed house koman2 2.5-5k sebulan.
Keta pun sama gak takkan nak pakai axia 450 sebulan.
Anak2 mesti sekolah swasta la khen.
Quote LadyCarefree 5-11-2020 12:36 PM
Gerai2 macam ni semua femes bukan sebab sedap tp sebab sensational nanti lelama jd macam nasi lemak anak dara.
Quote ifanonline 5-11-2020 12:37 PM
tuhan nak uji dia, mungkin dia dulu tidak bersyukur...siapa tahu
Quote Artemesiaa 5-11-2020 12:43 PM
Ramai yang senasib macam dia ni zaman sekarang ni.  Sekarang ni bukan zaman nak bermewah2 mana2 yang membebankan tak perlu diteruskan.  Gaya hidup yang dahulunya mungkin sedikit mewah pun kena ditukar seiring kemampuan pendapatan sekarang.  Kena buang ego tinggi melangit kalau nak berjaya dan bebaskan bebanan.
Quote outcast 5-11-2020 12:47 PM
30k sebulan..
Perghhh.. ok la rasanya banyak dh kumpul
Quote uhuStic 5-11-2020 12:50 PM
dari sokong peniaga cendawan T20 ni, baik sy sokong peniaga sedia ada yang struggle sebab covid ni. dorang gaji berpuluh ribu takkan tak ada simpanan langsung. entah-entah dalam bank duit berkepuk FD berpuluh ribu. peniaga cendawan ni most makanan tak sedap pun. harap viral je.
Quote kelapaparut 5-11-2020 12:51 PM
byk nye revenue rm1500 sehari jual mi kari, byk jugak blanje rm30k sebulan
Quote ninja9 5-11-2020 01:04 PM
gaji 50,000 kerak 30,000, rm 20,000 boleh simpan kan. Sekarang pendapatan Rm 1,500 sehari.

Ini bukan cerita menyedihkan masa pandemik. Ini cerita menggembirakan di saat pandemik.

Dengan pendapatan 50,000 dahulu, dan ada pula keluarga yang mahir memasak, mudah sangat buka bisness.... sekarang ni banyak boleh diubah suai cara manage duit kerak tu supaya jadik kecik, dan dapat disesuaikan pula dgn pendapatan 1500 sehari tu(Rm1500x30 = Rm45000 sebulan).. 45,000 sebulan tu boleh sara beberapa keluarga lagi.. cerita spt ini tak dpt bagi inspirasi bagi aku, tapi yang boleh tu baguslah..
Quote nanasno 5-11-2020 01:04 PM
30k sebulan mak aih. confirm anak anak skolah international school ni.
Quote dudaberhias 5-11-2020 01:06 PM
uhuStic replied at 5-11-2020 12:50 PM
dari sokong peniaga cendawan T20 ni, baik sy sokong peniaga sedia ada yang struggle sebab covid ni.  ...

ye betul... tapi pakcik ni cari rezeki halal tu yang iols salute dari yang tak buat apa tu... cumanya nasib orang lain ada lagi teruk, dia ni kira beruntung ada duit juga untuk buka gerai lawa2 macamtu... orang lain entah2 start pakai satu meja je takde payung etc.
Quote makita 5-11-2020 01:07 PM
Berapa lama dia boleh bertahan kalu dia tak nak downgrade kos bulanan 30k tu?

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.288480 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top