CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Dari Malaysia Menang Pertandingan Mencipta Tandas Untuk Angkasawan NASA

6-11-2020 02:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4116| Komen: 16

Description: Membuang air di angkasa lepas telah menjadi dilema lama bagi angkasawan. Pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya mereka melakukan perkara itu?

Cover image via NASA New Straits Times


Membuang air di angkasa lepas telah menjadi dilema lama bagi angkasawan. Pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya mereka melakukan perkara itu?

Ternyata angkasawan-angkawasan pada masa hadapan mungkin tidak akan berhadapan dengan situasi genting seperti itu lagi kerana sut angkasa yang memudahkan angkawasan 'membuang' kini sudah tercipta.

Baru-baru ini Nasa telah mengadakan pertandingan yang dikenali sebagai NASA's Lunar Loo Challenge yang terbuka kepada penyertaan seluruh dunia.

Pertandingan itu diadakan bagi mencari konsep baru mereka cipta tandas bagi misi membawa semula angkasawan ke bulan yang akan diadakan pada tahun 2024 nanti.


Image via Hero X (Youtube)


Penemuan Kang berjaya mengalahkan 897 peserta dari 85 negara

Untuk pertandingan itu, NASA juga telah mewujudkan kategori Junior bagi peserta yang berumur bawah 18 tahun.

Apa yang lebih membanggakan sut angkasawan itu dicipta oleh budak lelaki berusia sembilan tahun yang dikenali sebagai Zyson Kang Zy Sun (Pei Yong Tan) dari Malaysia.

Dia yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu telah  telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama NASA’s Lunar Loo Challenge bagi penyertaan umur di bawah 11 tahun.

Dia juga telah berjaya mengalahkan 897 peserta dari 85 negara yang berbeza-beza.


Berkongsi tempat pertama dengan seorang peserta

Dalam pada itu, Kang juga turut berkongsi tempat pertama bersama seorang lagi peserta bernama Arun George John.

Rekaan tandas yang dihasilkan oleh Kang dinamakan sebagai 'Spacesuit Lunar Toilet' itu telah dipilih NASA sebagai rekaan tandas terbaik.

Ciptaannya itu direka bagi memudahkan ia dipasang terus ke dalam baju angkasawan dan boleh berfungsi di ruang graviti dengan penghasilan vakum untuk menyedut cecair.


Image via Hero X



Rekaan sut boleh dipakai oleh petugas barisan hadapan

Bukan saja angkasawan yang boleh memakainya malah, ia sangat sesuai untuk semua para petugas barisan hadapan.

Kes mereka juga hampir sama seperti angkasawan apabila seseorang di dalam tugas yang memerlukan mereka memakai sut penuh, seperti petugas barisan hadapan yang merawat para pesakit Covid-19.

Keunggulan Kang di pentas antarabangsa dengan idea yang diberikannya membuktikan sekali lagi bahawa Malaysia ini sebenarnya banyak bakat luar biasa. 

Lihat video penuh bagaimana Kang menerangkan tentang rekaanya:



Apa pun, tahniah buat Kang yang telah menjuarai pertandingan itu!




Sumber : says.com 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 6-11-2020 02:19 AM
Tahniah dekkkk.tp nama adik classs dek.tak menampakkan ceciri leluhurrt
Quote dudaberhias 6-11-2020 02:21 AM
you go dekkk... tahniah

soo yang ponen haritu yang gigih edit muka bagi lonjong dan runcing tu yang teringin sangat2 jadi pelajar nasa tu macam mana? makan hati tak?
Quote dudaberhias 6-11-2020 02:22 AM
uols mamfuuu?


Quote dudaberhias 6-11-2020 02:38 AM


Quote SerenaBlair 6-11-2020 03:58 AM
Congrats dah la baru 9 tahun kalahkan banyak negara plak tu..
Quote TravellingBear 6-11-2020 04:08 AM
dudaberhias replied at 6-11-2020 02:21 AM
you go dekkk... tahniah

soo yang ponen haritu yang gigih edit muka bagi lonjong dan runcing tu ya ...

muka ori dia camne. Dagu V shape wooooo
Quote Normabaru 6-11-2020 04:11 AM
So kiranya psgkn salur tu kat cik nek or cik pet la ye? Cmne nk bg salur tu xgerak2?letak selotape ke pakai kawat khas size customize?
Tgk dik kang ni demo pon kaka rasa kepayahannya menekan press button kat kaki.. Apetahlagi utk poo poo.. Confirm cirit..

Apepun tahniah la.. Compare kaka masa zaman dik kang,dik kang kira haibat la well done!
Quote URUHA 6-11-2020 04:45 AM
Tahniah la dik. Semoga jadi insan berguna pada masa hadapan & dpt berbakti utk negara
Quote AKAZ85 6-11-2020 10:09 AM
Tahniah dekk.. Kecik2 dah bergeliga otak... Hakak dulu umur 9 tahun reti buat bakul dari surat khabar je dekkk
Quote RatuDunia94 6-11-2020 10:52 AM
Harap legit lah.. bukan mcm budak pondan kencing 1 malaysia termasuk abah muhyidin aritu..
Quote Maideen. 6-11-2020 11:15 AM
Edited by Maideen. at 6-11-2020 11:24 AM

Rasanya tidak lama dulu (yakni pada bulan May) seorang lagi anak Malaysia bernama "Azhar Ali" telah menang biasiswa NASA........

Mari kita imbau kembali memori kita untok melawat semula ucapan ucapan tahniah warga forum kepada Azhar Ali. :

Lobainita gosh menulis:

    Tahniah and bless you , hadiah ramadhan.


Captainlonton wrote:

    pada puak2 berkenaan aku nak remind kat sini.
    dia ni dapat scholarship because of merit, bukan guna tongkat.
    so jangan jeles dan burukkan negara kat luar sana yer

    dan aku tengah tunggu atok madey komen apa,
    ke buat buta dan lagi suka merotib melayu malas ke hulu ke hilir
    yang buruk di agong2 kan, yang baik buat tak reti jer



Sh*t Washer wrote:

    Terkedu.. Hahahahaha.

    Sebab tu dari dulu aku ckp.. Semua bangsa Allah bg kelebihan akal yg sama
.


Intelek Melayu wrote:

    Ribuan tahniah adik Azhar Ali..
    Ternyata bangsa melayu mmg diakui bijak..

    Nama pun sooo melayu ..AZHAR ALI..Tak susah nak debut...
    Semestinya bangsa TUAN TANAH BIJAK BELAKA...

    Takkan melayu hilang didunia..
    Chinkies..tamel nelam..boleh packing balik tanah asal..sbb otak korang semua Tak selevel dgn tuan tanah



Nota: Nama nama forumners diatas bukanlah nama sebener dan diubah untok mematuhi peruntokan Data Of The Privacy Act 1772. Tapi posting tidak di ubah.

Untuk kepastian, sila rujok ke thread asal yang bertajuk" PM ucap Tahniah kepada pelajar Malaysia terima biasiswa NASA"

Ini pautan kepada thread tersebut.

https://mforum.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1


Quote suzycutegal 6-11-2020 11:29 AM
Bangganya . Hebatvkamu ni
Quote ad_hoc79 6-11-2020 11:34 AM
wahhhhh tahniah
xkisahlah dekkk ko kene ejek budak jamban, ko pemenang
Quote tipah89 6-11-2020 01:04 PM
geniusssss tahniah dikkk
Quote husna_amal 6-11-2020 02:48 PM
Tahniah la. Harap2 ni bukan scam lagi macam hari tu.
Quote Artemesiaa 6-11-2020 02:52 PM
Tahniah buat beliau semoga terus diasah bakat yang ada untuk penciptaan alat lain pula.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056068 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top