CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jovian Tak Ambil Tindakan Mask Diciplak Sebab "Mungkin Depa Tengah Susah Cari Income"

17-10-2020 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20980| Komen: 109

Description: Jika ramai sakit hati dan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang apabila rekaan sesuatu produk diciplak, Datuk Jovian Mandagie mengambil pendekatan berbeza.


Jika ramai sakit hati dan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang apabila rekaan sesuatu produk diciplak, Datuk Jovian Mandagie mengambil pendekatan berbeza.

Pereka fesyen terkenal itu akur dan reda apabila rekaan pelitup mukanya diciplak pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan.




Kongsinya di Instagram, bukannya dia enggan menegakkan haknya, sebaliknya dia memahami pihak terbabit mungkin bertindak demikian bagi meneruskan kelangsungan hidup.



"Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan tak nak fight, tapi mungkin depa pun tengah susah nak cari sumber pendapatan," tulisnya yang reda dengan apa yang berlaku.



Kredit foto: IG Jovian

Dalam masa sama, Jovian turut berkongsi pelitup muka palsu yang berada di pasaran dengan harga jauh lebih murah. 

Walaupun tidak mengambil sebarang tindakan, Jovian menasihati pengguna supaya tidak menggunakan produk palsu itu kerana tidak mematuhi tahap kualiti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-10-2020 01:32 PM
Model laki tu dah tak jadi atlet dah ke? sebelum ni dia cyclist kan....
Quote Minami2013 17-10-2020 01:42 PM


Bukan jenis meroyan.. bagus lah.
Quote nazzse 17-10-2020 01:45 PM
JM ni bagus jugaklah, nampak jenis yg hardworking bukan menumpang Fil & bini saja.
Antara designer yg kurang meroyan
Quote edayildiz 17-10-2020 01:53 PM
selalu yg kuat meroyan spesis kak jat..sbb dia lelaki..so cool la sikit kan
Quote Analisaxx 17-10-2020 01:53 PM
Respect la dia ni, tak dak nak melenting pun.. Dia fikir mungkin dalam rezeki dia(brand) ada rezeki orang lain. Kalau founder lain dah kira tak halal dah tu
Quote sambaldurian 17-10-2020 02:08 PM
eh ok la rm30, mcm nk beli pulak yg ori tu. yg ciplak tu klu jual harga murah xpe lg, jgn pulak jual sama harga mcm original. teringat ada butik kena serbu tu, jual ciplak tp harga ori. yg tu mmg patut kena amek tindakan.
Quote little_sis 17-10-2020 02:10 PM
cam suka plak aku tgk design mask ni.. rega pun ok je..
Quote umbut 17-10-2020 02:51 PM
Mask dia x mahal pun... yg fake harga nak dekat sama.. baik beli ori...
Quote riyadhK 17-10-2020 03:07 PM
Dapat limelight percuma mask u jovian. Org pon tak rengsa bila tak meroyan. I pon rasa mcm nk beli jgk Mask u. Hahahahhahaha
Quote JoanofArc88 17-10-2020 03:25 PM
Good attitude, pening2 kepala nak carik tukang tiru pun takut buang masa & duit je sbb nak saman tuntut duit pun mungkin dieorg takde duit
Quote bungarose 17-10-2020 03:28 PM
Good attitude
Ader empathy
Dia pun da kaya raya
Quote siputpepel 17-10-2020 03:29 PM
Nampak berbeza sangat. Sebab tu kot dia malas layan
Quote missyL 17-10-2020 03:39 PM
Bgslah cmtu
Sbb klo org nk beli ori ttp akan beli ori jgk.

I applaud lah cmni kt jm
Bende kecik je pn.
Quote Megikari 17-10-2020 04:00 PM
I ada beli 1 hijab mask dia yg printed, 1 lg yg plain. Ok la mmg selesa pakai. Harga pun x firaun sangat, yg printed dlm rm50 gitu la
Quote imanda 17-10-2020 04:03 PM
btol, dia xmeroyan skaligus org ttarik nk beli yg ori. tp nk masukkan filter tu gaya model tu mcm pyh je.
Quote dejure 17-10-2020 04:25 PM
Kalau i jd JM ni pon x koser nk saman bagai semualah..buang masa je.lantaklah deme nk beli ke x bkn rugi apa pon.lainlahlah klu dia buat kos ribu2.kalau tok rizalman ni dh kena dah.nak2 penjilat tok ri yg suka batu api tu.
Quote dudaberhias 17-10-2020 04:27 PM
Bagus la perangai designer macamni, iols tepuk tangan. Memang seseorang yang tahu kesusahan orang lain. Moga rezeki dia bertambah.

Kalau jadi kat design bottom confirm di buat tiktok dan ig story 24 jam dok bahan orang ciplak tu.
Quote 234126 17-10-2020 04:40 PM
atin quack quack kalau dia baca berita ni apa yang terdetik kat hati dia agaknya ye. Respect kat jovian or marah? Kuikuikui
Quote eizarz 17-10-2020 04:44 PM
dah mcm bra sangkut kt leher    {:run{:teatime

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.205407 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top