CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Beckham Manjakan Harper

23-10-2013 12:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4531| Komen: 5

Description: Kita Biasa Mendengar Pandangan Bahawa 'Anak Lelaki Lebih Manja Dengan Ibu, Manakala Anak Perempuan Pula Dengan Bapa'.


KITA biasa mendengar pandangan bahawa 'anak lelaki lebih manja dengan ibu, manakala anak perempuan pula dengan bapa'.

Begitu juga yang dialami oleh pasangan Beckham.

Menurut David Beckham, dia lebih rapat dengan anak perempuannya,  Harper Seven, yang kini berusia dua tahun.

Malah pemain bola sepak terkenal ini mengakui, walaupun sibuk dengan karier, mengalas tanggungjawab sebagai bapa tetap menjadi keutamaannya, lebih-lebih lagi bila melibatkan anak perempuannya.

"Tidak dinafikan anak saya Harper Seven terlalu manja dengan saya, berbanding dengan ibunya.

"Pernah juga Victoria menasihatkan saya supaya jangan terlalu memanjakan anak, tapi saya tidak sanggup melihat anak-anak menangis," kata bapa kepada tiga lagi cahaya mata, Brooklyn, 14, Romeo, 10, dan Cruz, 7.

Beckham berkata, dia bagaimanapun bukannya mahu bersikap pilih kasih, namun perhatian harus diberi lebih kepada Harper yang masih kecil.  

Puji anak sulung

Dalam pada itu, Beckham turut memuji anak sulungnya, Brooklyn yang mempunyai sikap penyayang dan gemar memberikan sumbangan kepada orang lain.

Menurut Beckham, Brooklyn seorang anak yang berfikiran matang dalam segala hal. Tanpa arahan, setiap hujung tahun anaknya itu akan mengumpulkan pakaian untuk didermakan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

"Saya puji sikap dan tingkah laku yang ada dalam dirinya,  walaupun masih muda tapi cara pemikirannya dilihat seperti orang dewasa.

"Brooklyn juga menganggap dengan melakukan sedemikian ia akan memberikan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

"Saya dan Victoria sangat berbangga mempunyai anak sepertinya," kata Beckham.



Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 23-10-2013 04:12 PM
bagusla manjakan ank, dye bsar pon sme je cm korg. xde ape2 yg perlu dirisaukan. haha
Quote yanasan21 24-10-2013 10:53 AM
mana gambar anak perempuannya? msti comel kan....huhu
Quote mizlily 24-10-2013 11:37 AM
slalu ank ppuan yg sy tgk mmg manja ngn ayah/bapa...
Quote cef_gango 24-10-2013 11:47 AM
anak kesayangan
Quote AraBellaJuan87 26-10-2013 03:29 AM
Harper? Mcm nama sejenis penyakit je.
Hahaha. Ok2 sorry OT.
Baguslah tu, dh dengan sape lagi dorg nk bermanje klau bukan dengan korg mak bapak.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.233687 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top