CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

11 Tahun Impi Tubuh Langsing, Zulin Aziz Nak Lancar Produk Pengganti Makanan?

25-7-2020 10:51 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 23788| Komen: 109|Original author: Oleh: kp5x

Description: Pelakon dan pengacara, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz tidak menyangka impiannya ingin memiliki penampilan lebih langsing sejak 11 tahun kini tercapai.

Kredit foto : Murai.com

Pelakon dan pengacara, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz tidak menyangka impiannya ingin memiliki penampilan lebih langsing sejak 11 tahun kini tercapai. 

Menerusi perkongsiannya kepada Utusan Malaysia, Zulin menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dia menjalani pembedahan bariatrik ekoran penurunan berat badan yang ketara dalam masa singkat dan berkata, dia menggunakan khidmat tiga pakar iaitu pakar senaman, pemakanan dan motivasi selain turut sama mengambil produk pengganti makanan.

"Jujurnya, tiada siapa yang tahu betapa seksanya saya mahu menurunkan berat badan. Sepanjang beberapa bulan lepas, bukan sahaja secara fizikal tetapi mental juga turut melalui sesi latihan yang berat untuk mencapai berat badan ini," katanya

Mengakui ada pihak yang menawarkan untuk melakukan pembedahan bariatrik secara percuma untuknya, Zulin berkata antara sebab utama dia tidak berbuat demikian adalah kerana beratnya tidak tergolong sebagai obes.

"Memang ada yang meminta saya melakukan pembedahan (bariatrik) tersebut, mungkin kerana melihat usaha saya untuk menurunkan berat badan agak payah. Malah, saya ada melakukan pemeriksaan badan sebelum ini namun proses ini tidak boleh dijalankan ke atas saya memandangkan indeks jisim tubuh tidak menepati piawaian.

"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang fokus saya untuk turunkan berat badan tidak terganggu. Jadi proses itu menjadi lebih mudah. Kegagalan sebelum ini banyak membantu saya menurunkan berat badan kali ini," tambahnya lagi. 


Kredit foto : Instagram Zulin Aziz

Untuk mengekalkan berat badan terkininya itu, Zulin berkata dia kini tidak lagi menjamah nasi namun tetap mengambil lauk seperti biasa.

"Memang nasi bukan masalah utama kegemukan, namun yang menjadi masalah ialah saya tidak mampu membahagikan kuantiti nasi yang sesuai. Jadi sekarang saya memang langsung tidak sentuh nasi," jelasnya.


Kredit foto : Instagram Zulin Aziz

Turut mengakui bahawa produk pengganti makanan yang diambilnya antara faktor dia berjaya menurunkan hampir 30 kilogram dan menjadikan berat badannya kini 57 kilogram, Zulin berhasrat menggunakan produk sama untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sepertinya.

Menjelaskan yang senaman hanya menyumbang 20 peratus kepada penurunan berat badan, Zulin memberitahu dia bakal melancarkan produk pengganti makanan tersebut pada bulan ini.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 25-7-2020 10:52 AM
Takutnya nak makan takut my ginjal rosak..
Quote kakyungpilah85 25-7-2020 10:56 AM
Standard artis2 nak buat duit.. Kurus sikit pastu keluar laa produk timbang kilo claim macam2.. Padahal masa nak kurus tu ko bantai tahan makan, berumah bertangga kat gym tu.. Rakyat marhaen ni ko suruh sumbat ngan produk ko kalau nak kurus cepat macam ko.. Tahiiiii
Quote Normabaru 25-7-2020 10:59 AM
Dia ni gemok ke kurus ke tetap muka acik2 kampong..  old look all the time
Quote Idego 25-7-2020 11:10 AM
Dah kurus pun tetap meratap jodoh tak abih2..
Quote URUHA 25-7-2020 11:11 AM
Kata minta nasihat pakar pemakanan, x kan la dia x bg tau kuantiti nasi yg perlu diambil? FYI, nasi tu kena ambil ikut segenggam tgn ko. Mana nak dtg tenaga kalau x amik karbo?

Kosser la retis sendu ni asal kurus sikit heboh jual produk kurus. Kalau pengguna tu tetiba sakit sbb produk ko, bukannya ko nk btanggungjawab pun. Seriously sgt kejam & tergamak risikokan kesihatan & nyawa org lain semata2 nk senang buat duit.

Mereput la dgn produk kurus ko tu. Btw meols mkn nasi, coklat, aiskrim & mknn lain yg sedap2 pun masih leh turun berat. Yg penting kawal portion makanan & jaga calorie intake. Hilang nikmat hidup kalau semua benda x leh makan. Nnt ujung2 craving & then makan x hengat dunia. Terus berat naik mendadak
Quote Rogue98 25-7-2020 11:11 AM
Bukan dulu cakap tak makan nasi... makan kurma jer.  Ni tiba2 nak suruh orang makan product kurus pulak dah. Nampak sangat menipu.
Quote nazzse 25-7-2020 11:12 AM
Hurmmm dah agak
Senang retis buat duit
Keluar produk terus jadi jutawan
Quote SuriNate 25-7-2020 11:21 AM
Tak de idea lain ke selain idea kurus...ehhh rajin pulak aku setelah sekian lama menyepi semua thread nak komen Hahaha busy uollaas WFH lagi sengsara dari work in office
Quote bluecrystal 25-7-2020 11:23 AM
Agaknya kalau aku xmakan nasik langsung pun kurus jugak..tak payah da nak ambik produk ngko tu..ape bezanya ye
Quote RatuDunia94 25-7-2020 11:41 AM
Kena maintain body kurus n fit tu atleast 5 tahun kurang tau.. kalau kurus cepat2.  Pastu tahu depan nya membadak balik x guna gak.. sekarang ni nk kurus senang je.. nak maintain tu yg payah..
Quote kaoru44 25-7-2020 11:42 AM
Asal kurus je kluar produk sndri..
Quote kucingitam 25-7-2020 11:52 AM
baru 31? ingatkan dah almost 40...sorry zulin..
Quote budakshinchan 25-7-2020 12:05 PM
tetap x nampak menarik dia ni.. buat la apa pon..
Quote lee_sakura 25-7-2020 12:06 PM
bodoh la sapa beli produk dia ni
Quote seemylevel? 25-7-2020 12:24 PM
baru Allah bg cantik sikit

dah nk menipu org

x rase dosa ke menipu org korang ni sume?

Quote seemylevel? 25-7-2020 12:26 PM
kucingitam replied at 25-7-2020 11:52 AM
baru 31? ingatkan dah almost 40...sorry zulin..

npe minta maaf?

bkn salah ko dia nmpa tua


Quote umbut 25-7-2020 12:26 PM
X habis2  nak berlaki...
Quote slyfynx 25-7-2020 12:26 PM
Senang jadi retis.
X yah belajar cm nk mampos, leh je kuar produk mcm2.
Pastu last2 nyusahkan orang
Quote missmeornot 25-7-2020 12:49 PM
Idego replied at 25-7-2020 11:10 AM
Dah kurus pun tetap meratap jodoh tak abih2..

Bukan ke mmg tu je cite sheols..kalau x cite gemuk kurus cite hal jodoh pulk..padahal ramai lg artis yg lebih berusia dr sheols tp xpulak asyik nk cite hal nak kawin je..meols doakan moga lps ni she dpt jodoh la..kurus dh dpt dah

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057839 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top