CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kintang Kintung Bersama Harun & Achey

21-10-2013 12:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3108| Komen: 2

Description: Masihkan Anda Mengingati Gelagat Lucu Juara Bintang Mencari Bintang, Achey Dan Sifunya, Harun Salim Bachik Yang Cukup Selamba Dalam Menyampaikan Mesej Menerusi Persembahan Sketsa Kepada Para Penonton? ...


MASIHKAN anda mengingati gelagat lucu Juara Bintang Mencari Bintang, Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik yang cukup selamba dalam menyampaikan mesej menerusi persembahan sketsa kepada para penonton?

Gandingan mantap dua pelawak itu menerusi program variasi komedi Kintang Kintung kini dapat disaksikan setiap Ahad jam 11 malam.

Bersama dengan tetamu jemputan, Harun dan Achey akan membincangkan isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat di negara ini.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, Kintang Kintung menggantikan beberapa program bual bicara lewat hujung minggu seperti Jangan Tidur Lagi, Tunggu Sekejap dan BROS yang memberi kepuasan berbeza terhadap penonton.

"Kekuatan program ini terletak pada keserasian Achey dan Harun dalam mengendalikan sketsa komedi yang menyentuh isu masyarakat.

"Lebih menarik, mereka  akan bergandingan dengan ramai artis jemputan untuk menjayakan babak sketsa yang mencuit hati, " katanya.

Antara topik yang akan diketengahkan dalam 13 episod itu, masalah rempit, pembuangan bayi, kahwin campur, orang gaji, kepochi, bomoh dan banyak lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boyagombak 7-11-2013 12:53 PM
Best tgk yag pasal kawin campurtu
tetamu jempuan, mak mentua dan menantu yg jugak campuran India dan China, muka manis macam Melayu
Quote nsmy 7-11-2013 04:44 PM
ari ahad lepas xde pon kintang kintung tu...
ade sape2 tau die gnti ari ape x?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.227157 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top