CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Cukup Bekalan, Bali Hasilkan Hand Sanitizer Dari Arak Tempatan

9-4-2020 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3026| Komen: 23

Description: Akibat mengalami kekurangan cecair pembasmi kuman di Bali, ahli farmasi di pulau percutian terkenal Indonesia itu berjaya menghasilkannya menggunakan minuman keras tempatan diperbuat daripada sawit.Me ...
Akibat mengalami kekurangan cecair pembasmi kuman di Bali, ahli farmasi di pulau percutian terkenal Indonesia itu berjaya menghasilkannya menggunakan minuman keras tempatan diperbuat daripada sawit.


Memetik laporan AFP, idea menggunakan minuman dikenali nama arak Bali itu datang dari Ketua Polis Bali, Petrus Reinhard Golose yang bimbang kerana cecair pembasmi kuman semakin sukar didapati.

Selain itu, harganya yang melambung tinggi menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan cecair itu.

Kredit foto: Kompas


Susulan itu, beliau berjaya mengumpulkan 4,000 liter minuman keras itu selepas mendapat sumbangan pengeluar tempatan dan juga selepas pasukannya mengeluarkan dana membeli bekalan tambahan.


Difahamkan, ahli farmasi di Universiti Udayana Bali diberikan tanggungjawab mengubah arak itu menjadi cecair pembasmi kuman.

Bagi mengurangkan kerengsaan pada kulit, arak itu dicampurkan dengan cengkih dan pudina. Akhirnya, mereka berjaya menghasilkan cecair pembasmi kuman hanya dalam masa seminggu sahaja.

Menariknya, kandungan alkohol sebanyak 96 peratus memenuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), petik sumber.

"Sehingga kini, kami telah menghasilkan 10,600 botol cecair pembasmi kuman dan polis Bali telah mengedarkannya kepada orang yang memerlukan," kata Dewa Ayu Swastini, Ketua Fakulti Farmasi universiti itu. - CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-4-2020 03:40 PM
Bagus la
Time ni la.nak guna kemahiran yang ada
Ilmu yang digunakan utk kebaikan sejagat gitu
Quote KIM.K 9-4-2020 03:43 PM
Bukan la arak, % alkohol tinggi sgt xleh minum. Racun
Alkohol dalam arak baru 12%
Quote sharlenetexas 9-4-2020 03:45 PM
Macam best je bau ada cengkih & pudina. Mungkin boleh letak sumber alam lain macam serai, halia dll. Spa kat sana tentu tutup tapi boleh fikir nak produce produk kebersihan diri ni.
Quote Artemesiaa 9-4-2020 03:48 PM
Nampak Balinese ni rajin juga cari cara lain untuk ganti product commercial dan ada juga group yang gigih tolong jahit face mask sebab bekalan face mask pun sudah nak dapat disana katanya.
Quote Kurex 9-4-2020 04:07 PM
Macam comel je polisi indon dua orang dekat atas ni
Quote chicozinn 9-4-2020 04:09 PM
Bau cm sedap je cengkih n pudina tapi 96% alkohol xtggi ke?
Quote dua_chzy 9-4-2020 04:17 PM
Kurex replied at 9-4-2020 04:07 PM
Macam comel je polisi indon dua orang dekat atas ni

Comel ken? Yang tengah itu persis laki akak. Kulit, bibir ngan mata hada persamaan.
Quote mbhcsf 9-4-2020 04:21 PM
ya depa dah tiru Filipina

ade seorang brewer ni dia tak boleh buka kilang proses arak dari tebu, lantas diaconvert kilang dia jadi pengeluar hand sanitiser yg mengikuti SOP keselamatan lah sebab takut risiko kebakaran pula kalau peratusan penghasilan alcohol tu terlebih ( ingat alcohol is highly  volatile dan mudah meruap)
so yes

ini satu contoh yg baik - daripada dok mabukkan org, rosakkan liver org dan ketagihan 0 kenapa tak jadi kilang yg soleh?
Quote Kurex 9-4-2020 04:27 PM
dua_chzy replied at 9-4-2020 04:17 PM
Comel ken? Yang tengah itu persis laki akak. Kulit, bibir ngan mata hada persamaan.

Meh sini nak tgk......
Quote dua_chzy 9-4-2020 04:29 PM
Kurex replied at 9-4-2020 04:27 PM
Meh sini nak tgk......

Tamau.

Bila tengok balik2 gamba tu, memang seropa sungguh especially masa heol bebudak umo doploh-an dolu.
Quote makneng 9-4-2020 04:33 PM
Retis2 idon x ada jual ke hand sanitizer timbang kilo mcm retis and influncerz kat malaya ni?
Quote Andyscenes 9-4-2020 04:49 PM
KIM.K replied at 9-4-2020 03:43 PM
Bukan la arak, % alkohol tinggi sgt xleh minum. Racun
Alkohol dalam arak baru 12%

arak paling tinggi pun 42% dalam whisky
Quote pearl.silver 9-4-2020 05:17 PM
Kt mlysia npe byk sgt sumber buat hand sanitizer sampai retis2 dan founder kosmetik berebut2 keluarkn brand sendiri
Quote KIM.K 9-4-2020 05:17 PM
Andyscenes replied at 9-4-2020 04:49 PM
arak paling tinggi pun 42% dalam whisky

Wisky tu spirit kan. Seteguk je boleh
Minum banyak boleh buta
Quote LadyCarefree 9-4-2020 05:20 PM
96% too high. Patut lowerkan to 65 so bnyak lagi terhasil.
Quote Andyscenes 9-4-2020 08:57 PM
KIM.K replied at 9-4-2020 05:17 PM
Wisky tu spirit kan. Seteguk je boleh
Minum banyak boleh buta

yup. aku x tau kenapa dorg suka minum
Quote GigaMom 10-4-2020 08:13 AM
dua_chzy: Comel ken? Yang tengah itu persis laki akak. Kulit, bibir ngan mata hada persamaan.


No wonder laki kaka ada babi nak menyondol
Helok kejadiannya
Quote mahunikahmuda 10-4-2020 09:23 AM
Dari segi hukum mcm mana ya?
Quote kucingitam 10-4-2020 10:30 AM
kat msia takleh buat gini..arak haram, alkohol haram..

-done  nganjing-

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.129061 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top