CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negeri Sembilan Batal Bazar Ramadan

27-3-2020 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8298| Komen: 106

Description: Selepas Singapura, Negeri Sembilan juga memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan.
Selepas Singapura, Negeri Sembilan juga memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan.

Memetik Harian Metro, keputusan itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.



Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan


“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan.

“Mungkin kita boleh jangka menjelang hari akhir PKP nanti, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun, tetapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang akan membolehkan rakyat kembali mudah terdedah kepada wabak itu semula.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil perhatian mengenai keputusan ini,” katanya.

Peniaga bagaimanapun maish boleh menjalankan perniagaan dari rumah menggunakan konsep ‘cash on delivery’ (COD).


“Kita tidak benarkan mereka berniaga secara terbuka seperti bazar Ramadan kerana tidak mahu ambil risiko," katanya yang juga meminta kerajaan mengambil contoh tindakan kerajaan China di Wuhan.

Walaupun tiada kes baru Covid-19 dalam tempoh beberapa hari ini, China masih melarangkan rakyatnya bergerak secara terbuka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Covid19 26-3-2020 06:20 PM
   what a year to remember
Quote bakingsoda 26-3-2020 06:30 PM
negeri lain contohi la n9
Quote Skuau 26-3-2020 06:31 PM
Ramadhan kali ini...tiada bazar Ramadhan.
Quote jazaa100 26-3-2020 06:36 PM
Mcm tu banyak kuih....klu tak laku dorang buat pe ek.....
Quote slavehunter 26-3-2020 06:39 PM
Wuaaaa.....   tula asyik gaduh jer kita...kan Allah dah tarik sikit nikmat.
Quote makneng 26-3-2020 06:42 PM
Oklah kan.. Bukan sedap mana pun lauk pauk or kueh mueh kat param tu - teringat kuah laksa mcm air hujan, siap ada yg jual harga zionis. Mak ok je kalo x de. #donekecam
Quote Artemesiaa 26-3-2020 06:46 PM
Ok je tak ada tiap tahun pun tak pergi pasar Ramadan sebab mahal dan tak sedap mana.
Quote domestobot 26-3-2020 06:50 PM
tak payah le nak pasar Ramadhan. nanti bertambah-tambah lagi kluster jangkitan Covid 19.
Quote clerics 26-3-2020 06:50 PM
ramadhan tanpa Param.

ibarat pincangnya lagu tanpa irama.



Quote Tinot7 26-3-2020 06:54 PM
ok.. dah agak daa...
Quote Piramida 26-3-2020 06:57 PM
jazaa100 replied at 26-3-2020 06:36 PM
Mcm tu banyak kuih....klu tak laku dorang buat pe ek.....


Tak dibenarkn.. so jgn buat byk2... or order and  take away
Quote underground 26-3-2020 07:01 PM
hmmm ramai member2 aku bisnes bazar ramadhan. kira bonus sekali setahun yg takkan dapat dalam sales bulan2 lain.

tapi, aku memang dah bertahun tak pergi bazar.

masak sendiri je.
Quote lostnfaun 26-3-2020 07:05 PM
Bole ramai solat terawih & penuhkan msjid 10 mlm terakhir...
Quote nazzse 26-3-2020 07:17 PM
Takda bazar ok lagi, takda terawih tu yang sedib walaupun boleh buat kat rumah..feel tam sama
Quote AbukRokok 26-3-2020 07:17 PM
#rinduramadan80s90s
Quote Nham22 26-3-2020 07:29 PM
Bazar mmg masakpon hurmmm.. Ermmmm sgt
Quote shernazz 26-3-2020 07:33 PM
Covid19 replied at 26-3-2020 06:20 PM
what a year to remember

Ya lor
We will remember u forever loh
Quote cmf_premierleag 26-3-2020 07:34 PM
kalo kat param ni meols suka ayam percik ngan sotong king tepung tu je
Quote clerics 26-3-2020 07:37 PM
Tinot7 replied at 26-3-2020 06:54 PM
ok.. dah agak daa...

tekaan kau always spot on tak pernah meleset, just like sarah812, si panic buyer itu kan?

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060252 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top