CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dijangkiti Covid-19, Duit Hangus 'Dicuci' Dalam Microwave

13-3-2020 05:44 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6275| Komen: 28|Original author: Oleh: LilRose

Description: Gara-gara Covid-19, pelbagai cara dilakukan orang ramai dari seluruh dunia bagi melindungi diri dari dijangkiti virus itu.
Gara-gara Covid-19, pelbagai cara dilakukan orang ramai dari seluruh dunia bagi melindungi diri dari dijangkiti virus itu.

Terbaru, dua lelaki dari Korea Selatan mencuba untuk membasmi kuman pada wang kertas dengan memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro.



Kredit foto: Weibo

Lapor AllKpop seperti dipetik International Business Times, ramai orang berasa bimbang untuk menggunakan wang kertas berikutan takut dengan risiko dijangkiti Covid-19.

Yalah, sudah berapa kali ia bertukar tangan sebelum masuk ke dalam poket sendiri, kan?


Kredit foto: Weibo

Difahamkan, seorang lelaki dikenali sebagai Lee memasukkan 1.8 juta Won (RM6,337.61) ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk 'mencucinya'.

Malang nasibnya apabila sebaik pintu ketuhar itu dibuka, dia dapati separuh daripada wangnya hangus! Hanya 950,000 Won (RM3,346.91) yang tinggal. Daripada 36 keping not 50,000 Won, hanya separuh terselamat.

Kes sama berlaku di Busan apabila seorang lelaki memasukkan 39 not 50,000 Won ke dalam ketuhar gelombang mikro. Hasilnya? Hampir kesemua wangnya lesap!


Kredit foto: Weibo

Tidak dikenal pasti berapa suhu dan masa ditetapkan mereka ketika melakukan 'proses pembasmian kuman' itu.

Sementara itu, Shanghaiist melaporkan seorang wanita di Jiangsu, China mencuba kaedah sama minggu lepas.

Dia meletakkan 3,125 yuan (RM1,916.89) ke dalam ketuhar gelombang mikro bagi memastikan dirinya selamat daripada jangkitan Covid-19 yang dipercayainya boleh disebarkan melalui wang kertas. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lia98 13-3-2020 06:22 PM
kalo masuk duit dalam uv steriliser tu hangus jugak tak?
(soalan serius ni)
Quote CiliPadiSedap 13-3-2020 06:25 PM
lia98 replied at 13-3-2020 06:22 PM
kalo masuk duit dalam uv steriliser tu hangus jugak tak?
(soalan serius ni)

tak sebab duit di hasilkan dari LV channel kulit boya darat
Quote Lagubestbest 13-3-2020 06:55 PM
Dahtu wang dalam tabung masjid pulak acaner?
Quote noor2 13-3-2020 06:59 PM
X boleh basuh ke. ....dari pada bakar
Quote MissyMolly 13-3-2020 07:10 PM
hangus betul
Quote munchkin 13-3-2020 07:21 PM
Pakai jelah cashless shopping.
Quote dubuk 13-3-2020 07:56 PM
tampal kat dahi
Quote Boomibulat 13-3-2020 07:59 PM
pgi tukar kat bank negara Korea..
Quote Ladybird910 13-3-2020 08:02 PM
Aku rasa sana xde jual handsanitizer
Quote Tinot7 13-3-2020 08:06 PM
lia98 replied at 13-3-2020 06:22 PM
kalo masuk duit dalam uv steriliser tu hangus jugak tak?
(soalan serius ni)

mcm tak jerr. uv rays je kan? nak bubuh baper lama?
Quote Tinot7 13-3-2020 08:07 PM
Lagubestbest replied at 13-3-2020 06:55 PM
Dahtu wang dalam tabung masjid pulak acaner?

kalau ikut teori, enveloped virus ni tak tahan dek panas, perubahan pH, dsb.
toksah takut la.
Quote Tinot7 13-3-2020 08:08 PM
CiliPadiSedap replied at 13-3-2020 06:25 PM
tak sebab duit di hasilkan dari LV channel kulit boya darat

tok sah la nak sakat dia.. cian dia..
Quote insulin 13-3-2020 08:14 PM
lia98 replied at 13-3-2020 06:22 PM
kalo masuk duit dalam uv steriliser tu hangus jugak tak?
(soalan serius ni)

Kaedah ini rasanya lebih selamat.

Quote tumpanglalu74 13-3-2020 08:21 PM
Malas iron..  Padan muke.
Quote LadyCarefree 13-3-2020 09:31 PM
Ladybird910 replied at 13-3-2020 07:02 PM
Aku rasa sana xde jual handsanitizer

Hand sanitizer tanpa alkohol bukannya berkesan.
Quote Ladybird910 13-3-2020 09:46 PM
LadyCarefree replied at 13-3-2020 09:31 PM
Hand sanitizer tanpa alkohol bukannya berkesan.

Klu xde alkohol dia panggil wet tissue sis
Quote LadyCarefree 13-3-2020 09:53 PM
Ladybird910 replied at 13-3-2020 08:46 PM
Klu xde alkohol dia panggil wet tissue sis


Yang jual kat msia ni banyak yang tak ada alkohol jah tapi pakai substitute chemical
Quote Ladybird910 13-3-2020 10:06 PM
LadyCarefree replied at 13-3-2020 09:53 PM
Yang jual kat msia ni banyak yang tak ada alkohol jah tapi pakai substitute chemical

Kebanyakan? Are u sure..coz kebanyakan yg i beli dr zaman sars mmg contained alcohol
Quote matchstick 14-3-2020 07:02 AM
Deme ni tak reti try buh 2-3 keping dulu note tu pastu tgk apa jadi ke? Mcm bangang je gi letak beberapa ribu sekaligus

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.055007 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top