CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Campak Anak Autisme Dari Tingkat 4 Supaya Dapat Ke Syurga

13-3-2020 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6745| Komen: 25

Description: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun parah selepas dicampak ibu kandung dari balkoni tingkat empat.
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun parah selepas dicampak ibu kandung dari balkoni tingkat empat.

Memetik METRO, kejadian berlaku di St Paul, Minnesota pada Isnin.

Difahamkan, Itayvia Lloyd, 33, berbuat demikian selepas bertengkar dengan pasangannya.


Ketika disoal siasat, suspek mengaku sukar membesarkan anak autisme seorang diri.


Foto: METRO

Bertindak di luar kawalan, Itayvia menarik mangsa yang sedang tidur sebelum mencampaknya ke luar balkoni supaya kanak-kanak itu 'boleh ke syurga'.

Kejadian itu menyebabkan mangsa perlu menjalani beberapa pembedahan akibat mengalami patah tulang di beberapa bahagian tubuh selain cedera di kepala.

Difahamkan, polis menerima panggilan daripada saksi di lokasi kejadian yang pada mulanya menyangka kanak-kanak itu terjun untuk membunuh diri.

Sebaik tiba, beberapa anggota menemui mangsa yang menghidap autisme dan tidak mampu bertutur itu dalam keadaan kedua-dua kakinya patah dan darah mengalir dari mulutnya.


Selain itu, mangsa juga mengalami keretakan pada rahangnya, lapor CBS.

Akibat perbuatannya itu, Itayvia berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan atas pertuduhan cubaan membunuh. 

Mahkamah membuat keputusan memberikan jaminan sebanyak 500,000 dolar Kanada (RM1,542,407) terhadap wanita berkenaan. - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 13-3-2020 12:31 PM
'Ke syurge tu' ko yang adlib..  

Tengok2 betol.
Quote prettyuglybabe 13-3-2020 12:35 PM
aduhai.. kasihannya kamu anak..
Quote barfi 13-3-2020 12:40 PM
Sedihnyaaa tak mampu bercakap. Tengah tido tetiba dah patah kedua kaki berdarah mulut bagai.. kalau rasa tak mampu jaga anak autisme kenapa tak serahkan kepada rumah kebajikan je
Quote ellejo 13-3-2020 12:46 PM
kesian dengan kedua2nya
babi betul si bapak. tau buat anak je pastu lepas tangan
Quote namr 13-3-2020 12:57 PM
Hoi, kesian budak tu.gila la ko ni
Quote gummiebear 13-3-2020 01:01 PM
Kesiannya

Dah la xdapat bcakap pastu dah cedera macam2 lagi menambah siksa hidup adik tu
Quote chipsmoremore 13-3-2020 01:22 PM
stresss nih
Quote whadda 13-3-2020 01:24 PM
kesian budak tu
Quote any42 13-3-2020 01:30 PM
kesiannya. ank tu xmntak pun dia lhir jd mcm tu. siapa kau nk nafikn hak dia utk nk mrasa hdup ats dunia ni. xmau jaga dicampak plak.
Quote luluaurora 13-3-2020 01:37 PM
aduiiii
anak tu dh sedia tak sehat..
bila cedera mcm tu lagi susah la nak jagaa
kesiannyaaa..siksa anak tuuu..

Quote amyza 13-3-2020 01:56 PM
Sian budak tu

Mereka2 yg ada anak autisme @ oku, i memang salute. Tahap kesabaran yg tinggi. Moga anak2 ni dapat bantu ibubapa dia masuk syurga nanti.
Quote epal21 13-3-2020 02:16 PM
amyza replied at 13-3-2020 05:56 AM
Sian budak tu

Mereka2 yg ada anak autisme @ oku, i memang salute. Tahap kesabaran yg tinggi.  ...

Menjaga anak2 oku memang perlu sabar dan redha. Dulu kan  ada kes adik firdaus oku yg ditinggalkan sorang2 dlm rumah flat penuh sampah sampaikan arwah firdaus makan najis dia sendiri. Kesian arwah. Tapi yg lagi sedih bila org jumpa firdaus tu & firdaus tu panggil "mak, mak". Walaupun mak dia benci dia,dia tetap cari mak dia.
Quote tipah89 13-3-2020 03:16 PM
epal21 replied at 13-3-2020 02:16 PM
Menjaga anak2 oku memang perlu sabar dan redha. Dulu kan  ada kes adik firdaus oku yg ditinggalkan ...

Biasanya yg buat benda2 mcm ni is org yg mentalnya xkuat, samada mereka mmg xsuka sgt dgn budak or xready nak ada anak, n pulak dpt anak oku tu y g jadi kes2 mcm budak ni n firdaus. So moralnya kalo da tau gitu pakaila protection, tapi bagak nau tau sedap je, da dpt xreti nak bela.

Quote husna_amal 13-3-2020 03:56 PM
Giler kejamnya buat macam tu sekali. Tersiksa budak tu.
Quote amyza 13-3-2020 04:07 PM
epal21 replied at 13-3-2020 02:16 PM
Menjaga anak2 oku memang perlu sabar dan redha. Dulu kan  ada kes adik firdaus oku yg ditinggalkan ...

Mak macam ni anggap anak istimewa sebagai beban. Geram lah bila ingat balik kes adik firdaus tu.sampai hati mak dia.
Quote pittjie 13-3-2020 04:24 PM
epal21 replied at 13-3-2020 02:16 PM
Menjaga anak2 oku memang perlu sabar dan redha. Dulu kan  ada kes adik firdaus oku yg ditinggalkan ...

adik firdaus tu dah meninggal pun dik epal. mak dia tu tak tau la kena hukum ke tak. ke aman2 je kat luar ni. mmg marah sgt aku kat mak dia dulu.

Quote Artemesiaa 13-3-2020 04:27 PM
Kejamnya perbuatan
Quote ikanmasin 13-3-2020 04:57 PM
apalah salah anak tu ..kesian baca
Quote adila39 13-3-2020 08:50 PM
jahatnyaaaaa!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.092402 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top