CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah 2 Tahun Kami Tak Bersama" - Rozi Pengurus Siti Nurhaliza Kini Ibu Tunggal

13-3-2020 10:18 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 29559| Komen: 113|Original author: Oleh: intan

Description: Jika anda mengikuti perkembangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah pasti anda mengenali pengurusnya iaitu Rozi Abdul Razak yang juga kakak ipar kepada Tokti.
Jika anda mengikuti perkembangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah pasti anda mengenali pengurusnya iaitu Rozi Abdul Razak yang juga kakak ipar kepada Tokti.


Rupa-rupanya, dalam diam sudah hampir dua tahun dia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. 


Rozi, 46, telah mengesahkan rumah tangga dia dan abang kepada Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin ataupun lebih dikenali sebagai Ayie berakhir sejak dua tahun lalu.

Rakaman video temu bual bersama majalah tabloid Jelita itu telah dimuat naik Rozi di laman instagram beliau dan memberitahu dia banyak menerima pertanyaan mengenai status rumah tangganya.


"Tak semua orang tahu dan ramai yang tanya mana suami, kenapa tak letak gambar dia? Sebenarnya, status saya sekarang adalah ibu tunggal,"

"Kami dah berpisah hampir dua tahun lalu, sebelum kami ke mahkamah untuk memutuskan perpisahan. Rakan dan keluarga terdekat sudah mengetahui itu jalan terbaik buat kami," ujarnya lagi.


Dalam kapsyen posting tersebut, Rozi menjelaskan dia sememangnya jarang bercerita mengenai hal peribadi, namun terbuka untuk memberi motivasi dan insirasi.

Netizen memberi komen serta memuji Rozi yang kelihatan tabah dan kuat dalam menghadapi cabaran hidup sebagai ibu tunggal. 

"Bila kita bergelar ibu tunggal dan hidup tanpa pasangan, sudah tentu ada cabarannya. Namun, ketika saya masih ada pasangan, saya seorang yang berdikari,"

Cuma, cabarannya adalah apabila nak memikul semuanya seorang diri, jelasnya lagi.

Hasil perkahwinan Ayie dan Rozi, mereka dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.  - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • searchie0808

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 11-3-2020 11:52 AM
Ayie abg Siti..
[youtube]xUz4Wm-Pllo[/youtube]

Quote lasagna 11-3-2020 11:59 AM
bkn ke ramai dah tau sheol dah berpisah dgn abg tokti?
Quote KIM.K 11-3-2020 12:03 PM
Sebaik2nya nak bercerai tu dirahsiakan dulu di tempat kerja
Quote manehnya 11-3-2020 12:05 PM
rozi yg hebat mcm tu pun ada yg x leh handle.. satu kerugian pd ex nya
Quote hotmak 11-3-2020 12:10 PM
baru dua tahun ke? rasa mcm dah lama dah, mungkin baru lafaz talak kot, patut dulu, ada satu video mak salmah masih kenalkan dia as isteri ayie, time tu masih suami isteri lg kot
Quote daisy_ms 11-3-2020 12:10 PM
mcm dah lama tau je
Quote makton 11-3-2020 12:16 PM

persis muka kekrul lembam
Quote hyie 11-3-2020 12:16 PM
rasanya yang betul2 official berpisah masa sheols admitted hospital kot...rasanya lah
Quote bambimo 11-3-2020 12:19 PM
Still baik kan dgn family tokti kalo ckp cm kakak kandung tokti pun org percaya
Quote zafira 11-3-2020 12:22 PM
rasanya macam dah banyak tahun berpisah...xpelah... janji takde dendam mendendam sudahlah... move on
Quote mamapea 11-3-2020 12:24 PM
rozi & ct dh mcm adik beradik...
Quote Boomibulat 11-3-2020 12:28 PM
makton replied at 11-3-2020 12:16 PM
persis muka kekrul lembam

sekarang..
[youtube]pOz70zIysgs[/youtube]

Quote DahliaTulip 11-3-2020 12:30 PM
rase lame dah berpisah..tapi ni baru die declare openly.
Quote shonen 11-3-2020 12:31 PM
Adik beradik tokti ni semua pernah bercerai ye.. Kecuali tok ti
Quote DahliaTulip 11-3-2020 12:32 PM
mamapea replied at 11-3-2020 12:24 PM
rozi & ct dh mcm adik beradik...

walaupun dah mcm adek beradek. tapi aku respek cara kak rozi bekerja dengan siti. masih ada gap antara majikan dan pekerja. ade 1 video dalam Youtube Siti, kak rozi nak makan kuih raya atas meja pon bagitahu n mintak permission siti nak ambik, yg siti siap cakap ' amek je lah kak rozi, kat dapur pon ade lagi.amek je'.. lagi 1, kak rozi ni gaya cakap n susunan ayat die jelas dan terang. suke dgr die cakap2.
Quote DahliaTulip 11-3-2020 12:33 PM
manehnya replied at 11-3-2020 12:05 PM
rozi yg hebat mcm tu pun ada yg x leh handle.. satu kerugian pd ex nya

rozi jenis independent sngt kot. lelaki kan tercabar ego nye kalau perempuan ni terlalu berdikari.
Quote MamaHafiz2012 11-3-2020 12:37 PM
DahliaTulip replied at 11-3-2020 12:32 PM
walaupun dah mcm adek beradek. tapi aku respek cara kak rozi bekerja dengan siti. masih ada gap an ...

Sekian lama dia kerja dgn siti nampak sgt mmg dia profesional dlm hubungan dengan bos dia walaupun dia kakak ipar (ex)
Quote Kak-Leen 11-3-2020 12:40 PM
DahliaTulip replied at 11-3-2020 12:32 PM
walaupun dah mcm adek beradek. tapi aku respek cara kak rozi bekerja dengan siti. masih ada gap an ...

Dia dulu reporter. Reporter zaman dia masih tahu susun ayat dan bercakap dgn beretika. Zaman skrg x ramai dah mcm tu.
Quote EvieWanKenobi 11-3-2020 12:40 PM
agaknya tunggu punya tunggu takdak
sapa tanya..

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060659 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top