CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28115|Reply: 113

Rozi pengurus Siti dedah sudah 2 tahun berpisah dengan Ayie

[Copy link]
Post time 11-3-2020 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 11-3-2020 11:51 AM

"Sudah 2 Tahun Bergelar Ibu Tunggal!" - Rozi Dedah Status Perkahwinan Dengan Abang Siti


Pengurus penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak akhirnya membuka mulut berkongsi status perkahwinannya dengan abang Siti, Ayie.

Berkongsi khabar terbabit, jelas Rozi mereka memutuskan untuk berpisah sejak dua tahun lalu.

"Jarang-jarang sekali saya nak bercerita hal peribadi tetapi di sebaliknya saya sudi ditemubual kerana mahu berkongsi motivasi dan inspirasi.

"Masih ramai yang bertanya di mana suami saya, kenapa tiada gambar suami? Sebenarnya status saya sekarang sebagai ibu tunggal dan sudahpun hampir dua tahun lebih.

"Kami ke mahkamah untuk memutuskan berpisah. Rakan-rakan dan keluarga terdekat memang mengetahui itu jalan terbaik untuk kami," katanya kepada majalah Jelita.

Tambah Rozi, 47, dia turut berdepan cabaran bergelar ibu tunggal biarpun sedia asal berdikari sejak mendirikan rumah tangga.

"Apabila bergelar ibu tunggal tanpa pasangan sudah tentu ada cabaran tertentu.

"Mujurlah saya sangat berdikari dan ada pekerjaan tetap, jadi saya hanya teruskan apa yang saya sudah lalui.

"Cuma cabarannya saya memikul seorang diri ketika anak-anak sedang membesar serta memerlukan banyak perbelanjaan.

"Sudah tentu sebagai ibu tunggal saya tak boleh berada di satu tahap sahaja, saya perlu mencari sumber lain untuk anak membesar dengan baik dan saya tak mahu anak saya membesar dengan terabai," tambah penulis lirik lagu Siti, Menatap Dalam Mimpi itu lagi.
  

Hasil perkahwinan Rozi dan Ayie atau nama sebenarnya Saiful Bahri mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2020 11:52 AM | Show all posts
Ayie abg Siti..


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 11:59 AM | Show all posts
bkn ke ramai dah tau sheol dah berpisah dgn abg tokti?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik2nya nak bercerai tu dirahsiakan dulu di tempat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:05 PM | Show all posts
rozi yg hebat mcm tu pun ada yg x leh handle.. satu kerugian pd ex nya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:10 PM | Show all posts
baru dua tahun ke? rasa mcm dah lama dah, mungkin baru lafaz talak kot, patut dulu, ada satu video mak salmah masih kenalkan dia as isteri ayie, time tu masih suami isteri lg kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2020 12:10 PM | Show all posts
mcm dah lama tau je
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:16 PM | Show all posts

persis muka kekrul lembam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2020 12:16 PM | Show all posts
rasanya yang betul2 official berpisah masa sheols admitted hospital kot...rasanya lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Still baik kan dgn family tokti kalo ckp cm kakak kandung tokti pun org percaya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:22 PM | Show all posts
rasanya macam dah banyak tahun berpisah...xpelah... janji takde dendam mendendam sudahlah... move on
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:24 PM | Show all posts
rozi & ct dh mcm adik beradik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2020 12:28 PM | Show all posts
makton replied at 11-3-2020 12:16 PM
persis muka kekrul lembam

sekarang..


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:30 PM | Show all posts
rase lame dah berpisah..tapi ni baru die declare openly.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik beradik tokti ni semua pernah bercerai ye.. Kecuali tok ti
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:32 PM | Show all posts
mamapea replied at 11-3-2020 12:24 PM
rozi & ct dh mcm adik beradik...

walaupun dah mcm adek beradek. tapi aku respek cara kak rozi bekerja dengan siti. masih ada gap antara majikan dan pekerja. ade 1 video dalam Youtube Siti, kak rozi nak makan kuih raya atas meja pon bagitahu n mintak permission siti nak ambik, yg siti siap cakap ' amek je lah kak rozi, kat dapur pon ade lagi.amek je'.. lagi 1, kak rozi ni gaya cakap n susunan ayat die jelas dan terang. suke dgr die cakap2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2020 12:33 PM | Show all posts
manehnya replied at 11-3-2020 12:05 PM
rozi yg hebat mcm tu pun ada yg x leh handle.. satu kerugian pd ex nya

rozi jenis independent sngt kot. lelaki kan tercabar ego nye kalau perempuan ni terlalu berdikari.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:37 PM | Show all posts
DahliaTulip replied at 11-3-2020 12:32 PM
walaupun dah mcm adek beradek. tapi aku respek cara kak rozi bekerja dengan siti. masih ada gap an ...

Sekian lama dia kerja dgn siti nampak sgt mmg dia profesional dlm hubungan dengan bos dia walaupun dia kakak ipar (ex)
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
DahliaTulip replied at 11-3-2020 12:32 PM
walaupun dah mcm adek beradek. tapi aku respek cara kak rozi bekerja dengan siti. masih ada gap an ...

Dia dulu reporter. Reporter zaman dia masih tahu susun ayat dan bercakap dgn beretika. Zaman skrg x ramai dah mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:40 PM | Show all posts
agaknya tunggu punya tunggu takdak
sapa tanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.121657 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list