CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panik Dengan Covid-19, Tisu Tandas Pun Kena Rompak

18-2-2020 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2866| Komen: 8

Description: Memang keji, tiga perompak didapati mencuri timbunan tisu tandas bernilai HK$1,000 atau bersamaan RM534 dalam satu kejadian di Hong Kong.Insiden pada Isnin lalu menyaksikan seorang pemandu sebuah lori ...
Memang keji, tiga perompak didapati mencuri timbunan tisu tandas bernilai HK$1,000 atau bersamaan RM534 dalam satu kejadian di Hong Kong. 

Insiden pada Isnin lalu menyaksikan seorang pemandu sebuah lori dengan muatan barang pasar raya didatangi perompak ini, lapor The Guardian. 

Peliknya, barangan lain langsung tidak diusik sebaliknya hanya tisu tandas yang menjadi sasaran. Ia dikatakan ada kaitan dengan keresahan yang melanda Hong Kong sejak penularan wabak Covid-19. 

Kredit foto: rnews
Ia sekaligus menyebabkan pembelian barangan keperluan secara panik oleh penduduk setempat sehingga rak di pasar raya di Hong Kong kehabisan barang. 

Ia termasuklah barangan seperti beras, minyak masan dan paling penting iaitu tisu tandas!


Dalam insiden rompakan tersebut, perompak berkenaan dikatakan mengacukan pisau ke arah pemandu lori itu di luar pasar raya Wellcome Supermarket.

Ia juga berlaku di kawasan kejiranan yang terkenal sebagai sarang kumpulan kongsi gelap. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 18-2-2020 07:53 PM
Haiyaaa basuh la berak..lagi bersih..
Quote Cassieopeia 18-2-2020 10:24 PM
gogih nk bertisu jgk..pastu nti bersepah keluar virus lain. basuh je la dgn air
Quote sehirkedi 19-2-2020 07:29 AM
Risau nanti nak selet pakai ape. Tisu tandas dah jadi barang yg amat berharga pada mereka..
Quote rosli_nurizzati 19-2-2020 08:22 AM
awat tak leh pakai ayaq ka.. susah2 pakai daun ja.
Quote GigaMom 19-2-2020 11:00 AM
Bila la korg nk bljr sabun bontot korg oiii. Aduhh
Quote Artemesiaa 19-2-2020 11:25 AM
Benda tengah high ni  demand banyak kedai tak ada stock akhibat pembelian panic baru2 ni jadi tak hairan kalau benda tu pun boleh kene curi
Quote husna_amal 19-2-2020 02:49 PM
kat sini orang melayu rileks je tak perlu tisu tandas...cebok pakai air baru lah bersih.
Quote Mr_fried 22-2-2020 01:11 PM
Haha tisu pun kena rompak ke dia nak buat stok untuk istinjak la tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052308 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top