CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daging Kelawar Haram Dimakan - Mufti

14-2-2020 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9550| Komen: 63

Description: Pengambilan daging kelawar sebagai makanan jelas sekali adalah haram dalam Islam.Hal tersebut dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri.“Terdapat banyak kajian s ...
Pengambilan daging kelawar sebagai makanan jelas sekali adalah haram dalam Islam.

Hal tersebut dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri. 


“Terdapat banyak kajian saintifik yang membuktikan haiwan liar seperti kelawar, keluang dan seumpamanya mampu menjadi punca kepada penyakit bahaya buat individu yang memakannya.

“Antaranya Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) telah dijumpai terdapat pada spesis kelawar jenis Rhinolopus Sinicus," katanya memetik laporan ProjekMM. 

Kredit foto: ProjekMMO

Selain itu, haiwan seperti keluang juga haram dimakan kerana ia turut membawa penyakit. 


"Kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan daging kelawar adalah haram dimakan sebagaimana disebut Imam al-Nawawi bahawa berlaku pengharaman makan kelawar secara qat’ie.

“Selain itu, menjadi tuntutan ke atas kita seorang Muslim, bukan sahaja perlu memilih makanan yang halal tetapi juga perlu berkualiti," ujarnya. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 14-2-2020 04:53 PM
Iolss baru tengok maps manado tempat yg ramai indon2 makan kelawar tu. Ermmm no wonder la sana semua macam kaum asli indo je kan.. kat area Jawa takde kot benda macam ni. Sulawesi je banyak..

So guyss jangan amik maid yg dari Sulawesi tau.
Karang semua haiwan kotor kat umah korang dia makan..
Quote chicozinn 14-2-2020 04:54 PM
apsal gemok2 ea kelawar deyollss ni?kelawar ni memang diternak ke?
Quote Orix 14-2-2020 04:58 PM
even halal sekalipun tak kowserrrr iols nk makan... mcm belalang, smpai skrg iols geliii even halal
Quote Boomibulat 14-2-2020 05:16 PM
kenapa mulut kelawar tu semua tenganga je..
Quote munchkin 14-2-2020 05:38 PM
Baca medical journal 2007. Sebut pasal kelawar. Yg makan ni tunggu waktu tu. Depa panggil walking time bomb.
Quote farlis 14-2-2020 05:44 PM
Tetiba i confused mana rupa kelawar, mana rupa keluang.


Keluang merujuk kepada haiwan mamalia dalam keluarga haiwan kelawar dipanggil Pteropodidae.

Di Malaysia, ia lazimnya digunakan bagi merujuk kepada spesies khusus Pteropus vampyrus. Keluang haiwan berdarah panas, dalam kumpulan kelas mamalia. Sebagaimana haiwan mamalia lain, keluang membiak cara beranak.

Ukurannya berkali-kali ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Panjang antara hujung sayap dengan hujung sayap kira-kira 0.5 meter hingga 1.0 meter.

Ramai menganggap kelawar dan keluang mempunyai sifat sama. Perbezaan yang sering disebut oleh orang yang mengatakan keluang dan kelawar sama hanyalah pada ukurannya. Sebenarnya keluang dan kelawar amat berbeza.

Tabiat keluang berbeza dengan kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang pula keluar pada waktu pagi. Sifatnya waktu cari makan sama dengan burung yang keluar waktu pagi dan pulang ke sarang pada waktu petang.  

Makanan utama keluang ialah buah-buahan. Sedangkan kelawar pula suka makan serangga.

Keluang mempunyai mata boleh melihat. Sebab itu, keluang terbang berkawan dan arah terbangnya lurus seperti burung. Keluang terbang jauh pergi mencari makan hingga berpuluh-puluh kilometer dari tempat tinggalnya setiap hari. Semasa terbang, kadang kala keluang mengeluarkan bunyi nyaring.  

Mana-mana tempat mempunyai dusun pokok sedang berbuah akan menjadi tumpuan kumpulan keluang. Keluang menjadi musuh utama bagi pemilik dusun, selain ancaman tupai dan musang.

Sebaliknya, kelawar tidak mempunyai mata yang berfungsi untuk melihat. Kelawar ada mata, tetapi buta. Kelawar terbang secara rawak (tidak lurus) dan bergantung kepada deria bunyi untuk mengelak melanggar sesuatu.      

Pada waktu petang (hampir malam), keluang akan berkumpul sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring. Dalam peribahasa Melayu ada menyebut, “bagai keluang bebar petang” yang bermaksud orang berkerumun (berhimpun) beramai-ramai.
Quote missExu 14-2-2020 05:55 PM
Boomibulat replied at 14-2-2020 05:16 PM
kenapa mulut kelawar tu semua tenganga je..

Iolls slalu terfikir sbb mati dlm kesakitan ke smpai ternganga semua. Sedih
Quote Rogue98 14-2-2020 05:58 PM
Scary nye... mcm dracula...
Quote Boomibulat 14-2-2020 05:58 PM
farlis replied at 14-2-2020 05:44 PM
Tetiba i confused mana rupa kelawar, mana rupa keluang.

kluang besar mcm ni..kelawar kecik mcm burung


Quote EvieWanKenobi 14-2-2020 06:17 PM
Boomibulat replied at 14-2-2020 05:58 PM
kluang besar mcm ni..kelawar kecik mcm burung

apa benda dalam mulut dia tu?
Quote Boomibulat 14-2-2020 06:18 PM
EvieWanKenobi replied at 14-2-2020 06:17 PM
apa benda dalam mulut dia tu?

Macam pisang..walaupun rupa ganas tapi beliau mkn buah2an tempatan je..
Quote noor2 14-2-2020 06:20 PM
Boomibulat replied at 14-2-2020 06:18 PM
Macam pisang..walaupun rupa ganas tapi beliau mkn buah2an tempatan je..

Besarnya beliau....
Quote selipar_hijau 14-2-2020 07:10 PM
Boomibulat replied at 14-2-2020 05:58 PM
kluang besar mcm ni..kelawar kecik mcm burung

Mcm jeepers creepers la pulak
Quote ellez 14-2-2020 07:17 PM
Boomibulat replied at 14-2-2020 05:58 PM
kluang besar mcm ni..kelawar kecik mcm burung

Ooo..besar jugak keluang ni..
Yg iols jumpa kat kebun nenek iols sebesar tapak tgn je..
Kelawar plak lagi kecik..
Quote gigahertz 14-2-2020 07:29 PM
Boomibulat replied at 14-2-2020 09:16 AM
kenapa mulut kelawar tu semua tenganga je..

Roh dia keluar dari mulut?
Quote Boomibulat 14-2-2020 07:31 PM
ellez replied at 14-2-2020 07:17 PM
Ooo..besar jugak keluang ni..
Yg iols jumpa kat kebun nenek iols sebesar tapak tgn je..
Kelawar  ...

yg ni mgkn luar negeri punya..sini punya xebesar ni
Quote giyomi 14-2-2020 07:47 PM
haram ker halal ker...akak tetap takan makan.
Quote miraclehopes 14-2-2020 07:58 PM
Iols rasa sbb diorg masa bakar diorg cucuk badan kelawar dari hujung ke hujung dgn kayu...iols ada tgk dlm video tomohon tu..so kayu keluar kot mulut..nganga la
Quote any42 14-2-2020 07:59 PM
tgk muka pun dah ngeri klau halal sklipun mmg xlalu nk mkn. sama mcm ikan keli i tgk kpala mcm ular. i dah la takut ular. meremang tgk.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.204449 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top