CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Meninggal Kerana Bersenam Malam? Cardiac Arrest Lebih Bahaya Dari Serangan Jantung

11-2-2020 11:44 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6451| Komen: 22

Description: Kematian mengejut beberapa rakyat Malaysia seperti yang dipaparkan di media agak merisaukan.Meninggal ketika berjogging, bermain badminton dan lain-lain senaman berulang kali di laporkan. Malahan, wak ...

Kematian mengejut beberapa rakyat Malaysia seperti yang dipaparkan di media agak merisaukan. 

Meninggal ketika berjogging, bermain badminton dan lain-lain senaman berulang kali dilaporkan. Malahan, waktu kejadian adalah sama iaitu di waktu malam. 

Seorang warganet, Zack Rahim memberikan pendapatnya bahawa ia adalah akibat 'cardiac arrest', berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction).

Fb

Tragedi yang berlaku ketika bersukan waktu malam haruslah dipandang serius. Ini kerana 'Cardiac arrest' adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya.


"Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama2nya." 

Fb

Malahan menurutnya, ramai yang salah anggap menganggap ianya sebagai serangan jantung (heart attack) sedangkan kedua-duanya jauh berbeza. 

"Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk 'circulation'. Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. 

fb

"Manakala 'cardiac arrest' berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali, jadi mereka tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada. Jantungnya perlu di pump semula sama ada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti."

Sebagai orang awam, adalah bagus jika kita ambil tahu cara untuk melakukan CPR sebagai bantuan awal. 

Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi mengenai aktiviti bersukan waktu malam itu sendiri. 


Bagi Zack tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan memahami waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan tidak terlalu letih bekerja disiang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bolasepak atau gym. 

"Jika anda jarang bersukan dan tiba-tiba bersukan terlalu aktif atau agresif, maka anda mungkin gagal mengawal jantung. Jangan samakan diri dengan ahli sukan aktif atau professional. Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest."

Google

Cara terbaik elak cardiac arrest ialah FAHAMI KEMAMPUAN diri sendiri. Tidak perlu menunjuk hebat dalam permainan sedangkan badan ketika itu tidak mampu. 

Maklumlah Cardiac Arrest datang tiba-tiba. Menakutkan, jadi sentiasalah bersederhana dalam apa jua aktiviti anda ya kerana simptom ini menyerang tidak mengira siapa atau umur mangsa. - CARI
1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ArchieCharlie 11-2-2020 11:59 AM
I setuju dgn artikel ni, late husband kawan i, SDR masa tengah cycling malam hari. Berlepuk jatuh and passed away di situ juga. Dia takde sakit jantung, darah tinggi pun. Meninggal at the age of 44 y.o. and almost every night dia cycling/running/swimming. Asbab aje kot, dah sampai masa dia kembali kepada PenciptaNya. Tapi memang malam waktu untuk manusia berehat, dianjurkan menghidupkan sepertiga malam..itu sebaiknya..
Quote meow_tompok 11-2-2020 12:01 PM
ada coach kurus bagitau kat aku, kalau nak exercise sebelum 11 malam. Selepas 11 mlm waktu kita berehat.

Quote Artemesiaa 11-2-2020 12:07 PM
Betul tu ramai yang tak tahu dan jadi mangsa ada yang sempat rasa tanda2nya terus stop sebelum apa2 yang tak diingini berlaku.
Quote nazzse 11-2-2020 12:17 PM
Janganlah sampai tengah2 malam still continue exercise..pukul 10 or paling2 11pm kena stop. Badan pun nak rest sehari suntuk kerja keras kot..
Quote Cari-Azza 11-2-2020 12:20 PM
meow_tompok replied at 11-2-2020 12:01 PM
ada coach kurus bagitau kat aku, kalau nak exercise sebelum 11 malam. Selepas 11 mlm waktu kita bere ...

Oh. Means boleh lah lagi bersukan malam ya. Ingatkan takleh terus. Tq2
Quote Zack8hunter 11-2-2020 12:20 PM
tapi tu la.. siang hari kita sibuk kerja.. belum kira pergi/balik keje meredah jem.. tu yg ramai bersukan malam tu.. lagipun malam sejuk skit.. so lepas ni kene bangun awal sebelum subuh, tahajud lps tu terus pi excercise dulu.. baru siap2 pi keje
Quote MissLana 11-2-2020 12:27 PM
takutnya iols baru nak start gym after balik keje for this new year resolution. tapiiii mcm scary pulak cte cmni. innalillah utk mangsa2
Quote PintuKayu 11-2-2020 12:35 PM
scarynya sbb iols suka workout memalam sbb time tu ja mood datang..
Quote AbukRokok 11-2-2020 12:40 PM
malam dicipta utk tidur bukan kau nak berpeluh
bila melanggar norma norma kehidupan
Quote AbukRokok 11-2-2020 12:41 PM
ini sampai pkul 2-3 pagi balun main badminton main futsal..... ahahahaha
Quote AbukRokok 11-2-2020 12:43 PM
ini satu hal lagi tgh2 malam buat acara merentas desa kat area bandar/perumahan
apake bodo organize mcm tu
Quote meow_tompok 11-2-2020 01:01 PM
Cari-Azza replied at 11-2-2020 12:20 PM
Oh. Means boleh lah lagi bersukan malam ya. Ingatkan takleh terus. Tq2

saya selalu jogging/slow run dlm jam 7.30mlm - 8.30mlm je.
Paling lewat tak lebih 9.30mlm. Jam dah 10mlm masih tengah exercise elakkan sebarang High Intensity Training
Selalu jaga timing, kalau rasa letih semacam berhenti terus. Esok bole sambung, lebih baik elakkan dari sebarang muscle stress or injury itu lagik susah kena rehat berminggu takleh bersenam.

Saya pernah baca artikel nak bakar kalori kena capai heart rate dlm 65% baru exercise kita berkualiti. Tu sbb ramai pilih HIIT nak cepat bakar lemak. Tapi bagi saya nak buat HIIT jgn lewat, 9.30mlm tu pun dah lewat rasanya... kita jam 10mlm patut dah relaks nak bersedia gi tidur.

Bacaan lanjut nak kira HR -->
http://sususejat.com/kadar-denyutan-nadi-dan-proses-bakar-lemak/

Quote Gingerly 11-2-2020 01:07 PM
Kematian mengejut tanpa rasa sakit merana. Tiba2 saja bateri kong. Kinda blissful death.
Quote husna_amal 11-2-2020 02:29 PM
mungkin terlalu push sangat body tu walaupun dah sampai limit. kita pun kena berjaga2 dan elakkan sukan yg berat diwaktu malam.
Quote supernaturalee 11-2-2020 02:33 PM
38 tahun dh jd guru besar?
biar betik



btw yg bersenam atas katil tu mcmn pulak?
bahaya jgk ke


Quote dubuk 11-2-2020 03:36 PM
burung pun tahu tidur awal
Quote eizarz 11-2-2020 04:50 PM
malam main snooker je bagus???deep betul ko ni..haha
Quote evlinne 11-2-2020 05:01 PM
AbukRokok replied at 11-2-2020 12:43 PM
ini satu hal lagi tgh2 malam buat acara merentas desa kat area bandar/perumahan
apake bodo organize ...

Neon run ke abok??
Hahaha iols pun rasa benda tu ngaruttt
Quote evlinne 11-2-2020 05:02 PM
Komen netizen tu menganjeng sinis yach hahahaha

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.059046 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top