CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tolong Urus Satu Rangka Manusia..." Nota Misteri Bongkar Kisah 'Angker' Rumah Terbiar

1-2-2020 09:00 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 13943| Komen: 47|Original author: intan

Description: "Tolong urus satu rangka manusia..." Nota misteri bongkar kisah 'angker' rumah terbiar



Baru-baru ini, gempar apabila satu muat naik di twitter mengenai kisah misteri di sebalik penemuan mayat di sebuah rumah kosong. Yang menjadi misteri apabila sebuah nota telah ditemui di peti surat sebuah surau yang berdekatan dengan rumah tersebut yang berbunyi

"*30.1.2020, Tolong uruskan satu rangka manusia kat dalam rumah arwah cikgu Jumbri"


Dan ternyata memang terdapat satu mayat yang hampir menjadi rangka telah ditemui dalam rumah itu.


Seorang pengguna twitter @azrulnaim777 telah mendedahkan kisah sebenar di sebalik rumah milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Jumbri. Seram jugak ya!

Orang sewa rumah tak lama..
Siang hari pun kacau!

Mat Saleh pun cabut lari

Rupa-rupanya ramai sudah penyewa yang pernah menyewa di rumah tersebut namun tidak kekal lama meskipun ditawarkan sewa yang amat murah serendah RM50! Menurut orang tempatan, ada yang menyewa tidak sampai seminggu dek kerana sering diganggu dengan pelbagai perkara mistik.

Namun, tidak pulak diulas mengenai mayat yang ditemui semalam serta siapakah gerangan manusia yang menulis nota tersebut. Pelbagai spekulasi ditimbulkan seperti ianya sebenarnya nota bunuh diri mayat tersebut dan pelbagai lagi.

Sumber foto: FB Pusat Khidmat Peduli Rakyat DNS Sungai Burong

Menerusi perkembangan pihak jawatankuasa penduduk kampung tersebut iaitu Pusat Khidmat Peduli Rakyat DNS Sungai Burong di laman Facebook mereka telah mengesahkan penemuan mayat reput tersebut.


" data-width="500">Loading FB Post...

Menerusi laporan, mayat tersebut sudah dibawa ke hospital dan dikebumikan pada pagi semalam.

Anda ada pengalaman menyeramkan seperti ini? Kongsikan kepada kami. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-2-2020 09:22 AM
macam kata @Modngengade
cerita twitter berunsur kak hassanah
Quote bawangkecik 1-2-2020 09:31 AM
Kurex replied at 1-2-2020 09:22 AM
macam kata @Modngengade
cerita twitter berunsur kak hassanah

citer betul la kurex mana ada hasanah bolkiah
Quote fishcracker 1-2-2020 09:53 AM
Jadi sape yang meninggal kat rumah sewa arwah ckgu tu??
Quote bawangkecik 1-2-2020 09:59 AM
fishcracker replied at 1-2-2020 09:53 AM
Jadi sape yang meninggal kat rumah sewa arwah ckgu tu??

penjaga rumah tu. orang indonesia. mayat reput tapi tak berbau macam baru lepas mati..


Quote bondeh 1-2-2020 10:03 AM
Anxiety meolls baca tweet mamat tuh. Nak cerita tapi tak jelas. Kalau kat forum, dah details dah.. ini ayat, aku taknak cerita nanti cerita salah. Kimak baik jangan cerita lah azrulnaim777
Quote CiliPadiSedap 1-2-2020 10:24 AM
rumah tu memang keras penghuni asal dia keturunan tengku jamal putera bunian merangkap panglima puteri daing katipung manipun monopoli kap kap cup cake.

Quote Modngengade 1-2-2020 11:07 AM
Kurex replied at 1-2-2020 09:22 AM
macam kata @Modngengade
cerita twitter berunsur kak hassanah

Hassanah versi misteri nusantara
Quote Cassieopeia 1-2-2020 11:36 AM
yg menulis nota sape? napela tak call polis terus
Quote Catpaw 1-2-2020 12:35 PM
Ada sambungan cerita tak... macam banyak persoalan kisah ni
Quote CatMiow 1-2-2020 02:10 PM
Tak buat postmortem ka?

Kot la ada kesan jenayah.  Sejak jin suka bakar rumah pandai tulis,  ade je jin lain yg siap tinggal note kat surau,  siap ada star lagi.
Quote epal21 1-2-2020 02:22 PM
Iols berharap ada org tulis balik tweet budak ni dalam satu perenggan. This is why I hate tweeter. Nak cerita panjang2, tulis dlm fb or ig lah. Polis dah siasat ke? Takde unsur jenayah?
Quote Victorioussss 1-2-2020 02:34 PM
Tulisan nk buat jalan cerita pn mcm hanat
Bdak twidder mmg bahalol
Quote i_is_kennot 1-2-2020 02:37 PM
Siapakah yg menulis nota itu??!  Gulp!  
Quote RatuDunia94 1-2-2020 05:06 PM
epal21 replied at 1-2-2020 02:22 PM
Iols berharap ada org tulis balik tweet budak ni dalam satu perenggan. This is why I hate tweeter. N ...

Kannnnn.. iols x suka org yg share cerita kat twitter buka thread banyak2..

Dia punya tweet ke 20 baru cerita bermula.. jada betul intro je 10 tweet. Siap cite nk berak lah.. kucing jiran mati lah..
Quote RumiMenari 1-2-2020 08:52 PM
Tak masalahnya skrg ni aku tak puas hati bila tak cerita pun pasal mayat reput tu.. penat baca dari awal sampai habis tapi cuma cerita pasal penyewa keluar masuk je..
Quote Elanarose 1-2-2020 09:25 PM
Edited by Elanarose at 1-2-2020 09:31 PM

Google je pasal mayat dalam rumah kosong di Tanjong Karang. Masuk surat khabar kes ni. Pasal siapa yg tulis dan kenapa tak report polis, wallahua'lam. Mungkin org yg jumpa tu pun panik tak tau nak buat apa. Rumah tu mmg kosong, tapi seberang jln dan beberapa langkah dari sebelah rumah tu ada rumah orang lain. Anehnya jiran2 tak terbau benda busuk yang mencurigakan pun.

Pasal post-mortem, macam x de sape yg follow up. Bkn kes jenayah kot sbb dah kebumikan esoknya.

Quote sarah82 1-2-2020 10:07 PM
Penat baca citer twitter ni
Quote nooriesz 2-2-2020 01:18 AM
RatuDunia94 replied at 1-2-2020 05:06 PM
Kannnnn.. iols x suka org yg share cerita kat twitter buka thread banyak2..

Dia punya tweet ke  ...

ntahh.. cam tongong je buat thread cmtuu.. ckp je la bersambung.. ni sgla bende nk bgtau

utk x ot.. nk tau gak spe yg letak memo tuu..
Quote Ferr_Remy 2-2-2020 05:29 AM
Aku baca thread ni pukul lima pagi..  Bru je td kena kaco tetiber. Seramnyerrrr. Babi tull

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055327 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top