CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Walaupun Disiasat Polis, Adhif Syan Abdullah Mahu Bertanding Pemilihan Bersatu

31-1-2020 10:31 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3251| Komen: 15|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Adhif Syan Abdullah.

Kredit foto: Facebook

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah yang ditahan polis dalam serbuan pada awal pagi 13 Januari lalu mengesahkan beliau akan bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Memetik Sinar Harian, isu tersebut bagaimanapun tidak menghalangnya daripada menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

"Walaupun saya digantung Ketua Armada Negeri, tetapi dalam pemilihan tidak menghalang saya bertanding jawatan di dalam parti," katanya.


Adhif bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kredit foto: Facebook

Namun, Adhif yang digantung tugas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Selangor tidak bertanding di peringkat bahagian.

"Di peringkat bahagian, saya tidak hantar apa-apa borang," jelasnya.

Berhubung siasatan polis terhadapnya, Adhif memberitahu perkara itu perlu dirujuk kepada Ketua Polis Negara.

Beliau enggan mengulas lanjut tentang isu itu kerana masih dalam siasatan polis.


Adhif bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kredit foto: Facebook

Adhif bersama 16 individu lain ditahan polis dalam serbuan di sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong, pada 1.30 pagi, 13 Januari lalu, yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.

Polis mengesahkan daripada hasil saringan awal ujian air kencing terhadap 17 yang ditangkap itu, hanya seorang sahaja didapati negatif.

Diharap ahli-ahli Bersatu mempertimbangkan pelbagai aspek bagi memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk mewakili mereka. - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 31-1-2020 10:44 AM
Ujian air kencing tu dah sampai planet marikh ke?
Jauh nk hantar buat testing tu.
Quote RumiMenari 31-1-2020 10:46 AM
Kt area rumah i ade abg tebar roti canai muka cm dia ni.. cuma x pakai spec la.. ape perasaan abg tu kan{:cryrun

Sesiapa yg cukup syarat boleh bertanding tapi yg pilih tu la jangan BEBAL sangat!
Quote Kurex 31-1-2020 10:47 AM
kebal kan pelanc*u ni semua..
Quote tagas 31-1-2020 11:21 AM
budaya politik

politician suma munafik
Quote Ina8895 31-1-2020 11:27 AM
Dia dah pulih dari ketagihan krimer ke?
Quote MadameOnion 31-1-2020 11:32 AM
lantak kau la..penagih dadah oii
Quote chicozinn 31-1-2020 11:36 AM
dah takde orang lagi berkelayakan ke sampai pendadih buntal ni nak bertanding???majibaooo
Quote c===8 31-1-2020 11:38 AM
1. itu semua fitnah, ketika kejadian saya berada dirumah, saya akan buat repot polis

2.saya berada di tempat yg salah dan pada waktu yg salah

3.eh sebenarnya saya berada dirumah sewaktu reporter telepon saya bertanyakan hal tersebut

4. ada pihak2 tertentu nak penaya saya


dia punya goreng beb.....
Quote husna_amal 31-1-2020 11:40 AM
nama dah busuk dan lagi orang ramai dah menyampah dengan kerajaan sekarang ni.
Quote budakshinchan 31-1-2020 11:42 AM
dasar bebal.. muka x tau malu..
Quote EmaAsmadi 31-1-2020 12:50 PM
Mesti lepas punya
Quote Azharitubunga 31-1-2020 01:28 PM
slyfynx replied at 31-1-2020 10:44 AM
Ujian air kencing tu dah sampai planet marikh ke?
Jauh nk hantar buat testing tu.

Xde dh keputusan.. sbb air kencing tu dh kering.. tambah2 musim kemarau.. hihi
Air kencing dah jadi serbuk krimer.. hikhik
Quote epal21 31-1-2020 03:02 PM
Dia ni apa background nya? Education wise & career wise sebelum jadi adun? Muka macam kuat bodek takde nur.
Quote FailFish 31-1-2020 03:37 PM
china ada coronavirus
malaysia wabak hancing dah dekat 2 tahun
Quote alinone78 1-2-2020 12:33 PM


tak kisah lah pangkah mana
janji kau pilih orangnya bukan partinya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.166355 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top