Adhif Syan Abdullah.
Kredit foto: Facebook
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah yang ditahan polis dalam serbuan pada awal pagi 13 Januari lalu mengesahkan beliau akan bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Memetik Sinar Harian, isu tersebut bagaimanapun tidak menghalangnya daripada menjalankan tanggungjawab seperti biasa.
"Walaupun saya digantung Ketua Armada Negeri, tetapi dalam pemilihan tidak menghalang saya bertanding jawatan di dalam parti," katanya.
Adhif bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Kredit foto: Facebook
Namun, Adhif yang digantung tugas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Selangor tidak bertanding di peringkat bahagian.
"Di peringkat bahagian, saya tidak hantar apa-apa borang," jelasnya.
Berhubung siasatan polis terhadapnya, Adhif memberitahu perkara itu perlu dirujuk kepada Ketua Polis Negara.
Beliau enggan mengulas lanjut tentang isu itu kerana masih dalam siasatan polis.
Adhif bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kredit foto: Facebook
Adhif bersama 16 individu lain ditahan polis dalam serbuan di sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong, pada 1.30 pagi, 13 Januari lalu, yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.
Polis mengesahkan daripada hasil saringan awal ujian air kencing terhadap 17 yang ditangkap itu, hanya seorang sahaja didapati negatif.
Diharap ahli-ahli Bersatu mempertimbangkan pelbagai aspek bagi memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk mewakili mereka. - CARI |