CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Curang Konon! Nak Tutup Aib Pukul Isteri, Lelaki Ajak Geng Belasah Doktor

31-1-2020 10:47 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 29154| Komen: 225|Original author: Oleh: natrahn

Kredit Foto: Facebook

Baru-baru ini, tular video berdurasi 58 saat memaparkan seorang doktor diserang sekumpulan lelaki atas dakwaan membuat hubungan sulit dengan salah seorang isteri suspek.

'Dia main bini orang,' kata si suami dan konconya. Tapi, sebenarnya mangsa yang tolong isteri buat laporan polis kerana tidak tahan dengan sikap suaminya.



Namun, ada individu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan menegaskan bahawa doktor tersebut hanya membantu isteri suspek membuat laporan polis kerana dipukul suaminya yang panas baran, gila dan kaki pukul. 

Doktor terbabit hanya mampu bersimpati dan memberi motivasi kepada staf beliau yang menjadi mangsa kekerasan rumah tangga.

Maka, isteri yang juga jururawat di hospital berkenaan telah membuat permohonan fasakh pada Disember 2018.



Gambar Hiasan
Kredit Foto: Google

Menurut Harian Metro, sebelum ini telah berlaku perselisihan faham antara suspek dan doktor pada Februari 2019. Namun, kes ini telah diselesaikan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Bagi menutup aib malu memukul isteri, suspek sengaja melakukan fitnah termasuk mendakwa isterinya curang dengan doktor tersebut.

Pada 14 Januari 2019, tuntutan balas kes fasakh yang dibuat oleh suspek tidak berpihak padanya menyebabkan suspek semakin tidak berpuas hati dengan doktor tersebut.

Suspek kemudiannya memanggil beberapa rakan dan memukul doktor terbabit di klinik sambil merakam dengan niat memalukan dan juga menutup aib diri.




Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami retak pada tengkorak iaitu pada bawah mata sebelah kiri, namun mangsa kini dilaporkan stabil. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan kes itu berlaku pada 23 Januari lalu di klinik ortopedik di hospital di Sungai Petani yang bermotifkan cemburu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. 

Fuh. Keganasan rumahtangga bukanlah satu fenomena baru. Dalam kes ini, bukan sahaja si isteri menjadi mangsa, malah melibatkan orang lain juga.

Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami”, namun setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakupayung21 30-1-2020 03:53 PM
mmg kalah la kes fasakh tu..
Quote GuaAnakMelaka 30-1-2020 03:53 PM
[youtube]S5PGyvJwvS0[/youtube]

Video doc thn lps

Video berkaitan menyusul nanti




Quote Noraniza_Iblis 30-1-2020 03:55 PM
perangai hamjad sgt..
mmg patut laa bini kau lari..
n kau keje ape?? layak ke kau dgn doctor...
puiii
Quote fliphair8 30-1-2020 04:13 PM
ni bukan cite lama ke?
Quote sarah82 30-1-2020 04:16 PM
Perghhhh.. Jenuh la geng ortho Hospital SP.. Teruk juga sampai retak segala bagai.. DR tu mcm ada masalah rambut botak ja.
Quote Boomibulat 30-1-2020 04:28 PM
katanya retak tengkorak doctor tu..
[twitter]https://twitter.com/i/status/1222407553302159360[/twitter]

Quote sarah82 30-1-2020 04:32 PM
Boomibulat replied at 30-1-2020 04:28 PM
katanya retak tengkorak doctor tu..

Bagi aku.. Kalau main bawa geng ni.. Lelaki tu penakut la.. Kejadahnya ang nak gaduh dgn seorg bawa geng..

Meringkuk la dlm penjara
Quote any42 30-1-2020 04:36 PM
xsnggup tgk smpai hbis. kna sepak trajang kt kpala pulak tu. klau mati sat g sia2 je yg mmukul pun kna pnjra silap2 hkuman mati jgk.
Quote jofizo 30-1-2020 04:38 PM
doc yg bujang cun2 ada x nak tackle...mesti misi nih cun giler.......
Quote Ethernet 30-1-2020 04:39 PM
yg tersebar di facebook

Pendedahan sebenar:
Watak si pemukul:
-kaki pukul bini.
-kaki sapu duit bini.
-kaki paksa bini overlap loan.
-kaki maki hina bini.
-melupuskan harta isteri.
(Semuanya difailkan dalam kes sebutan fasakh beserta bukti yang konkrit).

Si isteri:
-SN di klinik kesihatan.
-bertugas assists doktor dlm procedure blood taking.
-selalu berjurai air mata sewaktu kerja.
-malu untuk dedahkan selalu dipukul suami.

Disember 2018, sekali lagi si isteri dipukul suami dengan teruk tetapi si isteri tidak dapat membuat report polis disebabkn dikawal ketat dan seringkali diugut. Berpeluang melakukan report polis pada awal februari 2019 (cuti perayaan/mingguan) setelah pulang ke pangkuan keluarga.
Setelah dibuat repot polis, medical check up mengesahkan masih terdapat kesan pukulan yang baru dan lama (doktor lain yang membantu melakukan medical check up turut diugut oleh si suami). Permohonan fasakh tetap dilakukan.

Si isteri mendapat simpati doktor incharge atas sebab sering dipukul, doktor hanya mampu jadi seorang pendengar dan memberi motivasi. Nasihat diberikan agar isteri berbincang dengan keluarga. Doktor terbabit hanya mampu bersimpati dan memberi motivasi kepada staff beliau yang dilakukan kekejamsn rumahtangga.

Berlaku perselisihan faham antara si suami dan doktor pada februari 2019. (Si isteri dipukul pada disember 2018). Namun kes ini telah diselesaikan dan dijelaskan secara terperinci antara doktor dan lelaki terbabit di IPD kuala muda melalui perjumpaan tiga penjuru antara inspektor ysng mengambil kes, doktor dan juga si suami secara berdepan. (Sewaktu ini kes fasakh berjalan atas sebab kes pukul disember 2018)

Bagi menutup aib malu memukul isteri, si lelaki sengaja melakukan fitnah yg bermacam seolah si isteri telapun curang (doktor terbabit tidak pernah dipanggil sepanjang proses fasakh membuktikan kes fasakh tidak berkaitan dengan doktor terbabit seperti yang dicanangkan).
Kemuncaknya, pada januari 2019

Keputusan mahkamah berpihak kepada isteri wlaupn tuntutan fasakh ditolak disebabkn oleh tempoh repot yg lambat dari tarikh pukul (dipukul hujung disember 2018, repot dibuat hujung januari). Hakim tetap menolak permohonan si suami agar isteri kembali taat setia (bukti pukul berpihak pada isteri).

Sekiranya dr tersebut ada hubungan seperti yg difitnah sudah tentu bukti2 tersebut dikemukakan dimahkamah syariah dan dr tersebut dipanggil oleh mahkamah syariah utk tuduhan balas si suami. Tetapi dr tidak pernah dipanggil oleh mahkamh malahan tidak tahu menahu berkenaan perbicaraan tuntutan tersebut. Malahan sekiranya benar apa yg dituduh oleh si suami itu kenapa tiada apa2 laporan polis dibuat olehnya kepada pihak polis, mahkamah syariah atau kepada majikan dr tersebut??????

Tarikh keputusan..14/1/2020
Mahkamah tolak tuntutan fasakh plaintif Dan mahkamah menolak tuntutan balas kembali taat defenden
Status fasakh,
Rayuan ke mahkamah tinggi syariah alor setar
(Belum pernah hakim menolak fasakh sekaligus juga menolak permohonan agar isteri kembali taat setia)
Si suami yang panas baran, gila dan juga kaki pukul, berang , segera mengaitkn semula kes fasakh dengan doktor terbabit.
(Sepanjang kes, doktor dan si isteri tidak berhubung melainkan apabila doktor diugut oleh si suami secara berkala)

Si suami segera membuat gansterisme memanggil beberapa orang rakan dan memukul doktor di klinik sambil merakam dengan niat memalukan dan juga menutup aib diri.(padahal aib sendiri dibuka dengan perwatakan yg dibawa dalam video pukul).

Kes ini dibawa ke mahkamah, lelaki terbabit telah ditahan reman selama 5 hari.
Kes akan dituduh dibawah seksyen 325 kanun kesiksaan.
Quote zach2008 30-1-2020 04:41 PM
Yg paling bodoh adalah yg ikut suami bodoh ni pi pukul doktor tu.
Kerja sia2.
Quote zulka 30-1-2020 04:49 PM
lantak korangla..kul 530 aku nak balik
Quote pokaibanktokyo 30-1-2020 04:57 PM
zulka replied at 30-1-2020 08:49 AM
lantak korangla..kul 530 aku nak balik

Lantak engko la
Quote pokaibanktokyo 30-1-2020 04:58 PM
Berani buat berani tanggung la nyah
Quote Minami2013 30-1-2020 05:07 PM
Lelaki yg panggil geng2 pukul ni mmg jenis pengecut. Kalau dah mcm ni gaya nya, mmg patut la isteri mintak cerai. Benci betul org yg suke pukul ganas dan aib kan org lain padahal isu rumahtangga sendiri.
Quote pokaibanktokyo 30-1-2020 05:08 PM
@zulka
Engko tu apehal . Mau balik lagi mau bising dalam thread sirius macam ini. Ptuihh
Quote arm_band 30-1-2020 05:24 PM
kalau doktor yang jantan tu pun kena tinju camni, ko bayangkan bini dia kena macam mana.... pelik aku tak warded pulak SN tu haa
Quote GuaAnakMelaka 30-1-2020 06:08 PM
Boomibulat replied at 30-1-2020 04:28 PM
katanya retak tengkorak doctor tu..

main bini orang ????
Quote dino 30-1-2020 06:12 PM
GuaAnakMelaka replied at 30-1-2020 06:08 PM
main bini orang ????

aku lg percaya laki ni mmg kaki pukul
ingat pukul org leh lepas ke?

Lihat semua komen(225)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.093824 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top