CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perniagaan Rugi, Wanita Jadi Tokan Untuk Langsai Hutang Ceti

23-1-2020 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2985| Komen: 11

Peniaga wanita ditahan mengedar dadah untuk melangsai hutang. Harian Metro melaporkan, sudah lebih 10 bulan suspek berusi 23 tahun itu mengedar dadah di Kuala Perlis, Kangar.

Menurut laporan, wanita berkenaan ditahan dalam satu serbuan ketika dia selesai berniaga di gerai kecilnya, 8 malam tadi.


Turut sama dirampas adalah 4.8 gram dadah bernilai kira-kira RM800 yang diisi dalam 14 potongan straw kecil.


Gambar hiasan

“Seolah menyedari dia akan ditahan, wanita terbabit menangis dan mengaku terpaksa menjadi tokan dadah akibat menanggung kerugian dalam perniagaan selain mempunyai masalah hutang dengan ceti haram.

“Dia juga mengaku bebanan hutangnya semakin kronik apabila terpaksa meminjam dengan beberapa ‘along’ bagi menyelesaikan masalah bebanan hutang perniagaan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Chan Ngai Ho.


Selain mengedar, dadah itu juga digunakan untuk diri sendiri.

Suspek direman lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 23-1-2020 12:37 PM
Macam ni hukuman ke tali gantung ke?
Quote Lavender85 23-1-2020 12:42 PM
Hmm kesiann. Mcm2 jenis org dgn bermacam2 jenis masalah hidup. Semoga kita semua kita jumpa jalan penyelesaian dari setiap ujian dan dugaan hidup yg menimpa.
Quote jazaa100 23-1-2020 12:53 PM
husna_amal replied at 23-1-2020 12:37 PM
Macam ni hukuman ke tali gantung ke?

Tak.....

Bawah 10gm tak hukum gantung
Quote Artemesiaa 23-1-2020 12:54 PM
Orang dalam kesusahan dan dalam keadaan amat terdesak tampa sokongan sesiapa pasti akan ambil jalan tu utk selesaikan masaalah tampa berfikir panjang akibat darinya, hinggalah dia tertangkap
Quote KIM.K 23-1-2020 01:08 PM
Artemesiaa replied at 23-1-2020 12:54 PM
Orang dalam kesusahan dan dalam keadaan amat terdesak tampa sokongan sesiapa pasti akan ambil jalan  ...

Susah nak menahan diri daripada tidak berhutang lagi2 nak besarkan co. 5 tahun pertama belum lagi buat untung

Terjebak dengan peminjam wang berlesen tu amat senang. Cepat lulus
Quote Mfzg89 23-1-2020 01:54 PM
husna_amal replied at 23-1-2020 12:37 PM
Macam ni hukuman ke tali gantung ke?

ikan bilis konpem..kalau jerung lepas la kot..
Quote Boomibulat 23-1-2020 01:57 PM
jazaa100 replied at 23-1-2020 12:53 PM
Tak.....

Bawah 10gm tak hukum gantung

mahal bnda ni kan..x sampai 5gram pn dh rm800..patut org sanggup berbunuhan dan ke tali gantung
Quote gigahertz 23-1-2020 02:10 PM
jazaa100 replied at 23-1-2020 04:53 AM
Tak.....

Bawah 10gm tak hukum gantung

Kalau tokan dadah berpengalaman...bila di serbu perkara yang pertama sekali di buat adalah buang dadah tu ke tepi.
Malaysia punya law dadah. kalau dadah tu di temui kat dalam seluar atau kita tengah pegang. atau dalam bonet kereta mmg
payah nak lepas. tapi kalau kita lepaskan...( bungkusan depan mata tapi tangan tak pegang ) . hukuman biasa je.
Quote Trunkk_ZZ 23-1-2020 02:38 PM
Selain mengedar, dadah itu juga digunakan untuk diri sendiri.



hmmmm tak jadi nak kesian

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.083266 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top