CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Lap Je Kalau Ketiak Busuk' - Wanita Lebih Gemar Berbau 'Natural' Dari Pakai Deodoran?

23-1-2020 10:06 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 19035| Komen: 120|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Menjadi wanita muslim di Malaysia boleh dikatakan sebagai sesuatu yang sangat sukar dan mencabar keimanan. 

Mana tidaknya, mereka perlu memakai tudung dan pakaian tertutup di bawah terik matahari membuatkan mereka akan lebih mudah berpeluh dan mengeluarkan bau badan kurang menyenangkan, jika tidak dijaga dengan teliti.



Sumber Gambar: Lunaria

Namun, masih ada wanita yang tidak peka akan bau badan mereka tanpa memikirkan orang sekeliling yang perlu 'menahan maki' selepas terbau aroma semula jadi dan 'asli' dari tubuh mereka. 

Lebih teruk, ada sesetengah wanita gemar akan bau badan yang 'kepam' daripada memakai deodoran, malah mereka menganggap memakai minyak wangi atau deodoran itu adalah haram dan dilarang dalam agama kerana mengandungi alkohol.

Baru-baru ini, pengasas produk kosmetik Kayman Beauty (@NabellaAnuar) memuat naik Tweet dengan bertanyakan tentang jenama deodoran yang digunakan pengguna Twitter lain. 


Namun, lain pula yang terjadi apabila beberapa wanita mengaku mereka lebih gemarkan bau badan 'natural' daripada memakai deodoran. 




"Just clean and wipe dry armpit je"



Pengakuan berani beberapa pengguna Twitter lain berkenaan mereka lebih gemar akan bau semula jadi telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang lain. 

Lebih teruk, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan wanita yang mempunyai masalah bau badan. Lebih malang, mereka tidak sedar akan bau badan diri sendiri.




"Dia tak sedar dia kepam"




Persoalannya di sini, benarkah masih ramai wanita di Malaysia yang tidak memakai deodoran dalam rutin harian mereka? 

Kajian menunjukkan seseorang manusia akan cepat untuk menyesuaikan diri dalam bau di sekeliling mereka dan akan hilang keupayaan untuk mengesan bau yang baru. Situasi ini dipanggil 'olfactory adaptation' yang membuktikan sebab sebenar seseorang itu tidak sedar akan bau badan mereka yang kurang enak dan busuk itu. 

Buat anda di luar sana, jagalah kebersihan diri sendiri bukan hanya untuk diri sendiri, juga untuk keselesaan orang di sekeliling. 

Persoalannya, adakah anda seorang yang memakai deodoran atau lebih gemarkan bau 'natural'? - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • mcfazo

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 23-1-2020 10:10 AM
Pakai dr mist  yg biru tu. Yg unscented tu. Serius bagus!!!
Quote husna_amal 23-1-2020 10:15 AM
Adakah bau ketiak disebabkan bulu ketiak yang panjang
Quote djzara81 23-1-2020 10:21 AM
munchkin replied at 23-1-2020 10:10 AM
Pakai dr mist  yg biru tu. Yg unscented tu. Serius bagus!!!

Aku pon recently tried Dr Mist & mmg bagus sgt. All this while pakai Nivea deodorant tp bila bdn berpeluh, mcm bau tengik plak kt tiak.
Quote Meiizu 23-1-2020 10:31 AM
penyakit ketiak ni kalu dah terkena baru nak start guna deodeorant tak jadi dah...kena guna cara lain cth : mandi campur limau purut, perah sebijik dlm baldi, sebijik lagi lumur rambut, gosok ketiak seluruh body...buat byk kali
then
guna jugak body wash anti bac,deodorant, parfume
Quote prettyuglybabe 23-1-2020 10:34 AM
munchkin replied at 23-1-2020 10:10 AM
Pakai dr mist  yg biru tu. Yg unscented tu. Serius bagus!!!

baju jadi kotor tak kat ketiak?i pernah pakai amway..
memang bagus tak bau..
tapi baju lama-lama jadi kuning kat ketiak tu..

Quote sarah82 23-1-2020 10:47 AM
Aku suka Dr Mist... Lagi satu.. Dulu masalah sekolah.. Aku ada masalah bau badan.. Aku guna sabun serai wangi.. Seminggu saja dah hilang bau kepam
Quote puteribaya 23-1-2020 10:49 AM
hirisan limau paling power masa mandi..dan bila makan boleh buat ulam..jangan la yg ko dah gosok kat ketiak,,ko makan..pehal??dan amalkan makan asam keping dalam masakan esp dalam kuah laksa tu,,ia inner cleaning..i penah ada kawan..amik course pergigian..matilah pesakit dia esuk kalu dia cuci atau cabut gigi dorang..baunya..hampunnnn
Quote shernazz 23-1-2020 11:17 AM
Iols dolu ada kawan ketiak hangit
Masa tu iols dok cari la bau kencing kucing kat umah dia
Iols cakap la..eh..ko ada bau kencing kucing tak..
Dia kata xde..kucing mana ada masuk..
Pastu iols dok je la kat depan tgk tv..tetibe dia datang..rupanya bau kencing kucing tu..bau ketiak dia woooo..
Iols pelik kenapa dia xde bau ..
Iols nk makan lepastu xjadi sebab terbayang
Quote KIM.K 23-1-2020 11:20 AM
Bau ikut hormon & tahap kesihatan. Zaman atlet dulu peluh pun rasa payau
Loni nak mandi sesaja
Quote KIM.K 23-1-2020 11:24 AM
puteribaya replied at 23-1-2020 10:49 AM
hirisan limau paling power masa mandi..dan bila makan boleh buat ulam..jangan la yg ko dah gosok kat ...

Sis, iols pernah keje dgn dentist kat satu elite area. Pagi sampai lewat petang dia belek mulut patients

Bau mulut heshe mengundang persoalan kenapa dentist mulut busyuk. Kesian dia, akhirnya heshe pg gosok gigi
Quote bellaamsar 23-1-2020 11:26 AM
I pakai deodorant crystal salt tu sbb alergik dgn deodorant biasa. So far xde bau tengik ke kepam ke hangit ke. Diri sendiri pun x selesa kalau badan berbau.. Maluuuuuu. Takpela x lawa pun asalkan x busuk
Quote espritvin 23-1-2020 11:29 AM
mcm mana la diorang ni confident ke sana ke mari dgn ketiak bau tengik ni?
Quote puteribaya 23-1-2020 11:32 AM
KIM.K replied at 23-1-2020 11:24 AM
Sis, iols pernah keje dgn dentist kat satu elite area. Pagi sampai lewat petang dia belek mulut pa ...

hahah..ye ke sis..gross kan
Quote Kampungpeoplesz 23-1-2020 11:33 AM
iols kalau x selet deo 1 hari rase tak lengkap nak hidup 1 hari tu. Tlupe buh perfume takpe tp jgn x selet. Tp ade sesetengah org mmg x pakai pape pun mmg bdn x berbau
. Bsyukur gile kalau dpt yg mcm tu.
Quote fliphair8 23-1-2020 11:38 AM
Kampungpeoplesz replied at 23-1-2020 11:33 AM
iols kalau x selet deo 1 hari rase tak lengkap nak hidup 1 hari tu. Tlupe buh perfume takpe tp jgn x ...

species tak pakai deo tapi bau sedap laki hakak...pelik hakak benonyaa, bau badan dia mmg sedap..cam wangi tau, bukan natural smell tu..

hakak mmg takleh idop takde deo takde perfume...takde BO tapi self conscious gituh...
Quote Artemesiaa 23-1-2020 12:18 PM
Bukan nak kecam tapi kalau diri sendiri tak kesah dengan bau badan macam tu sekurang-kurangnya tolonglah kesian dengan orang sekeliling yang terpaksa tahan nafas disebabkannya silalah bertimbang rasa pada orang lain sama
Quote Kampungpeoplesz 23-1-2020 12:26 PM
Hubby iols penah lalu sebelah maya karin. Bau agak hangitsss ye going natural betul si kak maya ni
Quote leylapple 23-1-2020 12:45 PM
bagi i, kalau org tu muslim please lah jgn sampai berbau....

org yang berbau nie ada beberapa kategori;

1. jenis malas mandi
2. Jenis malas basuh baju....pakai berkali2 x basuh... tudung especially
3. jenis kuat berpeluh
4. jenis hidung rosak (sinus maybe)
5. pemakan bangkai atau pemakan daging binatang yang makan bangkai atau najis (biawak, buaya, babi, anjing)


kalau dia seorang muslim, sepatutnya x berbau sebab kalau muslim surely dah basuh anggota bdn 5 kali sehari (bersuci) lepas tu nak sholat pakaian kena bersih...dan semestinya bukan pemakan bangkai kan?

Quote meow_tompok 23-1-2020 01:23 PM
yg badan berbau ni takkan le time tanggal baju tak terbau busuk kat baju sendiri?

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050362 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top