CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Campbell Buka Pusat Kecergasan

10-10-2013 04:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3038| Komen: 1

Description: Supermodel, Naomi Campbell Dan Pelatih Peribadinya, David Kirsch Sedang Mencari Lokasi Yang Sesuai Di Sekitar London Untuk Membuka Sebuah Pusat Kecergasan.


SUPERMODEL, Naomi Campbell dan pelatih peribadinya, David Kirsch sedang mencari lokasi yang sesuai di sekitar London untuk membuka sebuah pusat kecergasan.

Bagaimanapun, Campbell yang memang obses dengan penjagaan kesihatan akan mengenakan syarat ketat pada ahli yang ingin menyertai pusat kecergasan itu.

“Semua ahli yang memohon perlu menjalani ujian kesihatan dan kecergasan terlebih dahulu untuk memastikan mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan,” kata sumber kepada Daily Star.

Kerjasama Campbell dan  Kirsch telah terjalin sejak beberapa tahun dahulu dan lelaki itu banyak membantunya dalam mengurangkan berat badan selain kekal sihat.

Selain itu, Campbell juga dilaporkan akan memilih sendiri peralatan yang sesuai untuk kegunaan ahli dan akan berkongsi tip kesihatan yang diamalkannya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 11-10-2013 09:17 PM
Divanya harus yang join pon diva diva sajork...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.128426 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top