CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Lambat, CPR Tak Ikhlas! Mak Aku Mati Sebab Korang" - Doktor Luah Dihina Keluarga Mangsa Maut

7-11-2019 12:27 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9801| Komen: 37|Original author: Oleh: LilRose

Description: Hati mana tidak sakit apabila dipersalahkan atas keadaan yang tidak dijangka. Apalagi jika pasukan perubatan terpaksa menghadap cemuhan ahli keluarga mangsa maut.
Hati mana tidak sakit apabila dipersalahkan atas keadaan yang tidak dijangka. Apalagi jika pasukan perubatan terpaksa menghadap cemuhan ahli keluarga mangsa maut.

Petugas kesihatan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan meluahkan kisah di mana dia dan rakan seperjuangan berdepan situasi sedemikian menerusi hantaran di Facebook.



Gambar Hiasan

Tulisnya, pada hari kejadian mereka menerima dua kes, di mana kes pertama membabitkan mangsa lemas.

Katanya, mereka terpaksa menghentikan usaha memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selepas 30 minit mangsa tidak menunjukkan tanda kehidupan.

"Maka, kami hentikan usaha, sahkan mangsa telah meninggal dunia dan berkemas untuk berkejar kepada kes seterusnya."

Namun, Kamarul terpaksa menjadi hati kering apabila bapa mangsa merayu anaknya diselamatkan.



Kredit foto: FB Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kes kedua lebih mencabar kerana mereka perlu 'memanjat' tangga hingga ke tingkat empat sebuah flat.

Kamarul diuji lagi apabila anak mangsa memaki hamun dan menyalahkan mereka atas kematian ibunya. Siap mahu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)!


Kredit foto: FB Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Jelas Kamarul, memang benar mereka terlewat menuju ke lokasi kes kedua. Namun, ada banyak faktor menyebabkan mereka terlambat.


Kredit foto: FB Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

"Sebab itu, nak jadi petugas kesihatan ni kena ketepikan emosi dan hati. 

Mental jangan cepat koyak, semangat jangan cepat patah, mulut jangan cepat melatah," pesannya.

Bertabahlah petugas kesihatan sekalian. - CARI
5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • PomenObersea

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-11-2019 12:36 PM
Nak jadi petugas kesihatan hati jiwa semangat nak kene kental nak hadapi cabaran dan berdepan dengan keluarga pesakit
Quote beloomberk 7-11-2019 12:56 PM
Yo yo je dr ni..bnyk btol cerita dia..
Quote julielapadite 7-11-2019 01:05 PM
Kot ye pun panic jangan la sampai hilang pertimbangan, ko ingat paramedic ni pandai hidupkan org mati ke.
Quote sarah82 7-11-2019 01:26 PM
Anak paling bising tu yg paling x buat apa bila mak bapa ada.. Bila dah tak ada paling bising mcm dia jaga sangat.

Aku selalu tengok anak2 acah2 cuci berak mak bapak tapi sebenarnya tak pun.. Anak yg paling relax biasanya yg dah penat lelah jaga mak bapa..

Aku tau la..adik2 tiri dan sepupu2 aku paling bising bila arwah x ada.. Hahahaha nak cover rasa bersalah gitu.
Quote CatMiow 7-11-2019 01:29 PM
Moral of story,  kena belajar first aid,  suatu masa pasti berguna.  Jika tak guna pun,  dapat juga pahala belajar.
Quote dramaking007 7-11-2019 02:17 PM
sarah82: Anak paling bising tu yg paling x buat apa bila mak bapa ada.. Bila dah tak ada paling bising mcm dia jaga sangat. Aku selalu tengok anak2 acah2 cuci  ...


kih kih......
roda2 kehidupan.....tp kan maybe sebab terlalu sedih...maybe..entala kan.....masa nek aku masuk emergency petugas situlambat n slow...nek aku da la kene strok ms tu.pakcik n mak sedara aku diam je tggu.yg marah2 petugas siti ialah kaxen pakcik makcik aku.aku rs mcm sudu lbh dr kuah tp bgs gak dia marah cm tu...cpt2 dorg buat kerja bila prasa. tgn nenek aku da start tegang sebab strok.huhu
Quote paz 7-11-2019 02:39 PM
Bila baca ni, Paz dapat bayangkan betapa susahnya dia orang nak manage emosi, kerja dan faktor sekeliling.

Semoga petugas-petugas ni di beri hati dan mental yang kuat.
Quote eyansss 7-11-2019 04:30 PM
belajar basic cpr dek sebelum maki2 dokter...  at least boleh bagi bantuan awal kat mak ko tu...
Quote GalileO 7-11-2019 07:15 PM
eyansss replied at 7-11-2019 04:30 PM
belajar basic cpr dek sebelum maki2 dokter...  at least boleh bagi bantuan awal kat mak ko tu...

Ya betul...jika colapse tak bernafas..sila buat cpr berulangkali sehingga ambulance sampai..dan inform petugas..cpr dilakukan sejak colapse....
Quote Buritan 7-11-2019 07:24 PM
sarah82 replied at 7-11-2019 01:26 PM
Anak paling bising tu yg paling x buat apa bila mak bapa ada.. Bila dah tak ada paling bising mcm di ...

Yeppp betul ekau ckp tuuuu.. yg ratap byk kek fesbok tuu pun anak plg tara gune
Quote sarah82 7-11-2019 07:26 PM
Buritan replied at 7-11-2019 07:24 PM
Yeppp betul ekau ckp tuuuu.. yg ratap byk kek fesbok tuu pun anak plg tara gune

Hahaha. Aku selalu tgk anak2 perangai mcm ni.. Nak cover rasa bersalah.. Kena tunjuk paling sedih.
Quote sarah82 7-11-2019 07:31 PM
dramaking007 replied at 7-11-2019 02:17 PM
kih kih......
roda2 kehidupan.....tp kan maybe sebab terlalu sedih...maybe..entala kan.....masa ...

Aku bawa arwah tok aku ke kecemasan.. Aku bgtau detail sakit tok aku... Alhamdulillah.. Cepat.. Last kali aku bawa arwah ke kecemasan.. Darah dia drop dah.. Sbb dia bleeding x bgtau aku. Jadi masa tu abg sepupu aku yg sebelum ni dok kata.. Arwah tok aku ni x sakit dan aku yg over lebih canang sakit tok.. Tgk keadaan arwah dgn nak cari line x jumpa brp kali kena cucuk.. Tau pulak mengamuk.. Aku relax2 minum kopi tgk aksi depa.. Hahahaha
Quote t_hahahaha 7-11-2019 11:01 PM
kesimpulannya kekita sebagai masyarakat ni kene belajar CPR..punya la ramai2 kerumun mangsa lemas tu, yang ditunggu pegawai perubatan.

soalan, bole kan layman buat CPR kalau betul2 layak kan? kursus2 gini bile kita belajar ada pengesahan tak?
Quote mrsT 8-11-2019 09:35 AM
kawan dengan yang bertugas sebagai paramedic kesian..  setiap kerjaya ada cabarannya..

pernah pepagi buta jemput kawan.. sebab dia bagi dia dah tak larat nak drive ..
kiter orang selalu ckp kat dia mybe kita orang tak tahu apa yang ko lalu tapi apa yang kiter orang tahu.. ko call kiter orang kalau ko dah larat drive jgn memandai nak drive balik..
Quote miemiecha 8-11-2019 09:58 AM
mek hilang 2 kawan kje medic sbb kepenatan, drive eksiden.. mati..
sorg lg kematian mengjut lepas koje x berehat..
Quote BuBuComey 8-11-2019 10:32 AM
sarah82: Anak paling bising tu yg paling x buat apa bila mak bapa ada.. Bila dah tak ada paling bising mcm dia jaga sangat. Aku selalu tengok anak2 acah2 cuci  ...


Haa, betullah tu. Sama cam kes iols. Dah jadi arwah baru nak bising2 pastu sibuk dgn pusaka. Eh, kau..geram lak hati
Quote coolie83 8-11-2019 12:23 PM
nak saman hospital ke? silakan..
Quote slipar_jepon 8-11-2019 12:36 PM
aku pernah belajar utk jadi first aider. tang CPR tu memang letih weh, berpeluh2 ko nak menekan dada mannequin tu. tu baru patung, kalau yg betul2..anak2 sekalian belajar la bantuan kecemasan. byk membantu sementara tunggu ambulance sampai.
Quote serinegara 8-11-2019 01:09 PM
Buat CPR ni kena gilir gilir ya. 2 people are okay, 3 people is good too.
Dan kalau kita ni penat, dah buat kerja berat contohnya kita yang berenang nak bawa orang yang lemas tu ke darat, jangan pulak kita terus buat CPR.
Orang lain yang kena buat chest compressions tu.

Karang tak pasal pasal yang dah penat berenang tu kena heart attack pula masa tengah buat CPR kepada mangsa. Dia pulak mati.

Ingat, don’t be the second victim.
Kalau dah tak larat buat chest compressions, berhenti je lah. Lantak lah orang nak tuduh apa. Like I said, don’t be the second victim.

So, we as the public should offer help buat CPR ( yang chest compressions tu yang memenatkan).

Yang si anak yang memekak marah orang sebab konon tak buat CPR bebetul tu, I nak je cakap, tu lah, masa sekolah dulu tamau masuk PBSM, St John’s. Dah besar tak de effort nak belajar Emergency First Response. Kedekut keluarkan duit, dah tau emak kau dah tua, tak bother nak belajar first response.
Sebab tatau pasal efr lah memandai je nak maki orang lelebih bila orang tak larat nak buat chest compressions.
Eh, yang memaki tu, cuba kau buat chest compressions tu sengsorang. Ada stamina tak?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.196636 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top