CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kecaman Buat Saya Sedih, Tapi Saya Faham Netizen Hanya Lapar Perhatian' - As'ad Motawh

25-10-2019 10:11 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7070| Komen: 41|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Penyanyi muda, As'ad Motawh, 18, mengakui kecaman orang ramai mengenai nyanyian sumbangnya membuatkan dia bersedih. Bagaimanapun, kecaman itu tidak membuatkan dia tertekan atau mengalami depresi.
Penyanyi muda, As'ad Motawh, 18, mengakui kecaman orang ramai mengenai nyanyian sumbangnya membuatkan dia bersedih. Bagaimanapun, kecaman itu tidak membuatkan dia tertekan atau mengalami depresi.

Mengakui dikecam hebat di awal kemunculannya, As'ad berkata kemuncak daripada itu adalah insiden di sebuah rancangan televisyen Indonesia dua tahun lalu yang hampir memutuskan semangatnya. 


Kredit foto: Mstar

Dalam sebuah program TV itu, A'sad menyanyi dengan sumbang menyebabkan klip videonya tular dan dipermalukan.

'Masa itu saya baru 16 tahun, suara tidak sampai, tapi insiden itu menjadikan saya lali daripada kecaman,' jelasnya kepada mStar dalam sidang media Shopee di W Hotel kelmarin.

Bagaimanapun, menurut As'ad kecaman itu lenyap apabila single terbarunya berjudul Selamanya muncul.

'Alhamdullilah, lagu itu dapat respon positif,' tambahnya.



Kredit foto:

Mengenai kemungkinan masih ada kecaman lagi, A'sad berkata beliau anggap netizen yang negatif hanya 'laparkan perhatian' daripada seorang artis.

'Saya tak kisah, saya tahu mereka tiada niat nak kecam, sebaliknya hanya inginkan perhatian saya,' katanya lagi.


Kredit foto: Carian Google

Menurutnya, di sebalik banyak kecaman, beliau juga menerima komen positif melalui mesej peribadi di Instagram.

Sudah lumrah artis kini untuk menjadi perhatian masyarakat yang kadangkala mengundang kecaman.  

Tapi, apa kata netizen pula? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 25-10-2019 10:13 AM
masuk kelas vokal lah dik oi. rupa ada dah tu.
Quote Kurex 25-10-2019 10:21 AM
Alahai comelnyaaaaaa kan best dapat rapatkan pipi sambil selfie...
Quote Cicisweets 25-10-2019 10:52 AM
Takde pun perkataan lapar,nasib aku baca
Quote wordlife 25-10-2019 11:14 AM
Bagaimanapun, kecaman itu tidak membuatkan dia tertekan atau mengalami depresi.

tetap nak shade
Quote slyfynx 25-10-2019 11:19 AM
Hahahaha, org kutuk sbb dah mmg x best.
Watpe nth nak dpt perhatian ko asad oiiiiiii
Quote MadameOnion 25-10-2019 11:26 AM
dah tau suara tak sedap gigh ko nak jadi penyanyi dek..muka helok jadi anak ikan jelah..
Quote grizz 25-10-2019 11:27 AM
nk terase pe nye..dh mmg sore ko xsedap pon..harap muke je..klu x non hado gak gamaknye..
Quote matchstick 25-10-2019 11:32 AM
konpiden level tinggi betul budak ni..pape lah dek..asal ko bahagia. kutuk lebih2 kang depresi pulok
Quote mieymiey 25-10-2019 11:34 AM
saya tahu mereka tiada niat nak kecam, sebaliknya hanya inginkan perhatian saya


Yang penting konfiden dekkkkkk, walaupun
Quote ReginaGeorge 25-10-2019 11:42 AM
16 tahun sora tak sampai??? Kalau ko boleh nyanyi dek takyah tunggu 18sx pon sora leh sampai.. Sampai kat mana pon tatau.. Sampai celah gigi kot
Quote natrahn 25-10-2019 12:02 PM
siapalah artis tanpa netizen...
Quote unguaurora 25-10-2019 12:32 PM
Bila masa weols nak perhatian dr heols ni????
Quote nuhanis 25-10-2019 12:35 PM
Pi la jadi pelakon dik, jadi adik hero / heroin ka...kayu kayan sikit takpa eh...org nk tgk muka jee. Hahaha.
Quote uori 25-10-2019 12:43 PM
kita lak yang dituduhnya gitu.
hanat sungguh
Quote kentel 25-10-2019 12:51 PM
dik, yang lapo perhatian tu ngko....lain kali org lain kecam tenang2 jah....
Quote Xim 25-10-2019 12:57 PM
Halo dik . Dah mmg sumbang . Aku lg rela dgr sore sufian suhaimi drpd sore ko
Quote URUHA 25-10-2019 01:05 PM
Masalahnya chuols nyanyi mmg x best & sumbang. X kan nak puji kot? Brenti je lah jadi penyanyi. Better jadi model / pelakon je (tu pun kalau x kayu )
Quote buragazz 25-10-2019 02:32 PM
Aduhai si Arshad Mokhtar ni.. ko bukan nyanyi terkucil tapi ko nyanyi hauk.. tak sampai.. pastu ko boleh kata orang nak perhatian ko.. alahai.. sendu naw2 ko ni
Quote boojaat 25-10-2019 02:58 PM
Dek.. patutnya bila org kecam, ko jawab la yg ko skrg tgh belajar vocal dgn cikgu vocal... Nampak la ko ada inisiatif nak majukan diri ko

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.076802 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top