CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Aku Doa Kau Mati Beranak Nanti, Amin' - Suami Ditangkap Curang Sumpah Isteri

11-10-2019 10:07 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 14602| Komen: 75|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Berada dalam keadaan sarat mengandung sememangnya memenatkan fizikal dan mental. Sebab itu wanita yang mengandung perlukan banyak rehat dan sokongan daripada ahli keluarga, terutamanya suami.
Berada dalam keadaan sarat mengandung sememangnya memenatkan fizikal dan mental. Sebab itu wanita yang mengandung perlukan banyak rehat dan sokongan daripada ahli keluarga, terutamanya suami.


Kredit foto: Facebook

Bagaimanapun, amat malang nasib seorang wanita yang berkongsi ceritanya di Facebook apabila menangkap suaminya curang dengan wanita lain, sedangkan wanita itu dalam keadaan sarat mengandung.

Menurut cerita wanita itu lagi, dia bergaduh dengan suaminya yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah, meninggalkannya yang sedang sarat bersama anak-anak yang masih kecil. Alasan yang diberikan ialah OT.


Kredit foto: Facebook


Tetapi, ketika dia keluar untuk membeli barang, dia ternampak suaminya sedang bermesra dengan seorang wanita.

'Saya terus hubungi suami tanya dan beritahu dia, namun dia tidak mahu mengaku. Saya pun berikan suami saya gambar mereka berdua yang saya snap dari jauh tadi,'  katanya.


Kredit foto: Carian Google / FB

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan suaminya sangat menyedihkan.

'Lantak aku lah! Cel@ka, sedarlah diri kau tu nak beranak, aku doakan tak keluar anak tu nanti dengan kau mati sekali, amin,'  balas suami wanita tersebut.

Terkilan, wanita itu bertanyakan netizen apa yang perlu dia lakukan.


Kredit foto: FB
Kredit foto: FB

Ramai netizen yang membaca perkongsian itu menggesa wanita itu supaya bersabar.

'Semoga puan selamat dan dipermudahkan bersalin' kata seorang netizen.

'Semoga suami puan insaf dengan perbuatan dan tindakannya' tambah seorang lagi.


Kredit foto: FB

Walaupun begitu, ramai di antara mereka yang mengecam suami wanita tersebut.

'Awak doakan pula suami awak mati kena langgar lori,' kata seorang wanita melepas geram.

'Apa kata awak tikam sahaja suami awak,' tambah seorang lagi.


Kredit foto: FB

Namun begitu, ada juga yang berfikiran waras dan menasihati wanita itu supaya menyimpan semua bukti untuk kemudian hari kelak.

Apa-apapun, semoga wanita ini selamat menahirkan kandungannya dan semua urusannya dipermudahkan. - CARI
2

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • addved

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missycutie 11-10-2019 10:14 AM
Bangang punya suami.. panas hati betul aku baca. Semoga si isteri dipermudahkan bersalin dan selamat keduanya
Quote natrahn 11-10-2019 10:23 AM
Semoga urusan puan ni bersalin dipermudahkan...
Susah pula nak terima suami yang meduakan isteri ni...
Katalah suami berniat berkahwin lagi, dikhuatiri tidak dapat berlaku adil.
Semoa puan tabah dengan ujian ini. Sesungguhnya di sebalik setiap ujian, akan ada rahmat dari Allah Swt...

Sekiranya hidup sendiri dengan anak-anak lebih baik dan aman, teruskan daripada disakiti dan tidak dihargai.

Puan berhak bahagia
Quote farlis 11-10-2019 10:26 AM
Setiap perbuatan baik dan buruk, ada balasannya.. Serahkan pd Allah.. Bukan keje kita.. Semoga Allah permudahkan urusan si isteri & be strong...
Quote sarah82 11-10-2019 10:30 AM
Aku yakin.. Allah mendengar org yg benar..
Quote MissCarcosa9753 11-10-2019 10:33 AM
Takyah lah dengar cakap Laki  tu
Dia mmg celaka
Doa mcm tu memang Allah x makbul la
Now jaga leklok anak tu pas beranak g mohon cerai.. Wasap jgn buang Simpan
Quote mokcikcctv 11-10-2019 10:35 AM
Ya Allah kesian kt bini dia, semoga isteri tabah dan dipermudahkn urusan bersalin. mintak jauh la dpt jantan cmni
Quote Cpkay 11-10-2019 10:37 AM
Jodoh dan maut di tangan Allah..
Puan jangan lah risau tu.
keep on praying ya..
Quote Boomibulat 11-10-2019 10:43 AM
Pompuan bbnu ke ni..kena sumpah dgn suami syaitan pn takut..mcm la suami tu tok wali akbar..
Quote kikuri 11-10-2019 10:46 AM
akak doakan laki ni mati pucuk jah... padan muka...
Quote prettyuglybabe 11-10-2019 10:47 AM
laki hang sumpah hang, hang sumpah la dia balik..
susah apa..
laki miang pun lagi mau abg syg abg syg..
Quote Sang_Pencinta 11-10-2019 10:52 AM
Panas hati baca SMS laki dia. Anak sendiri dalam kandungan dia tak kisah ke?
Quote skullcandy 11-10-2019 11:02 AM
Suami curang depan mata pun masih hegeh nak panggil sayang???

Patut maki je balik tak payah hegeh2 nak sembah rayu
Quote haryatie 11-10-2019 11:05 AM
gila babi betul laki tu
doakan dia pulak mati time buat maksiat
serabut je dpt laki yg mcm ni
mintak cerai je la pasni
buat sakit jiwa..nnti bertambah lg anak
baik bwak diri jauh dr jntn keparat tu
hidup aman2
Quote chicozinn 11-10-2019 11:18 AM
sialnye jantan tu..sah2 la yg mengandung tu bini ko n kandungan tu anak ko sendiri..minta cerai je la weyh..aku yg baca lak meluat
Quote MsKoreanfanatic 11-10-2019 11:44 AM
semoga selamat bersalin ye dik~
jantan tk guna jgn dikenang..
pikir happy2 je sbb baby nak kuar dah
Quote armin 11-10-2019 11:52 AM
Lagi tanya apa nak buat. Nak suruh netizen nasihat suruh pujuk laki dia kah? Terang2 curang. It’s your life, pandai2 la fikir mcm mana keadaan nak besarkan anak dgn jantan useless macam ni.
Quote vasepecah 11-10-2019 11:54 AM
halahai ...... dah kenapa curang segini .... sumpah bukan2 plak kat bini sendiri yg tgh sarat .....
gilaaaaa laaa
Quote Jentayupink 11-10-2019 11:55 AM
semoga selamat melahirkan..lps tu awk mendonia ye..laki awk tu si celaka tu awk tgglkn then hdup dgn ank3 awk je..laki ape mcm tu dok menyumpah benih sendiri..yg awk pun 1, dah tau pangai laki gtu msh nak ber syg abg syg abg!!doa2 bnda x baik camtu blh makbul ke toksah takut dgn doa setan mcm tu lah!
Quote kakyungpilah85 11-10-2019 12:04 PM
go sis!lepas beranak ni sis move on..tinggalkan je jantan haprak ni..biar dia mampus dengan betina sundal tu...sis jaga anak2 sis,pasang badan cantik2 lepas tu gi tayang kat jantan bodoh tu sis leh hidup tanpa dia...insyaAllah kami semua mendoakan sis mengecap kebahagian...Allah sayang orang yang sabar...semoga dipermudahkan proses bersalin nanti

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.280512 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top