CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kita Akan Kaji Semula Pelaksanaan GST Kalau Itu Yang Rakyat Mahu" - Tun M

3-10-2019 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4520| Komen: 44

Description: “Jika rakyat percaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih baik, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)."
“Jika rakyat percaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih baik, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)."

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas cadangan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) supaya kerajaan memperkenalkan semula GST dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan.



Foto: The Malaysian Reserve/IG

Berikutan itu, Tun Mahathir berkata, kerajaan sedia melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika itu yang rakyat mahu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kajian terperini perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

“Tapi untuk masukkan dalam belanjawan tahun hadapan memang tidak sempat,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

SST yang menggantikan GST diperkenalkan Kerajaan Pakatan Harapan pada 1 September 2018. - CARI



Video: YouTube Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kabukiman 3-10-2019 11:06 AM
Jesus. Fucking. Christ.
Quote TuntungReturn 3-10-2019 11:10 AM
KUALA LUMPUR: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun dekat Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada petang Sabtu.

Terdahulu, mereka bergerak secara berkumpulan dari Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu berarak membawa sepanduk ke Dataran Merdeka.

Sebahagian besar penunjuk perasaan terdiri daripada anggota Parti Amanah Negara (Amanah) dan kumpulan Otai Reformasi.

Pihak berkuasa kemudiannya mengadakan sekatan di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Perak dekat Dataran Merdeka pada kira-kira pukul 3 petang.

Lebih kurang pukul 5.10 petang, kelihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Dataran.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang mengadakan perhimpunan ini.

"Sebelum ini, Malaysia berada dalam keadaan cukup baik di mana rakyat mempunyai kerja dan pendapatan yang munasabah.

"Saya pernah rayu kepada Najib untuk laksana GST, tetapi Najib tetap mahu duit dari rakyat," ucapnya.

Tun Mahathir juga meminta orang ramai supaya menandatangani Deklarasi Rakyat.

"Tolong tandatangan Deklarasi Rakyat supaya kita dapat salurkan rintihan yang dialami kepada (Majlis) Raja-Raja Melayu.

"Walaupun tiada dalam Perlembagaan tetapi raja akan dengar suara rakyat, tanpa rakyat tiadalah raja. Sebab itu sokongan dan rintihan rakyat harus didengari".


Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/04/02/mahathir-tiba-perhimpunan-gst/#bEMYfwuf8oAxt50m.99
Quote badaksumbu 3-10-2019 11:18 AM
ye la kan? sbb tu la rakyat pangkah ph kan? sbb nak gst, sst & segala mak nenek cukai tilam, bantal apa semua tu kan?

Quote Remyda 3-10-2019 11:26 AM
Mahacai pula setuju atau tidak ?
Ala memalu pulak


Quote q@2a 3-10-2019 11:26 AM
Kaji jangan x kaji...rakyat marhaen ni x kisah kena jadi bahan uji kaji.....
Quote Foxey 3-10-2019 11:30 AM
Hmmm... Kenapa sebelum mula dengan yang baru tak kaji dulu yang lama dengan mendalam? Buat perbandingan di antara dua, yang mana terbaik, yang tidak membebankan rakyat secara melampau, baru la implement. Then, tak timbul la nak kena u turn keputusan. Implementation-wise banyak benda kena buat. Tak ke menyusahkan kalau berbolak-balik macam ni
Quote johan-adx 3-10-2019 11:58 AM
Foxey replied at 3-10-2019 11:30 AM
Hmmm... Kenapa sebelum mula dengan yang baru tak kaji dulu yang lama dengan mendalam? Buat perbandin ...

biasa gomen ni buat tergopoh gapah..
dh buat rakyat komplen br nk kaji..masa tu nk uturn nti takut malu..
so keluar la iklan,debat kt tv spin balik kata baik,bagus,manfaat..mcm mat maslan buat dulu tu
Quote tripleid 3-10-2019 12:54 PM
alhamdulillah..pm mcm ni lah yg kita mahukan.selalu mendengar rintihan rakyat
Quote Miss.H 3-10-2019 02:21 PM
Naik harga lagi
Quote Kurex 3-10-2019 02:37 PM
Rakyat mahubke, atau korang yg mahu wahai tua celaka
Quote fofuler 3-10-2019 02:50 PM
Omg dia ingat senang ke nak uturn camni. Betapa banyaknya system enhancements diperlukan untuk buat gst balik.
Quote kakaro940 3-10-2019 03:21 PM
bodoh betul la korang ni..da la byk menipu..sejak sst ni mentri semua buta mata ka?? harga brg d pasaran tu ntah brp kli da naik hrga..sepatutnya dr awal x pyh mansuh la gst tu lahabau..makin tua makin bodoh ja perangai korg semua tu...
Quote Rogue98 3-10-2019 03:21 PM
Kajian akan ambik masa lagi 4 tahun...
Quote 3480 3-10-2019 03:32 PM
So, cana ni??? Cai stuju idakkk??
Quote dizekni 3-10-2019 03:43 PM
Kah kah kah
Quote dizekni 3-10-2019 03:47 PM


Alang2 u turn GST

baik serah semula pentadbiran kepada BN

Kah kah kah
Quote adelea 3-10-2019 03:47 PM
bertabahlah org finance, purchasing and tax department klu depa tukar balik jadi gst ..

byk keje nak buat tu ...
Quote adelea 3-10-2019 03:48 PM
another u turn nampaknya
Quote dizekni 3-10-2019 03:52 PM

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057755 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top