CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Twitter GSC Diserang, Pengarah dan Pelakon Berang Waktu Tayangan 'Motif' Dikurangkan

30-9-2019 10:30 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 7488| Komen: 32

Description: Jika sebelum ini isu filem dua filem tempatan, Suatu Ketika dan Dendam Pontianak berkenaan waktu tayangan yang sedikit dan tidak bersesuaian pernah diketengahkan, kini giliran filem Motif pula diperla ...
Jika sebelum ini isu filem dua filem tempatan, Suatu Ketika dan Dendam Pontianak berkenaan waktu tayangan yang sedikit dan tidak bersesuaian pernah diketengahkan, kini giliran filem Motif pula diperlakukan sedemikian.

Tidak pilih untuk berdiam diri, perkara ini mendapat tumpuan dari barisan pelakon, kru dan pengarah filem Motif sendiri. Setelah mendengar rungutan para penonton yang mempunyai kekangan menonton filem ini akibat waktu tayangan yang dikurangkan secara mendadak, barisan pelakon termasuklah Sharifah Amani dan Taqim Zaki lekas menyuarakan kekesalan mereka terhadap layanan panggung tempatan terhadap usaha mereka. 

Dikatakan syarikat panggung gergasi, GSC Cinemas telah mengurangkan waktu tayangan walaupun filem Motif menepati kriteria minimum harian selama tiga hari tayangan berturut-turut.

Screenshot Dari Twitter
Sehubungan dengan itu, berkali-kali laman twitter GSC menerima mention dari penonton dan penyokong filem tempatan yang berang dan merasakan perkara ini langsung tidak adil. Ini bukanlah kali pertama filem tempatan dianaktirikan walaupun mendapat sambutan yang agak hangat.

Screenshot dari Twitter
Perkara ini juga dibantah keras oleh penggiat seni tanah air yang lain seperti Amerul Affendi dan Fatimah Abu Bakar.

Screenshot Dari Twitter
Filem Motif baru saja mula ditayangkan bermula jumaat lepas, 27 September dan ia berkisarkan seorang detektif wanita yang ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna di sebuah pekan terpecil. Membawa genre jenayah dan drama, ia diterajui oleh pelakon-pelakon hebat seperti Dato' Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Putra dan Taqim Zaki. 

Filem ini menerima lambakan pujian dari mereka yang sudah menontonnya, serta disifatkan sebagai sebuah naskah 'wajib tonton' oleh Cinema.com - CARI 

Kredit Foto: Cinema.com

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tudungpink 30-9-2019 10:33 AM
Susah production kecik2 ni nak cari makan walaupun pelakon power2..kadang2 x adil..mana tok pinas..
Quote katibism 30-9-2019 10:36 AM
Mohtep mention ahmad idgham maal ghunnah bersama hans isaac?? Both function ke
Quote RatuDunia94 30-9-2019 10:41 AM
Motiffffff???
Quote duri_durians 30-9-2019 11:21 AM
mana fungsi finas....???



Quote chicozinn 30-9-2019 11:22 AM
katibism replied at 30-9-2019 10:36 AM
Mohtep mention ahmad idgham maal ghunnah bersama hans isaac?? Both function ke

dedua patung cendana dlm persatuan..booooooo!!!!

Quote luluaurora 30-9-2019 11:44 AM
hurmm cmna filem mesia nk majuu
Quote boojaat 30-9-2019 11:48 AM
katibism replied at 30-9-2019 10:36 AM
Mohtep mention ahmad idgham maal ghunnah bersama hans isaac?? Both function ke

Hhahaha.. entah2 dia org yg bagi slot sikit mcm tu?
Quote Orix 30-9-2019 11:52 AM
citer apooooooo
Quote fliphair8 30-9-2019 12:53 PM
katibism replied at 30-9-2019 10:36 AM
Mohtep mention ahmad idgham maal ghunnah bersama hans isaac?? Both function ke

tak sempat baca habis komen aku dah gelak....teruk chuolsss ni...
Quote aqua_marine 30-9-2019 01:08 PM
Kena batang idong sendiri baru nak menggelupur
Quote ninnamina 30-9-2019 01:30 PM
Kesian jugak filem Malaysia panggung wayang pun x support filem Malaysia
Quote supernaturalee 30-9-2019 01:57 PM
chicozinn replied at 30-9-2019 11:22 AM
dedua patung cendana dlm persatuan..booooooo!!!!

cer imagine filem kg lemak santan tu br keluar skrg
ape agknya reaksi die skrg bla pwgm buat kt die gini


Quote chinta89 30-9-2019 02:35 PM
mat deham Mr Cinderella mana?
Quote lotionmilo 30-9-2019 04:22 PM
1 hari 2 tayangan. Certain cinema jer ada pulak tu. Tak jadi nak tengok
Quote Perawankota 30-9-2019 10:13 PM
Finas mana Finas.. Sampai bila filem2 mcmni nk di anak tirikan
Quote rosli_nurizzati 1-10-2019 04:44 PM
aku cadangkan penggiat filem melesia joint venture ja ngan netflix buat netflix movie.. audience lagi besar... mcm best motif ni..
Quote sleepandream 1-10-2019 07:58 PM
iols minat genre mystery macamni... tapi iols malas nk tgk dekat wayang..
malaysia takde lagi original netflix movie ke?
kalau ada it is time production house cater their product dekat situ daripada mengemis dekat gsc tgv
Quote LembingDayanti 2-10-2019 12:06 AM
aku takkan tgk filem sharifah amani wakakakakkaka syok sendiri elok la tu tak tayang lama hahahahahhaha
Quote MissCarcosa9753 2-10-2019 12:33 AM
Haritu satu ketika kena

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.056671 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top