|
Jika sebelum ini isu filem dua filem tempatan, Suatu Ketika dan Dendam Pontianak berkenaan waktu tayangan yang sedikit dan tidak bersesuaian pernah diketengahkan, kini giliran filem Motif pula diperlakukan sedemikian.
Tidak pilih untuk berdiam diri, perkara ini mendapat tumpuan dari barisan pelakon, kru dan pengarah filem Motif sendiri. Setelah mendengar rungutan para penonton yang mempunyai kekangan menonton filem ini akibat waktu tayangan yang dikurangkan secara mendadak, barisan pelakon termasuklah Sharifah Amani dan Taqim Zaki lekas menyuarakan kekesalan mereka terhadap layanan panggung tempatan terhadap usaha mereka.
Dikatakan syarikat panggung gergasi, GSC Cinemas telah mengurangkan waktu tayangan walaupun filem Motif menepati kriteria minimum harian selama tiga hari tayangan berturut-turut.
Screenshot Dari Twitter
Sehubungan dengan itu, berkali-kali laman twitter GSC menerima mention dari penonton dan penyokong filem tempatan yang berang dan merasakan perkara ini langsung tidak adil. Ini bukanlah kali pertama filem tempatan dianaktirikan walaupun mendapat sambutan yang agak hangat.
Screenshot dari Twitter
Perkara ini juga dibantah keras oleh penggiat seni tanah air yang lain seperti Amerul Affendi dan Fatimah Abu Bakar.
Screenshot Dari Twitter
Filem Motif baru saja mula ditayangkan bermula jumaat lepas, 27 September dan ia berkisarkan seorang detektif wanita yang ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna di sebuah pekan terpecil. Membawa genre jenayah dan drama, ia diterajui oleh pelakon-pelakon hebat seperti Dato' Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Putra dan Taqim Zaki.
Filem ini menerima lambakan pujian dari mereka yang sudah menontonnya, serta disifatkan sebagai sebuah naskah 'wajib tonton' oleh Cinema.com - CARI
Kredit Foto: Cinema.com |
|