CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagi Alasan Makan Durian Untuk Ponteng Solat Jumaat

30-8-2019 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2266| Komen: 20

Description: Alasan makan durian dan bermusafir selain malas digunakan untuk kes ponteng solat Jumaat di Terengganu, kata pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Harian Metro melaporkan, kaki ponteng so ...
Alasan makan durian dan bermusafir selain malas digunakan untuk kes ponteng solat Jumaat di Terengganu, kata pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). 

Harian Metro melaporkan, kaki ponteng solat Jumaat didapati memberikan alasan itu bagi mengelak ditahan di beberapa lokasi panas. 

Menurut Ketua penolong peusurhjaya JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail, seramai 29 individu ditahan selepas risikan penguatkuasa wanita di beberapa lokasi seperti Marang, Kuala Berang dan sekitar bandar sejak Julai. 

“Serbuan akan dilakukan anggota penguat kuasa lelaki sejurus selesai solat dan individu yang ditangkap akan disiasat sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah,” katanya.

Kredit foto: Projek MM

Katanya lagi, ada 'mata-mata' yang memantau di setiap daerah yang meliputi lokasi seperti restoran dan rumah bermula 11 pagi sehingga solat Jumaat berakhir. 

Difahamkan lelaki akil balikh dan tiada sebab munasabah untuk meninggalkan solat Jumaat di negeri itu boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. 

“Perkara itu selaras dengan peruntukan undang-undang syariah negeri di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu Pindaan 2016,” katanya.

“Tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan ini sudah lama dilaksanakan. Selain menjadi tuntutan agama Islam dan dinyatakan di dalam al-Quran,” katanya. - CARI 
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 30-8-2019 12:29 PM
Talibanism is coming
Quote Boomibulat 30-8-2019 12:46 PM
Asdan replied at 30-8-2019 12:42 PM
makan durian pun kena tangkap,

makin ramai la orang terengganu jadi banduan, makin ramai la gel ...

Bukan sbb mkn ikan jd mls solat jemaat ke...
Quote Malaysia.Doom 30-8-2019 02:30 PM
Pantai Timur Darul Taliban.
Quote Kurex 30-8-2019 02:44 PM
Adoi.. Jangan macam ni kerajaan Terengganu.. Nanti orang lain tak minat dalam Islam.. Dorang tertanya, kalau islam takde paksaan, kenapa buat tangkapan kalau dipaksa??
Yang akil baligh pun, solat tu wajib.. Tak payah buat tangkapan, korang sendiri tau ianya wajib
Quote yuki812 30-8-2019 02:54 PM
tangkap gak org dlm porem ni yg tak solat jumaat. baru adil.
Quote diggerr 30-8-2019 06:25 PM
{:thief {:thief
Quote Dovahkiin 30-8-2019 09:14 PM
Takde paksaan untuk menerima islam. Tapi da islam, yang wajib, kena la buat.
Quote mesmerize 30-8-2019 09:35 PM
Dovahkiin replied at 30-8-2019 09:14 PM
Takde paksaan untuk menerima islam. Tapi da islam, yang wajib, kena la buat.

bijak post ko ni. walaupun ringkas tapi padat dan mudah difahami. great job
siapa tak paham mmg bingai.
Quote jejaka_hensem 30-8-2019 11:08 PM
mohon lepas ni mata-mata JHEAT tangkap orang islam yg merokok/vape jugak.

merokok/vape telah difatwa haram,ibarat makan daging babi gittew,mohon tangkap ya
Quote abangbikerz 30-8-2019 11:30 PM
Makin jahanam le msia klu undang2 gni yg ada
Quote kasibiman 31-8-2019 07:53 AM
Kenapa musafir Tak dboleh?
Quote FOTHER-MUCKER 31-8-2019 07:57 AM
Tak perlu alasan dan menipu, bagi tau sahaja saya tidak berminat dan tidak percaya untuk pergi semayam jumaat.
Quote ultra78 1-9-2019 07:40 AM
Kalau kita betul musafir adakah kena check alamat ic,check tempat mengundi,bawa bil elektrik dan air utk buktikan kita musafir?
Quote RatuDunia94 1-9-2019 05:49 PM
FOTHER-MUCKER replied at 31-8-2019 07:57 AM
Tak perlu alasan dan menipu, bagi tau sahaja saya tidak berminat dan tidak percaya untuk pergi semay ...

Kannn... cakap je.. ini urusan saya and my creator. Whoareyusss?
Quote esbok 21-11-2019 02:55 PM
Padan muka
Quote palmolive 21-11-2019 03:21 PM
ajak buat kebaikan pun nak melawan..
Quote palmolive 21-11-2019 03:24 PM
jejaka_hensem replied at 30-8-2019 11:08 PM
mohon lepas ni mata-mata JHEAT tangkap orang islam yg merokok/vape jugak.

merokok/vape telah difa ...

baru tangkap org tak gi semayang jemahat pun dah menggelupur..
mcm2, taliban la, jahanam malaysia la..
nak tangkap org isap rokok?..hrmm
Quote Austranesia 21-11-2019 03:36 PM
Kurex replied at 30-8-2019 02:44 PM
Adoi.. Jangan macam ni kerajaan Terengganu.. Nanti orang lain tak minat dalam Islam.. Dorang tertany ...

klau dulu orang tanak masuk islam takut kena sunat.nanti orang tanak masuk islam sebab takut kena tangkap sebab tak solat
Quote Orix 21-11-2019 04:05 PM
curlastttttttttttt nyaaa ganu darul menghukum

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.064147 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top