CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Perut Membusung, Lintah Keluar Di Pusat" - Ngeri, Awie Cerita Hidap Penyakit Mistik..

30-8-2019 11:27 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 11868| Komen: 66|Original author: SakuraJo

Description: Penyanyi Datuk Awie mendedahkan dia mengalami gangguan misteri sehingga mengidap penyakit busung. Memang mengerikan!Ia sekaligus memaksa vokalis Wings itu untuk ke Indonesia berulang-alik bagi menjala ...
Penyanyi Datuk Awie mendedahkan dia mengalami gangguan misteri sehingga mengidap penyakit busung. Memang mengerikan!

Ia sekaligus memaksa vokalis Wings itu untuk ke Indonesia berulang-alik bagi menjalani rawatan alternatif di sana, selepas doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang penyakit. 



“Saya sendiri pelik apabila tiba-tiba jatuh sakit selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun lalu.

"Perut saya tiba-tiba membusung dan saya ada menjalani hospital kerana ia terlalu sakit.

“Pada masa itu, saya reda apabila doktor memberitahu saya disyaki menghidap kanser usus," katanya memetik laporan Gempak. 


Namun, selepas pemeriksaan tiada pula penyakit kanser yang disyaki dihidapinya. 

"Bagaimanapun selepas ujian klinikal kedua, selepas sampel dihantar ke makmal perubatan di Melbourne, Australia, doktor kata tiada tanda kanser pada bahagian tersebut.

“Selain busung ada lagi perkara mistik berlaku dan itu yang menyebabkan saya mengambil keputusan bertemu beberapa pengamal perubatan di utara dan selatan tanah air, termasuk Indonesia,” katanya.

Paling menakutkan ketika rawatan di Indonesia, Awie memberitahu  tiga ekor lintah keluar melalui pusat dan selepas itu penyakitnya semakin pulih sehingga hari ini. 


“Macam tak percaya, kan? Tapi itulah yang berlaku.

"Saya pun tidak tahulah bila semua ini akan berakhir.

"Saya cuma berharap agar selepas ini saya kembali sihat dan tidak sakit lagi, kerana saya perlu bersedia untuk konsert solo tahun hadapan,” ujarnya. 

Semoga Awie terus sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 30-8-2019 11:32 AM
Masa utk muhasabah diri utk iols juga yg x putus2 Allah swt berikan segala kenikmatan dunia yg sementara ini...terima kasih Allah
Quote natrahn 30-8-2019 11:33 AM
kena buatan orang kot
Quote cikkittydiva 30-8-2019 11:36 AM
Jahatnya yg antar sihir ni.. kalau mistik mcm ni biasa sihir la. Nauzubillah
Quote Boomibulat 30-8-2019 11:44 AM
Kat msia pun ramai perawat handalan..knp kena ke indon
Quote miemiecha 30-8-2019 11:57 AM
clinical test mmg kne hntr overseas ke??
mek tanya sungguh nih..
mesia xde buat ke camne?
Quote Acikgomen 30-8-2019 12:02 PM
miemiecha replied at 30-8-2019 11:57 AM
clinical test mmg kne hntr overseas ke??
mek tanya sungguh nih..
mesia xde buat ke camne?

Mesia kan masih mundur. Rumah pun atas pokok lagi. Air paip pun belum ada lagi khuenst, harap air perigi je nak mandi pagi2 before gi keja
Memang la semua clinical test kena check kat obesi. Sini mana ada pakar2. Mesin test tak mampu beli nyahhhh


Jawapan edisi pembaris
Quote miemiecha 30-8-2019 12:04 PM
Acikgomen replied at 30-8-2019 12:02 PM
Mesia kan masih mundur. Rumah pun atas pokok lagi. Air paip pun belum ada lagi khuenst, harap air  ...

mek dupdab dupdab baca.,...
hahahahahah

jibakerr!!! hahahaha adoii adoii.. mkn masa nak fahammm
Quote supernaturalee 30-8-2019 12:18 PM
damn
pehal fokus citer ko sakit
citer lh psl nk buat konsert tu
mntk org simpati beli tiket ke pun chorrr






Quote jijilaaa 30-8-2019 12:28 PM
dia kan abg kawasan....
Quote beloomberk 30-8-2019 12:39 PM
Boleh masuk mastika cerita bamwie ni..
Quote shernazz 30-8-2019 12:44 PM
miemiecha replied at 30-8-2019 11:57 AM
clinical test mmg kne hntr overseas ke??
mek tanya sungguh nih..
mesia xde buat ke camne?

Iols buat ujian darah vitamin d
Kena htr uk
3bulan baru dpt
Quote LadyCarefree 30-8-2019 12:52 PM
Kenaoa nak makmal ostolia. Kt malaysia pon bnyak boleh cek kanser.
Gebang kuat lintah bagai
Quote ReginaGeorge 30-8-2019 01:06 PM
Apa yang pak Wi penah buat sampai orang berdendam?
Quote dineo 30-8-2019 01:06 PM
Boomibulat replied at 30-8-2019 11:44 AM
Kat msia pun ramai perawat handalan..knp kena ke indon

bila buang kat seberang laut , org yg htr tu susah nak hantar balik.

sbb klu dia buang sihir tu, yg menghantar tu mmg akan tahu dan dia akan htr yg lebih kuat lagi klu dia masih kuat berdendam.


Quote kiah_mai_pulak 30-8-2019 01:11 PM
ReginaGeorge replied at 30-8-2019 01:06 PM
Apa yang pak Wi penah buat sampai orang berdendam?

Bukan ke ex bini tok sawie ni mmg kaki mandren?
Quote martiena 30-8-2019 01:24 PM
dineo replied at 30-8-2019 01:06 PM
bila buang kat seberang laut , org yg htr tu susah nak hantar balik.

sbb klu dia buang sihir t ...

ni bam wie bagitau ni harap2 la yg hantar tu x tau..
sbb dia pun dh buang kt indon kan...... pray
Quote s@me@ne 30-8-2019 01:27 PM
miemiecha replied at 30-8-2019 11:57 AM
clinical test mmg kne hntr overseas ke??
mek tanya sungguh nih..
mesia xde buat ke camne?

second opinion kot. mende biase je tu untuk pastikan analisis tu betul.
Quote dineo 30-8-2019 01:29 PM
martiena replied at 30-8-2019 01:24 PM
ni bam wie bagitau ni harap2 la yg hantar tu x tau..
sbb dia pun dh buang kt indon kan...... pray ...

dia dah baik sepenuhnya la tu yg dia bagitau

klu ikutkan , bila kena bende2 macam ni , bila dah baik x digalakkan citer kat org ..

takut org yg dgr p hantaq balik
doa yg baik2 utk awie
Quote mohdcrow 30-8-2019 02:09 PM
apa main sihir2 ni, tak gentle la...face to face la boleh pukul2, kan sawi kan?

sia2 je usaha bertahun tahun jadi ayahanda, orang gaduh hantar sihir jer sekarang ni.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058325 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top