CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mercedes 'Lapar' Drive Thru Burger King

22-8-2019 11:32 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3538| Komen: 18|Original author: natrahn

Description: Memandu semasa mabuk adalah berbahaya. Inilah yang telah terjadi apabila kereta Mercedes-Benz yang dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun telah terbabas dan melanggar outlet Burger King di Kota Daman ...
Memandu semasa mabuk adalah berbahaya. Inilah yang telah terjadi apabila kereta Mercedes-Benz yang dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun telah terbabas dan melanggar outlet Burger King di Kota Damansara. 


Lelaki tersebut telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kredit Foto - Ihsan  Pembaca Layar Facebook

Dalam kejadian 6 petang itu, kereta tersebut terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta motosikal yang yang diparkir di situ. Seorang pejalan kaki, Lee Guo Hoo berusia 72 tahun turut tercedera di bahagian kepala dan kaki kerana kemalangan ini.



"Outlet Burger King tersebut mengalami kerosakan pada dinding, meja dan kerusi" kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Kejadian ini menjadi turut viral di media sosial dan ada netizen yang agak 'nakal' memberi reaksi bersyukur kerana bukan model Myvi yang terlibat dengan kemalangan itu.

Kredit foto: Ihsan Pembaca Layar Facebook

Pemandu tersebut kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 43(1) dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengenakan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Memandu dalam keadaan mabuk satu kecuaian yang besar. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Lihatlah apa yang telah terjadi betul-betul drive tru/ terus siap parkir sekali. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 22-8-2019 01:06 PM
Orang mabuk suka menyusahkan orang lain
Quote pakderis 22-8-2019 01:52 PM
sebab itu arak perlu diharamkan
Quote RatuDunia94 22-8-2019 02:40 PM
Its about time utk "wicet" kan Burger King = Begeking? Maybe?
Quote mieymiey 22-8-2019 03:08 PM
Seorang pejalan kaki, Lee Guo Hoo berusia 72 tahun turut tercedera


Bongok! Menyusahkan orang lain!
Quote mdhelmi 22-8-2019 03:44 PM
ramainye dtg nk amik no plate
Quote Carcosa 22-8-2019 08:23 PM
Vavinya. Pukul 6petang kau mabuk taik smp macam tu jadinya. Dah 60 tahun pun masih alcoholic {:yameteh
Quote Pink_Purple 22-8-2019 09:46 PM
pemabuk yang menyusahkan orang
Quote Supersirap 23-8-2019 03:36 PM
Nasib baik tidak melibatkan kemalangan jiwa, boleh kita jadikan peristiwa ini sebagai iktibar.
Quote BoongaKertas 23-8-2019 04:05 PM
and again...they didnt prohibit alcohol....
Quote natrahn 23-8-2019 04:06 PM
BoongaKertas replied at 23-8-2019 04:05 PM
and again...they didnt prohibit alcohol....

kan.. buat undang-undang pun orang tak heran..haramkan je la terus ..
Quote BoongaKertas 23-8-2019 05:02 PM
natrahn replied at 23-8-2019 08:06 AM
kan.. buat undang-undang pun orang tak heran..haramkan je la terus ..

iols agree! urghhh. stress tgk org x berdosa being harmed
Quote natrahn 23-8-2019 05:08 PM
BoongaKertas replied at 23-8-2019 05:02 PM
iols agree! urghhh. stress tgk org x berdosa being harmed

kalau tak salah Brunei memang takde arak..jadi rakyatnya kalau nak minum kena keluar dari Brunei.. masuk Miri / Sipitang
Quote miarshya 23-8-2019 07:49 PM
Kesihan uncle pejalan kaki tu...
Quote BoongaKertas 24-8-2019 02:22 PM
natrahn replied at 23-8-2019 09:08 AM
kalau tak salah Brunei memang takde arak..jadi rakyatnya kalau nak minum kena keluar dari Brunei.. ...

Tulis khat pun dah siap demo. Kalau ban arak, huru hara msia chuols. Urgh. Stress iols.
Quote natrahn 24-8-2019 03:16 PM
BoongaKertas replied at 24-8-2019 02:22 PM
Tulis khat pun dah siap demo. Kalau ban arak, huru hara msia chuols. Urgh. Stress iols.

Huhu..tu la pasal... tulisan khat je pun nak suruh tekap n tulis semula..belajar 3 page aje ..pun dorang protes mati-matian..
Pasal arak ni tak tau la nak buat lagu mana... dok jaga sangat depa tapi depa serupa kadul naik junjung..minum sampai mabuk n eksiden macam ni
Quote ReginaGeorge 24-8-2019 08:31 PM
Awal uncle mabok ingatkan orang mabok tengah malam
Quote BoongaKertas 26-8-2019 11:54 AM
natrahn replied at 24-8-2019 07:16 AM
Huhu..tu la pasal... tulisan khat je pun nak suruh tekap n tulis semula..belajar 3 page aje ..pun  ...

tu depa nak mai bantah protes xnak hntr anak ke sekolah plak. hahahaha! kelakar lah, depa taktau nak differentiate mana lg penting. lebih rela anak jd bodoh
Quote natrahn 26-8-2019 12:02 PM
BoongaKertas replied at 26-8-2019 11:54 AM
tu depa nak mai bantah protes xnak hntr anak ke sekolah plak. hahahaha! kelakar lah, depa taktau n ...

kan.. nanti anak dorang yang ketinggalan... susah kalau nak politikkan semua benda..nanti orang tak bersalah jadi mangsa..dalam keadaan ni anak-anak dorang...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.202381 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top