Memandu semasa mabuk adalah berbahaya. Inilah yang telah terjadi apabila kereta Mercedes-Benz yang dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun telah terbabas dan melanggar outlet Burger King di Kota Damansara.
Lelaki tersebut telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kredit Foto - Ihsan Pembaca Layar Facebook
Dalam kejadian 6 petang itu, kereta tersebut terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta motosikal yang yang diparkir di situ. Seorang pejalan kaki, Lee Guo Hoo berusia 72 tahun turut tercedera di bahagian kepala dan kaki kerana kemalangan ini.
"Outlet Burger King tersebut mengalami kerosakan pada dinding, meja dan kerusi" kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.
Kejadian ini menjadi turut viral di media sosial dan ada netizen yang agak 'nakal' memberi reaksi bersyukur kerana bukan model Myvi yang terlibat dengan kemalangan itu.
Kredit foto: Ihsan Pembaca Layar Facebook
Pemandu tersebut kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 43(1) dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengenakan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Memandu dalam keadaan mabuk satu kecuaian yang besar. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Lihatlah apa yang telah terjadi betul-betul drive tru/ terus siap parkir sekali. - CARI |