CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Ireland Hilang Di Nilai, Tiada Sebarang Petunjuk Ditemui Setakat Ini

5-8-2019 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5441| Komen: 22

Description: Kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15 di sebuah resort di Nilai menjadi tanda tanya ramai pihak.Astro Awani melaporkan, remaja yang dilaporkan hilang pada Ahad kini m ...
Kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15 di sebuah resort di Nilai menjadi tanda tanya ramai pihak. 

Astro Awani melaporkan, remaja yang dilaporkan hilang pada Ahad kini mendapat perhatian khusus daripada pihak polis apabila pencarian bagi mengesannya diperluaskan hari ini. 


Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman, jumlah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah ditambah. 

Kredit foto: Awani

Pada hari kedua ini, seramai 159 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan Negeri dan penduduk tempatan digerakkan.

Selain itu, terdapat juga bantuan 40 anggota pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras. 

“Resort tersebut tiga ekar, tetapi di belakang ada 100 ekar keluasan, maka kita terpaksa bahagikan kepada dua pasukan, satu pasukan tumpu ke hutan dengan bantuan Orang Asli, Batan Hutan, separuhnya lagi  akan di luar dengan meliputi semua kawasan pentadbiran, perkampungan, hutan pekan," katanya. 


Katanya lagi, pihak polis masih belum menemui sebarang petunjuk selain remaja itu difahamkan tidak membawa sebarang barangan perisbadi seperti pasport dan telefon bimbit. 

Remaja itu dikatakan turut mengalami masalah pembelajaran hanya disedari hilang oleh abangnya kira-kira jam 6.30 pagi. 

Keluarga dari Ireland itu terdiri daripada suami isteri dan tiga anak datang bercuti di resort tersebut sekitar jam 7 pagi kelmarin. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilbub 5-8-2019 03:21 PM
Kesiannya. Ada masalah pembelajaran pulak. Semoga dapat jumpa dengan selamat
Quote Modngengade 5-8-2019 03:36 PM
Hilang di Nilai ke PD?
Quote arasham 5-8-2019 03:39 PM
Modngengade replied at 5-8-2019 03:36 PM
Hilang di Nilai ke PD?

Dua2 pun salah. Maybe sbb nialai dkt dgn seremban kut.
Quote Modngengade 5-8-2019 03:41 PM
arasham replied at 5-8-2019 03:39 PM
Dua2 pun salah. Maybe sbb nialai dkt dgn seremban kut.

tu la..kat tered sebelah tulis PD

Quote dua_chzy 5-8-2019 03:42 PM
Mangsa culik dan bunuh?
Quote arasham 5-8-2019 03:43 PM
Modngengade replied at 5-8-2019 03:41 PM
tu la..kat tered sebelah tulis PD

Kalau ikutkan jln arah ke jelebu/ pilah
Quote sitiselangor 5-8-2019 03:44 PM
Modngengade replied at 5-8-2019 03:41 PM
tu la..kat tered sebelah tulis PD

kau jgn percaya si arasham tu, stakat ceduk info dari fb group whassap lagi mau panjang2kan info ntah betul ntah tak tu

biar polis buat kerja


Quote kualibesi 5-8-2019 03:44 PM
katanya yg resort dlm dusun tu. yg viral tu
Quote arasham 5-8-2019 03:44 PM
dua_chzy replied at 5-8-2019 03:42 PM
Mangsa culik dan bunuh?

Tak tau lagi chazey ikut maklumat mangsa tak berpakaian hanya pakai seluar dlm je.  Sleepwalking kut...
Quote sitiselangor 5-8-2019 03:45 PM
arasham replied at 5-8-2019 03:43 PM
Kalau ikutkan jln arah ke jelebu/ pilah

takyah nak kasi info belum sahih la dol

mulut2 cam kau ni la yg selalu kacau kerja polis, bomba, 999




Quote Modngengade 5-8-2019 03:48 PM
POLIS menambah kekuatan anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland yang hilang sejak pagi semalam di sebuah resort di Pantai, Seremban.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, keluasan kawasan pencarian juga dibesarkan membabitkan kawasan hutan dan penempatan penduduk.

“Hari ini kami menambah kekuatan untuk operasi SAR. Berbanding semalam, kekuatan bertambah menjadi 119 membabitkan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) dan penduduk tempatan.

“Untuk hari ini juga, kami mendapatkan bantuan satu platun pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras menjadikan jumlah keseluruhan 159 petugas,” katanya ketika sidang media di Balai Polis Pantai, hari ini.

Mengulas mengenai keluasan kawasan pencarian, beliau berkata, semalam pihaknya sudah melakukan operasi di kawasan seluas 4.9 hektar dan untuk hari ini kawasan akan diperluaskan.

“Pasukan dari PGA, JPNS dan Orang Asli akan memberi tumpuan di hutan, manakala selebihnya melakukan operasi di penempatan penduduk dan sekitar Pantai,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menemui remaja berkenaan di mana-mana lokasi atau premis supaya menyalurkan maklumat kepada polis untuk tindakan lanjut.

Harian Metro malam tadi melaporkan remaja warga Ireland yang mengalami masalah pembelajaran hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai.

Keluarganya hanya menyedari kehilangan Nora Anne Quoririn, 15, jam 8 pagi semalam.

Berita berkaitan

• Remaja Ireland hilang dekat Seremban

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 2:45 PM
Quote gigahertz 5-8-2019 03:53 PM
Bende bende macam ni kena carik pakai dron . dron terbang guna video rekod. dah rekod tengok balik. ataupun pasang cctv wireless kat pokok connected by hotspot handphone.  
Quote dua_chzy 5-8-2019 04:28 PM
arasham replied at 5-8-2019 03:44 PM
Tak tau lagi chazey ikut maklumat mangsa tak berpakaian hanya pakai seluar dlm je.  Sleepwalking k ...

Aiyoh! Lagi bahaya!
Quote chandrahusin 5-8-2019 04:35 PM
Pantai terletak di jalan antara dari Seremban nak pegi ke Jelebu
aku gugel tadi rasanya resort ni
terletak di kawasan Resort Shorea yg artis2 selalu lepak tu
di Gunung Berembun
Quote rospinki 5-8-2019 04:40 PM
omputeh piyau dak ni..mata biru rmbut perang. kejap aku tgh guna telepthi utk tau serba sedkit apa yg terjadi. nti update
Quote tripleid 5-8-2019 07:18 PM
Kena sorok dgn makhluk halus la tu..tp mat saleh kn mane nk caya bnda2 otherworldly gini
Quote keronsang 5-8-2019 07:33 PM
rospinki replied at 5-8-2019 04:40 PM
omputeh piyau dak ni..mata biru rmbut perang. kejap aku tgh guna telepthi utk tau serba sedkit apa y ...

Telephati..wowww
Quote Nokiaman 5-8-2019 11:34 PM

sama macam kes acap je nie....
Quote kualibesi 9-8-2019 03:54 PM
so update?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top