CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamba Memandu Dengan Hanya Guna Kaki, Wanita OKU Kejutkan Warganet

31-7-2019 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2929| Komen: 9

Description: Kagum dan terlalu memberi inspirasi. Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang didapati memandu menggunakan kakinya membuatkan ramai tergamam.Memetik laporan ProjekMM, video yangdirakam itu menun ...
Kagum dan terlalu memberi inspirasi. Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang didapati memandu menggunakan kakinya membuatkan ramai tergamam. 

Memetik laporan ProjekMM, video yang dirakam itu menunjukkan Norfarrah Syahirah Shaari, 31 secara bersahaja memandu dengan hanya menggunakan kaki dan bukannya tangan seperti pemandu lain. 

Kredit foto: Twitter

“Tujuan rakaman untuk memberi inspirasi kepada masyarakat berkaitan diri saya sebagai OKU. Ia bagi mereka merasai pengalaman saya memandu di kawasan kampung,” ujar wanita berhati kental ini. 

“Akak tak anggap diri macam OKU, anggap macam orang normal. Bezanya ada tangan dengan tak ada tangan, itu saja,” katanya lagi. 


Farrah juga tidak mahu mengambil pusing tanggapan negatif orang lain terhadap dirinya. 


“Biarlah orang nak cakap apapun, biarlah nak kata. Yang penting kita buat apa yang kita nak dan kita tahu apa yang kita buat,” ujarnya. 

Dalam pada itu, rakannya Nur Fazila Jani yang memuat naik video berkenaan di laman Twitter mendapat ulang kicau lebih 10, 000 kali oleh warganet. - CARI 

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 31-7-2019 09:36 PM
Bagus kakak ni, berdikari dan tak rendah diri
Quote Lalalili66778 31-7-2019 10:15 PM
{:laugh{:laughu
Quote Sham143 31-7-2019 10:20 PM
Hidup kena diteruskan.. Jangan mudah berputus asa..Syabas puan..
Quote munchkin 1-8-2019 01:32 AM
Kenapa ada banyak2 kasut kat bawah tu. Tak bahaya ke?
Quote awanysss 1-8-2019 09:28 AM
amazinggg
Quote jijilaaa 1-8-2019 10:09 AM
ak tgk vid ni..ak plak rasa goyang nak naik dgn dia kalu dia drive...xbahaya ke drive guna satu kaki...i mean kalu kita drive 1 tangan pun time2 kita nak relax kan...most all the time drive guna 2 tangan

mcm mana dia nak buh gear? signal? omg camne dia adjust parking
Quote gigahertz 1-8-2019 11:02 AM
jijilaaa: ak tgk vid ni..ak plak rasa goyang nak naik dgn dia kalu dia drive...xbahaya ke drive guna satu kaki...i mean kalu kita drive 1 tangan pun time2 kita  ...

power stering xpe sis. kalau saga lama magma mengucap siap siap dan tulis wasiat kwsp atas nama i {:run
Quote Artemesiaa 1-8-2019 12:11 PM
Kalau kawasan kampung mungkin ok sebab tak banyak kereta kalau kawasan pekan atau bandar mungkin boleh membahayakan
Quote EvieWanKenobi 1-8-2019 01:21 PM
macamana dia pakai seat-belt?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044614 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top