CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Manusia Dan Haiwan Berkongsi 'Rumah'?

15-8-2019 10:49 AM| Diterbitkan: akulans| Dilihat: 3719| Komen: 6|Original author: Oleh: Akulans

Description: Bulan Julai 2019 hangat dan tular dengan rakaman video serta gambar haiwan liar memasuki kawasan dihuni manusia. Jom kita imbas peristiwa tersebut secara dekat.
Bulan Julai 2019 hangat dan tular dengan rakaman video serta gambar haiwan liar memasuki kawasan dihuni manusia. Jom kita imbas peristiwa tersebut secara dekat.




Bermula 16 julai lalu, sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh, Terengganu.



Kehadiran paus pembunuh ini disedari beberapa kakitangan Petronas. Mereka berjaya merakam detik bersejarah tersebut. 

Selang seminggu selepas itu, media kembali kecoh dengan dua ekor harimau belang yang dipercayai sesat dari hutan.



Pak Belang ini muncul dan berkeliaran di sekitar kawasan halaman rumah penduduk dan kawasan jalan raya di Bukit Besi, Dungun. Kehadiran raja rimba itu sempat dirakam penduduk dan pengguna jalan raya di situ. 

Apa yang menjadi tanda tanya mereka adalah spesies Harimau Malaya ini tidak bertindak agresif semasa hon dibunyikan. Malah, kelihatan jinak dan sempat menjilat lelaki yang terjatuh ketika melarikan diri dari haiwan tersebut.

Kerisauan penduduk reda apabila 'Awang Besul' berjaya ditangkap dalam kawasan belukar kira-kira 500 meter dari jalan utama kampung terbabit selepas ditembak dengan ubat pelali.

Namun, 'Awang Besul' yang disahkan positif menghidap Canine Distemper(bingung pemangsa atau kecelaruan otak) disahkan mati di Pusat Menyelamat hidupan liar Sungkai Perak pada 23 Julai 2019. 

Belum reda kisah 'Awang Besol' di Besol Lama, Dungun, 'Awang Hitam' pula muncul di Felda Belara, Kuala Nerus.

Pencerobohan haiwan ini berlaku sejak beberapa minggu lalu di kawasan Felda tersebut. 

'Awang Hitam' yang dirujuk penduduk setempat kepada seekor beruang matahari seberat kira-kira 70 kilogram. Namun, haiwan ini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

Kejayaan Perhilitan menyebabkan penduduk berasa sedikit lega daripada ancaman haiwan liar tersebut. 

Terbaru, penduduk di Lavender Heights di Senawang terkejut dengan kehadiran seekor tapir di kawasan perumahan tersebut. Pihak PERHILITAN dengan bantuan APM kemudian berjaya menangkap tapir tersebut dan dipindahkan ke lokasi selamat.

Pertembungan manusia dan haiwan bagaikan tidak dapat dielakkan lagi. Adakah haiwan tersebut yang menceroboh penempatan manusia atau kita semakin rakus merosakkan habitat mereka atas alasan pembangunan?

Sama-sama kita renungkan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 15-8-2019 11:34 AM
bukan harimau ini mati sakit ditepi jalan hari tu???
Quote zuuu 15-8-2019 11:53 AM
Perlu tanya lagi ke???sah2 salah manusia yg tamak haloba mmikirkn keuntungan smata2 sanggup mnceroboh kawasan hutan,paya mngakibatkn haiwan2 ni hilang tmpat tinggal n sumber makanan,bila dyorg masuk bandar jadi mangsa langgar pulak,ada yg mati sebab pnyakit,kebuluran...sedangkn haiwan jalanan pon susah nk survive n ada yg dibunh dngn kejam sedangkn dyorg x wat salah apa pun apatah lagi la haiwan liar yg kononnya berbahaya boleh mngancam manusia...sedangkan kita lupa kita lah punca masalah ini
Quote Artemesiaa 15-8-2019 11:57 AM
Bila kawasan mereka diceroboh atas sebab pembalakan pertanian atau pembangunan tak mustahil mereka pula akan menceroboh masuk kekawasan kediaman manusia pula
Quote RatuDunia94 15-8-2019 01:48 PM
Mereka hilang tempat tinggal sbb manusia nk conquer semua tempat kat dunia ni.. sepatutnya manusia berkongsi bumi ini dgn binatang juga.
Quote diggerr 15-8-2019 03:47 PM
Kita yang curi rumah deme
Quote videcloset 15-8-2019 05:08 PM
what a sad truth

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.218640 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top