CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Banyak Duit Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa? Boleh Cuba Trip Kereta Api Mewah Ini!

26-7-2019 10:17 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 8442| Komen: 27|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Selalunya, kalau kita melancong dan berjalan-jalan, seboleh-bolehnya kita akan mengrangkan harga pengangkutan kan?
Selalunya, kalau kita melancong dan berjalan-jalan, seboleh-bolehnya kita akan mengurangkan harga pengangkutan kan?

Cari harga tiket paling murah, tarikh bukan musim cuti dan kadang-kadang buat tempatan tiket sampai enam bulan sebelum perjalanan. Semuanya demi mengurangkan kos. 


Tetapi, kalau anda terlebih duit dan mahu merasai perjalanan super mewah sekali seumur hidup, apa kata cuba naik trip kereta api The Eastern & Oriental Express ini. 

Tidak perlu pergi jauh pun, boleh je naik di Kuala Lumpur. 


TRIP KERETAPI SUPER MEWAH DAN MAHAL. FOTO: INSTAGRAM


Keretapi E&O ini dilancarkan pada September 1993 dan membuat perjalanan menerusi laluan Singapura-Kuala Lumpur-Bangkok. 

Kalau sudah 25 tahun bertahan, maknanya memang ada pelanggan lah, kan yang sanggup membayar sampai harga yang paling murah pun sekitar RM11,000 seorang walaupun perjalanan tidak lama mana. 


ANTARA BILIKNYA...FOTO: INSTAGRAM

Kenapa mahal sangat ni? Sebabnya trip kereta api ini adalah super elit dan mewah. Ala-ala rasa macam kerabat diraja British zaman dulu-dulu. 

Hiasan dalaman gerabaknya bukanlah macam KTM, sebaliknya dinding dan perabotnya kayu mewah dengan perabot rekaan Asia. 

Makanan dihidangkan di atas pinggan seramik, minuman dituang dalam gelas kristal dan kutleri daripada perak yang terhidang di atas alas meja menggunakan kain linen. Amboi!


RUANG MAKAN MACAM TERASA MACAM BANGSAWAN BRITISH. FOTO: INSTAGRAM

Ada bar untuk minum-minum sambil berborak, siap ada pramusaji untuk melayan semua permintaan anda. Malah, makanannya dimasak cef terkenal dunia. 

Hiasan kabin tidur pula mewah dengan gemerlapan cahaya lampur kristal dan katil empuk. 


PRAMUSAJI, CHEF DAN PELAYAN TERSEDIA UNTUK ANDA. FOTO: INSTAGRAM

Selain itu, ada gerabak untuk melihat pemandangan di luar. Tingkapnya adalah cermin besar yang membolehkan cahaya matahari menembusi dan waktu malam, anda boleh menikmati keindahan langit. 

Waktu siang, anda mungkin nampak ladang kelapa sawit sajalah. 


GERABAK PEMANDANGAN CERMIN BESAR, NAMPAK SEMUA DI LUAR. FOTO: INSTAGRAM

Bilik kabinnya pula ada empat jenis; Pullman Single, Pullman, State dan Presidential. Yang paling murah Pullman Single (harga bermula ASD2,900 atau RM11,340) dan paling mahal adalah Presidential (harga bermula ASD6,400 atau RM26,349). 

Itu harga untuk seorang ya. Bilik ini dilengkapi penghawa dingin, bilik air, kemudahan hiburan 24 jam dan pelbagai lagi. 

PALING MURAH KL-BANGKOK....FOTO: WEB E&O

HARGA HARI BEKERJA, KALAU HUJUNG MINGGU BERAPA LAH AGAKNYA FOTO: WEB E&O

Tak tahu nak buat apa dengan duit yang berlebih-lebih tu? Bolehlah tempah trip mewah dan super mahal ini! - CARI
3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 26-7-2019 10:24 AM
untungla duit banyak....
Quote RumiMenari 26-7-2019 10:27 AM
Wonder siapa target market dia ye..sbb jarak dekat je..tp kl buat bizz mesti dh ade permintaan kan..
Quote Boomibulat 26-7-2019 10:43 AM
X pnh nmpk lalu pun..
Quote Cpkay 26-7-2019 11:07 AM
menarik.. tapi no thanks..
sis prefer beach
Quote CiliPadiSedap 26-7-2019 11:19 AM

lalu bawah tanah keluar dekat terowong kalipah nobita
Quote Boomibulat 26-7-2019 11:25 AM
CiliPadiSedap replied at 26-7-2019 11:19 AM
lalu bawah tanah keluar dekat terowong kalipah nobita

TeloWong belum siap dh blh lalu...?
Quote nanaiss 26-7-2019 11:27 AM
Cikepal bole la try.. kan kayo
Quote fofuler 26-7-2019 11:30 AM
Boomibulat: X pnh nmpk lalu pun..
Ada dia stop kat stesyen lama KL tu kekadang. Memang mewah gila, macam dalam cita omputeh2 tu
Quote sarah82 26-7-2019 09:08 PM
Wahhh..cantiknya decor dlm tu
Quote bloodyamuk 26-7-2019 11:26 PM
siapa suka style steam punk ala2 sherlock holmes memang akan letak wishlist naik keretapi ni...dia bukan pasal destinasi tapi experience dalam train...kot2 ada kes pembunuhan ke kan jadi la ko cerita murder on the orient express.
Quote moonbug 27-7-2019 01:17 AM
Cantik and mewah. Tapi tak mampu lah
Quote -Suri- 27-7-2019 09:30 AM
Cantik {:childlike
Quote Rahah 27-7-2019 04:12 PM
Seriously harga tiket train ni berbelas ribu... tau mahal je tapi tak sangka pulak mahal gila...

Sempat jugak i snap picture train ni haritu... sampai kena marah dengan staff kat situ....

Memang cantik tengok dari luar... rasa nak masuk je dalam train ni... mampu bergambar jela kat luar train... better I travel tempat lain dengan harga tiket ni...

IMG_20190727_161120.jpg
Quote amerald 28-7-2019 11:02 PM
Cantiknye...
Banyak duit boleh la
Quote dekmieDandy 31-7-2019 11:43 AM
pernah nampak haritu, tapi waktu tu kat depoh johor rasanya
Quote alkamil 31-7-2019 05:15 PM
wish list
Quote nisako 1-8-2019 11:41 AM
wow mahal jugak    train ni............. huhuuu
Quote andaman 1-8-2019 03:41 PM
giler wehhhh msti best! tp gegar2 gak kan mcm ketapi bese? sape nk blanjerr i naik...
Quote teddykuning86 2-8-2019 04:01 PM
Bestnyaaa... Tapi tak mampu. Huhu...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.220866 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top