CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Pernah Menyusahkan Mawar,"-Ibu Fizo Nafi Punca Penceraian

19-7-2019 06:19 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 237104| Komen: 2281|Original author: Oleh: Saiful

Description: Tak habis lagi isu penceraian di antara Mawar Karim dan Fizo Omar.
Tak habis lagi isu penceraian di antara Mawar Karim dan Fizo Omar.

Kali ini ibu Fizo, Hasnah Jidin, 59 tampil menafikan yang dia dan keluarga menjadi punca penceraian tersebut.


Foto: IG
"Ibu mana yang mahu anak mereka bercerai? Apatah lagi mereka mempunyai anak. Saya selalu nasihatkan supaya bersabar dan jangan bercerai. Walaupun orang kata dia anak mak, tapi saya tak pernah hasut yang bukan-bukan. Apabila timbul cerita mengatakan saya punca perpisahan mereka, rasa terkilan dan sedih sangat. Bukan saya puncanya.

"Selama ini, hubungan kedua keluarga baik saja. Malah, saya dengan Mawar pun baik. Kalau nak tahu, sudah enam bulan saya tidak tinggal bersama mereka," katanya kepada Harian Metro.

Sepanjang tinggal dengan Fizo dan Mawar, dia langsung tak pernah menyusahkan kehidupan mereka.


" Walaupun saya duduk dan tinggal bersama mereka, tapi tak pernah nak menyusahkan sesiapa. Dalam rumah tak pernah buatkan Mawar susah. Mawar pun baik orangnya.

"Semasa dia bersalin dan dalam tempoh pantang, saya yang menjaganya dan saya pun menjaga cucu. Pendek kata semuanya okey dan tak ada masalah.

" Apabila timbul isu ini, saya tak tahu nak kata apa. Bukan macam itu. Mungkin ramai tak tahu, sebelum Fizo berkahwin lagi kami sudah tinggal bersama. Malah, dia yang banyak menjaga saya selepas kematian suami."


Sementara itu Fizo menyatakan," Anak emak? Bagi saya itu rezeki saya. Dengan apa yang berlaku, Allah nak bagi kekuatan untuk saya menjaga emak dan keluarga. Saya memang anak emak sebelum kahwin dengan Mawar lagi. Hubungan saya dengan emak takkan berakhir. Emak adalah syurga saya sampai bila-bila.

"Setiap hari emak berdoa untuk saya, alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Jadi, tak salah kalau ada isteri, isteri kena faham. Kena ingat, tanggungjawab anak lelaki adalah tetap pada ibunya." 


Sebenarnya Fizo sendiri tak faham dengan kenyataan Mawar bahawa punca penceraian adalah berpunca dari campur tangan kelurga.

Disebabkan itu ibu Fizo mengalami gangguan emosi.

Doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka. -CARI 

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shroom_5 19-7-2019 06:31 PM
Kalau bukan campur tgn acik, mgkn campur tgn anak menantu acik
Quote azwanaliori 19-7-2019 06:31 PM
Cantik mak nye..
Quote cmf_premierleag 19-7-2019 06:35 PM
kene le kaver khueen..kut2 bleh pujuk mawar balik ke
baru tahu tersiksa kene hidup menyewa teres
Quote ezacbee 19-7-2019 06:39 PM
Baik acik tenang2 aje, dorg dah bercerai pun.. elok2 netizen dah diam kang terbongkar hal lain hehe
Quote bezita60 19-7-2019 06:40 PM
Masih tak sedar lagi.

Elok jgn kawin selagi mak kau hidup. Jaga je dia sampai akhir hayat. Itu baru betul nk menjaga

Quote Bersotong 19-7-2019 06:44 PM
sje je pahat bunyik kn?
Quote abangadek 19-7-2019 06:49 PM
propaaaaaaaaaa, mananye nak ngaku
Quote kamilaa 19-7-2019 06:54 PM
Hmmm {:cryrun{:cryrun
Quote Kitty_catz 19-7-2019 06:55 PM
" Jadi, tak salah kalau ada isteri, isteri kena faham. Kena ingat, tanggungjawab anak lelaki adalah tetap pada ibunya."


oh minta dijauhkan species laki mcm ni ..amin

Quote yellowfish 19-7-2019 06:56 PM
Dah terang lg nk sembunyi...
Quote Boomibulat 19-7-2019 06:58 PM
Edited by Boomibulat at 19-7-2019 06:59 PM

Fizo,laki oks,dsv,bdk pijak quran,mak fizo...next?
Quote amerald 19-7-2019 07:04 PM
Hahahaaa
Betul2 dia berdrama je
Ada je mak yang nak anak dia je bcerai
Akhirnya masuk perangkap jugak. Cerita sendiri yang keluar. Exwife elok je tutup aib family
Dari netizen tak tau. Akhirnya tau dari mulut pihak sana sendiri{:shy
Quote hzln 19-7-2019 07:04 PM
Iols cuma tertarik dgn ayat dah 6 bulan kluar dr rumah mawar...bakpo gi  tubik pulop mokcik? Kato molek2 jah belako takdok masaeloh gapo   
Quote kiwibenz 19-7-2019 07:04 PM
yellowfish replied at 19-7-2019 06:56 PM
Dah terang lg nk sembunyi...

Xsalah nak bertanggungjawab..tp pandai2 la. Mak tu letak la berjiran. Upah maid yang nurse tu. 1 rumah ngan menantu mmg panas. Isteri plak bekerjaya. Susah la sikit bro nak lentur
Quote mrsamz 19-7-2019 07:06 PM
Nape fizo n acik ni gelabah
Quote bakingsoda 19-7-2019 07:10 PM
takkan la dia nak mengaku " ye makcik mmg mertua dari neraka" . bagus la dah cerai, mawar dah takde nak makan hati, fizo tak jadi anak derhaka ye dak.
Quote tuttt 19-7-2019 07:14 PM
Acik anak acik kahwin 6 tahun, baru 6 bulan sebelum bercerai acik tak duduk skali. Ada la tu yg mawar makan hati tu
Quote grouper 19-7-2019 07:15 PM
Udah bercerai pun kan..no komen je la bila org tnya. Lama2 org lupa tapi bile dok bising2 cmni netizen mulut puaka mmg suka bergosip
Quote MissCarcosa9753 19-7-2019 07:20 PM
Ya mak kami percaya

Lihat semua komen(2281)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.367693 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top