CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

UnifiAir Serendah RM79 Sebulan Data Tanpa Had...Boleh Percaya Ke?

23-7-2019 04:51 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 7255| Komen: 48|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Murah-Murah Juga, Tapi Laju Ke Tak?
Bercakap soal Unifi/Streamyx ni memang ramai orang akan marah dan bengang. Selalu komplen adalah mahal dan susah. 

Mungkin sebab banyak sangat komplen dan berdepan persaingan penyedia internet lain, TM pun mula berubah hendak perkenalkan UnifiAir. 

Agaknya, selepas menteri beri amaran kepada TM supaya beri cadangan untuk tambah baik masalah jaringan internet dan harga dihadapi ramai penggunanya, barulah semuanya buat kerja. 

Tapi, tak kisahlah asalkan buat kerja kan...yang untung pengguna juga. 

Maklumat tentang UnifiAir ini bocor dalam internet baru-baru ini. Memang patut pun mereka ubah pelan, Malaysia ni antara negara paling mahal harga internet di dunia tapi capaian boleh buat orang semua naik darah! 


Antara kriteria terbaru UnifiAir adalah ia mobile. Sebelum ini, Unifi/Streamyx ni tak boleh bawa ke mana-mana. Menyusahkan kena ada dua internet, satu kat handphone, satu lagi di rumah. Jadi UnifiAir ni gabung semua sekali. 

Kemudahan kedua, tak perlu panggil technician lagi dah! Boleh pasang sendiri, mudah macam pasang simkad je! 

Dikatakan terdapat tiga pakej yang sangat murah untuk pengguna dengan pelbagai pilihan. 

Pakej paling mahal adalah RM79 sebulan dengan data tanpa had. Dan boleh dihubungkan dengan 64 peranti elektronik. Maksudnya boleh pakai di pejabat jugak la kan? 

CADANGAN PAKEJ 1. FOTO: GOOGLE

Pakej kedua berharga RM69 sebulan, pun dengan data tanpa had. Kedua-dua pakej data tanpa had, pengguna tak perlu bayar harga modem tu. Bagus jugak kan? 

CADANGAN PAKEJ 2. FOTO: TWITTER

Pakej paling murah berharga RM59 sebulan dengan kuota data 999GB. 

CADANGAN PAKEJ 3. FOTO: TWITTER

Jadi, kalau benar harga yang ditawarkan sangat murah dan tidak banyak masalah capaian internet, rasa-rasanya ramai akan bertukar balik kepada TM tak? Atau anda akan kekal dengan internet sekarang? - CARI 
1

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 23-7-2019 04:57 PM
Urmmmmmmmmm...mmg laju ke?dan yakin kalau hujan tiada gangguan kelajuan ittew?
Quote jalfa 23-7-2019 05:03 PM
Wow boleh la amik 999 gb...aku ada 3 line digi,umobile n yodoo.semuanya hanat
Quote monreyes 23-7-2019 05:14 PM
Edited by monreyes at 23-7-2019 05:15 PM

aritu kan TM dah offer pakej ni kat existing client mereka thru webe (now unifi)..
setiap org dapat 5 lines, monthly...79..69..59..49..49...
mula2 aku amik 5...
now tinggal 3...mmg unlimited...
now hot spot upgrade dari 10GB ke 20GB...
tethering kena bayor asing...


Quote ezacbee 23-7-2019 05:16 PM
Dah ada ke?
Quote buragazz 23-7-2019 05:18 PM
Aku baru je migrate semula ke Celcom from Unifi (Webe) line cam herem kat sini.. tapi rumah still guna Unifi la sebab land line nya stabil dah laju..
Quote l0g0ut 23-7-2019 05:19 PM
kuota je tanpa had..... speed confirm ada had..... paling laju dia bagi pun mesti 5mbps
Quote CiliPadiSedap 23-7-2019 05:20 PM
xlaju pun, lagi laju smartphone sis vokuru.
Quote dino 23-7-2019 05:46 PM
p1 la tu haha
skrg aman2 dgn time 100mbps rm100 sajork
Quote Asdan 23-7-2019 06:24 PM

yg 59 ringgit memang ada ke? kontrak berapa bulan?
Quote vespa_oren 23-7-2019 07:05 PM
setakat pkai line unifi mobile, xyah lah
Quote prizadane 23-7-2019 07:09 PM
dino replied at 23-7-2019 05:46 PM
p1 la tu haha
skrg aman2 dgn time 100mbps rm100 sajork

Haha..kan dino. Iols sejak pakai time, memang dah tak berpaling tadah lagi dah. Tapi aku punya pakej RM139 untuk 500mpbs. Dulu pakai unifi, asyik la problem. Ni risau gak if pindah landed, time tak cover pulak area tu
Quote miszclassique 23-7-2019 07:11 PM
Baca boleh..percaya jangan
Tak ku caya lah TM ni nanti bulan depannya call paksa2 upgrade.. Haktuih
Quote noraidil_06 23-7-2019 07:14 PM
Koi pakai unifi, 2 minggu x de line segala carut dh keluar Ni. Membazir byr bil
Quote Asdan 23-7-2019 07:26 PM

minta cadangan,

apa nak pakai kalau setakat nak tengok drama & youtube?
Quote aleesyasofia 23-7-2019 07:28 PM
nyampahlah iolss dgn tm nie.. dh upgrade pon xde line pon.. xabis2 dok btulkan kabel.. hanat betul.. {:dot
Quote orkid_amani 23-7-2019 07:30 PM
Ntah la..rumah Aku belakang Bukit..TM ja yg boleh access..masuk area rumah semua Telco takdak coverage. Kalau Ada pun 1,2bar ja..padahal rumah dlm area segi tiga emas.
Quote meow_tompok 23-7-2019 07:35 PM
dino replied at 23-7-2019 05:46 PM
p1 la tu haha
skrg aman2 dgn time 100mbps rm100 sajork

untung dino dpt TIME. sini harap maxis dgn unifi je la.
Quote meow_tompok 23-7-2019 07:38 PM
Asdan replied at 23-7-2019 07:26 PM
minta cadangan,

apa nak pakai kalau setakat nak tengok drama & youtube?

aku pakai maxis rm89 + rm10 for unlimited phone calls dpt 30mbps. Itupun dah sujud syukur drp dulu pakai streamyx rm110 utk 1mb je
Quote dino 23-7-2019 07:56 PM
prizadane replied at 23-7-2019 07:09 PM
Haha..kan dino. Iols sejak pakai time, memang dah tak berpaling tadah lagi dah. Tapi aku punya pak ...

nanti kite pindah tak dpt la gituh..
100mbps tu layan netflix youtube 4k pun no hal haha

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.350483 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top