CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Tak Malu Badan Bau Ketiak" - Reza Hasbi Kini Kontraktor Kampung

3-6-2019 10:04 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 10122| Komen: 39|Original author: Oleh: top5complete

Description: Beberapa hari yang lalu, pelakon Reza Hasbi mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon sehingga terpaksa meminta duit dari keluarga. Situasinya itu menerima pelbagai reaksi netizen.Foto ...
Beberapa hari lalu, pelakon Reza Hasbi mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon sehingga terpaksa meminta duit daripada keluarga. Situasinya itu menerima pelbagai reaksi netizen.


Foto IG: Reza Hasbi

Ramai yang menyalahkan dan mempertikaikan caranya meminta bantuan zakat kerana beranggapan dia seorang pemalas dan hanya tahu bergantung harap dengan dunia hiburan.

Enggan terus-menerus dihina netizen, Reza Hasbi berkongsikan pekerjaan sampingannya di kampung demi mencari sesuap nasi untuk keluarga. 

"Aku tak malu dengan kehidupan aku seperti mereka perkatakan. Walaupun aku artis, tapi aku sedar di mana aku dulu.


"Aku maafkan mereka yang menghina kehidupan aku. Ni masa aku tiada tawaran berlakon sebelum puasa hari tu. Aku ambil upah buat siling rumah orang.

"Aku tak malu berpakaian seperti itu, aku tak malu badan bau ketia, aku cari rezeki demi anak isteri aku," ujarnya.



Memetik laporan mStar Online, Reza Hasbi mendedahkan dia pernah meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan, itu kerana lebih dari dua bulan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

"Jangan disebabkan perkataan aku rasa macam nak minta zakat, korang memaki hamun aku ikut suka hati.

"Aku maafkan dengan senang hati sebab ramai yang membantu dan mendoakan aku. Sayang korang semua," katanya kepada mStar.



Reza Hasbi juga berasa kesal dengan pihak produksi yang menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran lakonan.

Penerbit Datuk A.Aida beranggap pelakon itu tidak reti bersyukur dengan bantuan yang diberikan selama dua tahun ketika mengikat kontrak bersama syarikat produksinya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 3-6-2019 10:06 AM
gigih pulak show off ambik upah buat siling badan bau ketaik bagai..sebelum ni cerita hanya membiawak dan makan pun mak bapak bagi..lepas kena kecam dan2 la bgtau ada buat keja jugak..
Quote manehnya 3-6-2019 10:12 AM
Salahkan produksi naper

Kalu dah watak x sesuai.. produser x bekenan mmg krik krik la
Quote nononcrux 3-6-2019 10:19 AM
kerja banyak tak kan nak tunggu belakon je.. alahai saje la tu
Quote biozipstar 3-6-2019 10:20 AM
ohhhh kalau betul2 perubahan positip okay lah. sebab tu atlis kena ada SPM n skills. kalau x berapa nak laku, dgn tu lah kita survive, nak2 mak pak bukan orang senang. kalau mak pak orang senang, takde SPM pun orang malas amek port. moga ko boleh survive dgn kerja apa2 selain pelakon. kalau jadi technician ke, operator pun boleh, janji boleh bagi anak bini makan.
Quote Daisyna 3-6-2019 10:57 AM
okey lah kan ,usaha juga cari rezeki untuk keluarga,dari si hangsuang suhaimi saad tu,kirim salam
lah ye.
Quote bb_xo 3-6-2019 11:07 AM
Annoying la pulak
Quote umbut 3-6-2019 11:09 AM
Mana ada artis harap duit berlakon je. Byk jadi duta,niaga,kerja bagai.. kau kerja ler apa2 kilang company,niaga ke... malas betui
Quote epis 3-6-2019 11:19 AM
Kalau bau ketiak pon apa nk malu, bau dari diri sendiri gak...
Quote luluaurora 3-6-2019 11:32 AM
xpa, rejeki halal,
cumanya  xperlu heboh sana sini,
siang construction, malam leh grab,
kalau ada qualification apply keja offce
Quote Ivysaur 3-6-2019 11:40 AM
Bagus dik... Buat la apa kerja pun selagi mampu
Quote truesonic 3-6-2019 11:44 AM
Boleh plak feeling2 posing masa bekerja
Quote goss79 3-6-2019 12:12 PM
so ada je keje kat kg tu, ada lah income sebenarnya. cuma xde lah hidup bermewah2..
Quote ciknam 3-6-2019 12:14 PM
RIP la dunia seni untuk mu..
Quote myakayina 3-6-2019 12:19 PM
aku tak pernah tengok pun muka dia ni berlakon sebelum2 ni.. jadi artis ni tak seindah yg disangka dik..klu untung sabut timbul..klu untung batu tenggelam...cari jela kerja biasa..asalkan halal..
Quote imanda 3-6-2019 12:29 PM
poyo je.
dah tau xmo kena kecam watpo update kat IG meratap mcm jatuh teruk sgt hidup tu.
Quote hanna88 3-6-2019 12:37 PM
Itu lah dia pergi meluah di socmed macam tak de kerja langsung..kan dah dikecam..padahal ada je dia bekerja tu kan
Quote misstakkepoh 3-6-2019 12:54 PM
Market diri sendiri lettew..acah nak viral..konon nanti ada lah org ambik berlakon..
Quote keknaih 3-6-2019 12:58 PM
okaylah tu. takda wow factor yg boleh buat dia berlakon drama letops
Quote keknaih 3-6-2019 12:59 PM
tapi yang penting halal. good for you bro

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.066491 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top