CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Uqasha Fokus Pada Kerjaya

26-9-2013 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4096| Komen: 3

Description: Kehadiran Uqasha Senrose, 20 Iaitu Kakak Kepada Nellydia Senrose Mula Menarik Perhatian Ramai.



KEHADIRAN Uqasha Senrose, 20 iaitu kakak kepada Nellydia Senrose mula menarik perhatian ramai.

Namun, bukan kisah kerjayanya yang diberi perhatian, sebalik kisah cinta demi kisah cinta yang menjadi buruan ramai.

Bagaimanapun bagi Uqasha sendiri, biarpun masyarakat lebih memberi tumpuan terhadap kisah cintanya bersama Pekin Ibrahim, 32, fokus utamanya sejak mula lagi adalah perjalanan karier yang baru sahaja bermula.

"Biarpun orang asyik bertanya soal cinta, sejujurnya saya lebih selesa orang memberi perhatian kepada kerjaya saya kerana sememangnya itu fokus utama saya ketika mula-mula berkecimpung dalam industri seni.

"Malah kerjaya saya tidak sedikit pun terjejas dengan segala perhatian  diberikan dan jadual penggambaran saya juga padat dengan beberapa penggambaran. Minggu ini filem lakonan saya Becinta akan ditayangkan di pawagam," ujarnya.

Uqasha yang sudah dirisik Pekin Julai lalu mengakui, dia belum membuat sebarang keputusan lagi bila majlis perkahwinannya akan diadakan, apatah lagi dia begitu sibuk kini.

"Semuanya terserah pada jodoh. Apa yang pasti bukan tahun ini ataupun tahun depan. Lagipun, hubungan kami baik-baik saja dan berjalan lancar," jelasnya.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NaylaArisha 27-9-2013 06:15 PM
tengok dia berlakon dalam astro ceria...

adik beradik ni mmg stok2 astro ceria ke?
Quote yayah8989 30-9-2013 10:40 AM
ok fokus jela. takde org nk halang
Quote estrelle 9-10-2013 09:07 PM
poyo minah ni...berlakon tak seberapa....nextt....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046617 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top