CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Persoal Ketelusan Program MySalam

8-4-2019 06:06 PM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 2945| Komen: 17|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, hari ini melalui hantaran facebook miliknya membangkitkan ketelusan program MySalam. Beliau mempersoalkan jumlah tuntutan yang dibayar setakat in ...

Kredit Foto: Sinar Harian

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak, hari ini melalui hantaran facebook miliknya membangkitkan ketelusan program MySalam. Beliau mempersoalkan jumlah tuntutan yang dibayar setakat ini tidak berbaloi berbanding wang yang telah dibayar kerajaan kepada syarikat insurans yang mengendalikan program MySalam tersebut.

Menurut Najib,  program MySalam yang telah bermula 1 Januari lepas, hanya menerima sebanyak 1,094 tuntutan setakat 4 April 2019 dan daripada jumlah tuntutan itu, hanya 97 tuntutan bernilai RM40,200 yang telah dibayar kepada rakyat.

Najib melahirkan kekecewaan kerana syarikat insurans dari Singapura yang dianugerahkan projek MySalam itu telah mendapat manfaat yang lebih berbanding rakyat Malaysia.


"Untungnya syarikat Singapura itu yang diberi projek MySalam ini, dapat projek insuran RM2 bilion tetapi hanya perlu bayar tuntutan RM40,200 setakat ini, ataupun purata RM414 setiap tuntutan.

"Kalau hanya terima 1,000 tuntutan pada 3 bulan pertama, maka untuk 1 tahun mungkin dapat 4,000 tuntutan. 

"Tak apa, kita bagi chance, kita naikkan kepada 40,000 tuntutan.

"Maka 40,000 X RM414 setiap tuntutan = RM16.5 juta ringgit setahun tetapi yang dibayar ialah RM2 bilion," katanya lagi dalam hantaran tersebut.

Najib juga bimbang kerana program MySalam itu bakal menjejaskan syarikat insurans tempatan. Hal ini kerana menurutnya, syarikat insurans dari Singapura itu telah memperoleh database butiran peribadi 3.8 juta rakyat Malaysia, sekaligus mampu menguasai pasaran tempatan.

Kredit Foto: Sinar Harian

Terdahulu, hari ini di Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan Sinar Harian, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah telah bangun menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu jumlah penyertaan golongan berpendapatan rendah B40 dalam skim MySalam.

Selain fakta yang telah diulas oleh Najib, Amiruddin turut menjelaskan  bahawa seramai 3.8 juta daripada golongan B40 dijangka layak menjadi penerima skim tersebut yang bertujuan mengurangkan bebanan mereka akibat kejutan kewangan sekiranya berlaku kemasukan ke hospital atau penyakit kritikal. Amiruddin turut menjelaskan pada fasa pertama skim tersebut akan dijalankan selama lima tahun. -CARI
2

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JokesCop 8-4-2019 07:31 PM
Kementerian Kesyaitanan.
Quote apam 8-4-2019 07:45 PM
macam mana perkara ni boleh berlaku? menteri yg berkaitan bekerja untuk negara luar ke?
Quote safriehalim 8-4-2019 07:58 PM
Edited by safriehalim at 8-4-2019 08:26 PM

Daripada bagi RM2 bilion kepada syarikat insurans Singapura tu lebih baik buat hospital baru atau beri bantuan tunai pada pesakit yang layak.

Semua syarikat insurans nakkan keuntungan, daripada semua yg mencarum, tak sampai 30% yang akan membuat tuntutan.

Macam dlm kes ini pasti tak sampai RM200 Juta yang akan dikeluarkan oleh syarikat Insurans tp mereka dah dapat RM2 bilion setahun.

Kalau tahun pertama syarikat tersebut yg sumbang RM2 bilion  tetapi untuk baki 4 tahun lagi, pasti kerajaan yg kena tanggung. Mana Ada syarikat Insurans yg nak rugi.

Menjaga kebajikan kesihatan rakyat sepatutnya peranan kerajaan tetapi PH ni nak lepas tangan dan pindahkan peranan tersebut kepada syarikat Insurans dlm pada masa yg sama menguntungkan syarikat insurans tersebut.

Quote brego 8-4-2019 09:33 PM
Edited by brego at 8-4-2019 09:34 PM

giler ah. DAP dan PAP adik beradik.
aset TM jatuh harga, jual murah kat spore.
projek insurans berbilion bagi kat spore.
kandang babi milik towkey spore di melaka, di besarkan.
apa lagi lepas nih?

now see for yourself malay people,
bila komunis dah pegang kuasa,
dengan rakus cainis kiasu share kekayaan sesama dia.
Quote baghal_bortuqal 9-4-2019 12:06 AM
Jgn kau persoalkan cerdik pandai saviour of the country ni buat kerja hokehhhhh

++++++++

"Lim said mySalam’s RM2 billion seed fund will be used to pay the RM112 premiums for every person qualified for the scheme.

“This premium is set at a cost rate, without any profit for the insurance company,” he added.

The scheme will provide free medical coverage to qualified recipients against 36 critical illnesses.

Recipients of mySalam will receive one-off payments of up to RM8,000, and daily payments as (income replacement in the event of hospitalisation) for up to 14 days at RM50 per day or RM700 per year.

Coverage under the scheme commences Jan 1 next year, and the scheme’s registration and takaful claims can be made from March 1."
Quote baghal_bortuqal 9-4-2019 12:09 AM
( RM 112 sebulan satu kepala )  x  3.69 jota rakyat... Berapa tu ek sebolan? Premium dpt Kat great Eastern?
Quote safriehalim 9-4-2019 12:21 AM
Edited by safriehalim at 9-4-2019 12:23 AM
baghal_bortuqal replied at 9-4-2019 12:09 AM
( RM 112 sebulan satu kepala )  x  3.69 jota rakyat... Berapa tu ek sebolan? Premium dpt Kat great E ...


Ye great Eastern, untunglah masuk 2Bilion setahun. Setakal awal April baru 40 ribu lebih tuntutan yg dibayar. Mungkin setahun 120 ribu yg dibayar pada rakyat. Terlampau bijak.
Quote baghal_bortuqal 9-4-2019 07:31 AM
safriehalim replied at 9-4-2019 12:21 AM
Ye great Eastern, untunglah masuk 2Bilion setahun. Setakal awal April baru 40 ribu lebih tuntuta ...

Kan akauntan tersohor dah cakap kadar premium RM 112 sebulan itu kadar 'tarak huntong' utk GE.

Jgn kau persoalkan pulak kebolehan munturi kewayangan Kita yg dikasihi ni
Quote apam 9-4-2019 08:20 AM
baghal_bortuqal replied at 9-4-2019 12:06 AM
Jgn kau persoalkan cerdik pandai saviour of the country ni buat kerja hokehhhhh

++++++++

SEED Fund sampai 2 biliion? Tu bukan level tongkat lagi dah, tu dah sampai nyonyot tetek.

Quote lkick2113 9-4-2019 08:54 AM
baghal_bortuqal replied at 9-4-2019 12:06 AM
Jgn kau persoalkan cerdik pandai saviour of the country ni buat kerja hokehhhhh

++++++++

No such thing as free lunch lah nobita
Quote relaxjek 9-4-2019 09:09 AM
Abis duit rakyat mcm ni.. jahanam negara bawah ph.. ayuhh semua rakyat malaysia harus menolak ph..
Menteri kewangan dari dap..ape la yg bole diharapkan sgt
Quote rospinki 9-4-2019 09:16 AM
apa2 yg berkaitan insurans saya memang tak percaya
ada udang disebalik batu
ada kira2 utk kelepet masuk poket kroni
madet dan kroni tiada dpt dipisahkan
Quote tengah_bosan 9-4-2019 11:02 AM
wonder for the next GE diorang boleh bertahan lagi tak?
Quote baghal_bortuqal 9-4-2019 11:15 AM
apam replied at 9-4-2019 08:20 AM
SEED Fund sampai 2 biliion? Tu bukan level tongkat lagi dah, tu dah sampai nyonyot tetek.

Jgn Lupa,

GE bagi 2bn.
Dot balik huntong 66 jota lepas 5 tahun.
(RM 112 satu kepala sebulan x 5 tahun).

Tu belom lagi untung dari kadar 'premium tarak huntong' according to munturi kewayangan kesayangan kita ni.


And for what exactly GE buat for mysalam? Nothing apparently.

Menteri kewayangan juga beritahu bahwa gomen handle everything for mysalam.


Hamekawwwwww.....
Quote willow12 9-4-2019 11:31 AM
Screenshot_20190409-112608.jpg
Screenshot_20190409-112634.jpg

KUALA LUMPUR, April 8 — The Finance Ministry revealed that only two out of over 1,000 claims made under the mySalam health scheme have received the RM8,000 lump sum benefit for critical illness to date.

Free Malaysia Today reported that Deputy Finance Minister Amiruddin Hamzah told Dewan Rakyat today that his ministry received 1,094 claims under the mySalam scheme operated by Great Eastern Takaful Berhad as of last Thursday, out of which payments were made for only 97 claims to date.

The mySalam scheme under the Finance Ministry came into effect last January 1, which denies coverage to Malaysians diagnosed with any of 36 critical illnesses before that date, and allowed beneficiaries to make claims starting last March 1.

“To date, we have paid out RM40,200 for 97 claims. Of these, 95 were for hospital admissions and the remaining two for cases of critical illness,” Amiruddin was quoted saying.

He reportedly said processing claims usually took up to a fortnight.

It is unclear if the extremely low 0.2 percent rate of critical illness payouts were due to Great Eastern’s rejections, or because most of the insured did not file for the critical illness lump sum payment and only applied for hospitalisation benefits.

The government-run mySalam scheme provides an RM8,000 lump sum payment upon diagnosis of any of 36 critical illnesses for the bottom 40 percent (B40) of income earners aged between 18 and 55.

The scheme also provides RM50 daily hospitalisation income replacement up to RM700 annually for the B40 who get treated at government hospitals.

Critics have charged that the strict critical illness definitions under the mySalam scheme followed traditional commercial health insurance, questioning if Great Eastern would end up denying coverage to many Malaysians, besides those already disqualified for pre-existing conditions.


6
Quote willow12 9-4-2019 11:35 AM
Edited by willow12 at 9-4-2019 11:37 AM

Byq premium bilion2, nak approve claim for critical illness (lump sum 8k) pun payah. Dari 1000 lebih claim yg depa buat, baru lepas 2 kes.
Quote kakaro940 9-4-2019 03:31 PM
rasakan cina klu da pegang kuasa mcm negara ni dorg yg punya...tu la bhya nya klu cina ni..aku takut ja hak org melayu dorg hapus terus ..menderita rakyat yg xmampu ni..nak harapkan mahathir sikit2 ckp melayu pemalas..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.221687 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top