CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kumpulan NAMA Memukau Juri, Mara Ke Final Asia's Got Talent

30-3-2019 01:30 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4447| Komen: 17|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Kumpulan NAMA Memukau Juri, Mara Ke Final Asia’s Got Talent
Kumpulan vokal wanita Nama dan pelajar, Yaashwin Sarawanan yang juga dikenali sebagai Manusia Kalkulator bakal mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Asia's Got Talent Musim Ketiga apabila masing-masing memberikan persembahan yang memukau pada pertandingan separuh akhir minggu ini.



Kredit foto: Youtube


Memetik berita The Star, seorang ahli kumpulan Nama, Nur Fazrina Mohd Ani, 28 berkata mereka tidak menjangka akan berjaya ke final. Dalam episod separuh akhir yang ditayangkan malam tadi, kumpulan itu manjadi Pilihan Juri dan secara automatik layak ke final atas keputusan juri David Foster, Anggun dan Jay Park.



Anggota kumpulan Nama yang terdiri daripada Nur Fazrina; Noor Syamimi Makhetar, 24; Nor-fazira Malik, 24; and Nur Farahida Dolhadi, 24 mula berkenalan ketika menyertai festival seni di Universiti Malaya lalu menubuhkan kumpuan mereka pada tahun 2017.



Kredit Foto: Youtube



Mereka kini dikatakan gigih berlatih empat hingga lima kali seminggu untuk persembahan akhir bagi merebut wang kemenangan bernilai US$100,000 (RM407,500). Menurut mereka, jika menang mereka akan menggunakan wang itu untuk mengeluarkan sebuah single dan seterusnya album.


Kredit foto: Carian Google


Kemenangan Nama amat manis berikutan banyak komen netizen dalam persembahan mereka semasa peringkat ujibakat. Mereka dikritik kerana dikatakan mempunyai harmoni suara yang tidak mantap dan pakaian yang terlalu kasual 'seperti makcik kantin ke kelas zumba'.


Kredit Foto: The Star


Bagaimanapun, persembahan mereka kali ini memukau ramai. 


Kredit foto: Youtube


'Tahniah NAMA... Aku mmg suka yg semi finals banyak improve... Dan pemilihan pakaian lebih kemas cantik style banding ujibakat yg ala2 mcm senam robik haha... Gud luck final nnti perbaiki lagi dan buat lagi baik persembahan nnti... Dh sampai final pun dh cukup membanggakan rakyat Malaysia' kata seorang netized di Youtube.


Seorang lagi berkata beliau merasa menyesal kerana salah menilai kumpulan itu dahulu ketika persembahan ujibakat.


Kredit foto: Youtube


'Wow I totally misjudged them. With a stylist, a good song choice (not great, but better than first auditions) and a changed choreography style they improved so much from their zumba-esque performance. I'm glad Jay & Anggun passed them' kata seorang lagi.


Bagaimanapun, peminat berharap kumpulan Nama akan terus berusaha dan mengambil positif komen David Foster supaya berjaya di peringkat akhir. Tidak ketinggalan, salah seorang ahli kumpulan itu , Nur Farahida Dolhadi mengucapkan terima kasih kepada sokongan peminat mereka di ruangan komen.


Kredit foto: Youtube


Semoga berjaya diucapkan kepada kumpulan NAMA! - CARI
4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 30-3-2019 07:48 PM
Wahh semoga berjaya
Quote top5complete 30-3-2019 10:10 PM
jadi ada aku kesah ke?
Quote Sazida 31-3-2019 09:11 AM
kalau mng duit nk buat single n kua album. Hmmm bakalan sendu to the max. Sorry NAMA, sejak awal hingga skrg xtau kenapa aku rengsa dgn korang.
Quote tikusmontok 31-3-2019 10:24 AM
Beshe beshe jer..skala menguap 8
Quote lostfaith 31-3-2019 10:43 AM
Tak sedap pun. biasa biasa sahaja.
Quote @pplegreen 31-3-2019 10:44 AM
Suara ok even yg tiding ijo tu dpt pujian dr jay park tu. kena upgrade bab menari tu mmg kelaut la
Quote Shirley23 31-3-2019 02:01 PM
Baik guna duit tu ke arah lain daripada buat album. Ini Msia dek album uols bakalan sendu dan x laku . De Fam yang super cantik dan pandai menari tu pun sederhana jer populariti di Msia inikan pulak chuols yang berhijab .
Quote NmeeraR 31-3-2019 04:06 PM
Besye besye je..
Tapi sesuatu yang boleh dibanggakan.

Buka senang Malaysia nak pi Final. Aku ingat sorang je wakil malaysia kat Asia Got Talent.
Magician tu... rasa dia lagi okay kot..

Apa -apa pun. iuols ok jee. Janji harum nama Malaysia sudah.

Chaiyokk! NAMA. Leklok bawa 'nama' Malaysia.

Quote Fettybombom 31-3-2019 04:26 PM
Kekuatan nama kt harmoni..xde grup pompuan kt malaysia yg mcm ni..fokus kat lagu yg sedap ye mcm semi ni..dance xperlu lbh,mcm no body but u dance style pon ok.kqlo xdance pon buat gerakn yg dramatik ikut kerancakn lagu ..xmau girl dance grup,tp terpacak angat tgn je pon xmau...all dbest
Quote Fettybombom 31-3-2019 04:36 PM
Org filipina byk respon bagus kt nama..suka keadaan cm ni nmpk harmoni je
Quote Zep 31-3-2019 07:30 PM
So kampung. menang lah sekalipun tetap hauk.
Quote merrissa 1-4-2019 06:38 AM
Ntah la bg aku bese je.... ak dgr x abis pon persembahan deme sb bingit hehehe.... sorry ler kpda peminat2 NAMA....
Quote bakingsoda 1-4-2019 11:09 AM
ingat sy je rasa tak outstanding pon nama ni, awkward ada la. dah mcm ala2 minta undi guna modal hijab, kekonon walaupon berhijab kami boleh berjaya. sebenarnya kebanyakn penyanyi kat got talent membosankan, kita nak tgk talents yg unik dan wow, menyanyi dgn menari blh masuk competitions lain ok.
Quote Artemesiaa 1-4-2019 11:15 AM
Masih perlu penambah baikan untuk benar2 dapat wow.  Tarian ok ler sikit dari peringkat dulu yang ala2 pelek je banyak.  Yang pakai tudung hijau tu banyak membantu memanstikan mereka masuk peringkat akhir.
Quote paanz 1-4-2019 11:39 AM
boleh la.
bagi aku masa semi final performance tu, prop yang dieorang pakai dgn lighting tu kena.
plus lagu dieorang bawak tunjuk something improvement dari audition mula2.

sebab tu boleh pikat juri.
Quote renko 1-4-2019 01:16 PM
apa yang memukaunye
mcm koir sekolah je
Quote duricinta 1-4-2019 01:46 PM
X terpukau pun

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060073 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top