CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangki Berisi Mayat Sudah Dibersihkan, Bekalan Air Pulih

28-3-2019 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5082| Komen: 24

Description: Tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 telah selesai dibersihkan dan bekalan air di Palong 12 hingga 16 pulih sepenuhnya hari ini.Harian Metro melaporkan bekalan air ...
Tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 telah selesai dibersihkan dan bekalan air di Palong 12 hingga 16 pulih sepenuhnya hari ini. 

Harian Metro melaporkan bekalan air di kawasan itu ditutup sejak Ahad hingga Selasa lalu bagi mengeluarkan air dan mencuci tangki berkenaan, menurut Ketua Bahagian Awam SAINS, Norzita Ismail. 

“Hasil siasatan SAINS di kawasan gangguan mendapati, semua pengguna telah mendapat bekalan air sepenuhnya, tiada lagi berlaku sebarang gangguan bekalan air di kawasan berkenaan,” katanya. 

Sebelum ini, kecoh apabila mayat seorang lelaki berusia 22 tahun ditemui terapung dalam tangki berkenaan. 

Foto: Harian Metro

Mayat itu dipercayai seorang lelaki telah dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya sejak 10 Julai tahun lalu. 

Ia ditemui pekerja SAINS yang melawat kolam itu bagi melihat dan menyukat air dalam kolam berkenaan. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 28-3-2019 07:21 PM
So selama ni org kat kawasan tu guna air yg da tercemar dgn mayat reput la ye. Omg
Quote CiliPadiSedap 28-3-2019 07:41 PM
nasib baik kemarau ada usaha check bekalan tangki air cuba kalau musim hujan? kenyang betul.. moga suspek berjaya di tangkap
Quote top5complete 28-3-2019 07:48 PM
sedap ke minum air mayat
Quote che-cikL 28-3-2019 07:50 PM
Laahaai... Pekerja SAINS sendiri. Maknanya lepas dia buat pemeriksaan tu jauh lah pula tempoh utk pemeriksaan selanjutnya. Maksud saya, pemeriksaan kan biasanya berkala. Ke yg jumpa ni pun sebab jadual pemeriksaan dah sampai, tu yg blh terjumpa tu
Quote kroit92 28-3-2019 07:55 PM
ngerinya. macam mana boleh masuk dalam tangki tu
Quote buapakperut 28-3-2019 08:03 PM
orang kita kan suka sangat boikot air spritzer dari taiping ke apa tu.kononnye air bawah jirat cina. ni ha dah merasa live air mayat. nak sangat rasa air mayat.
Quote Orix 29-3-2019 01:23 AM
Mayat tu since 10 Julai tahun lepas ?????? {:thief
Quote batmana 29-3-2019 06:45 AM
benda dh jadi, nk wt cmne

mohon CEO Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) turun di Felda Palong 12
pastu buka paip tu, tadah dlm cawan, kemudian minum dpn org felda

untuk membuktikan air tu benar2 sudah bersih.
Quote Babanana 29-3-2019 07:14 AM
Patut tunjuk news ni kat budak2 sekolah yang suka sangat panjat tangki. Haa bape bulan mayat baru nak jumpa.
Quote dewi_rina 29-3-2019 07:43 AM
Euwwww
Dari tahun lepas minum,mandi,makan guna air mayat
Confirm pucat2 muka sape yg pernah guna tu
Sadis betul
Quote Mulotkoyak 29-3-2019 08:17 AM
top5complete: sedap ke minum air mayat

Tangki kawasan ko tu dh confirm bersih ke sis? Ko yg slalu check ke?
Quote jazaa100 29-3-2019 09:17 AM
che-cikL replied at 28-3-2019 07:50 PM
Laahaai... Pekerja SAINS sendiri. Maknanya lepas dia buat pemeriksaan tu jauh lah pula tempoh utk pe ...

Bln aug18 last check....tapi knp x jumpa....kena check sapa yg check tu
Quote kucingitam 29-3-2019 09:33 AM
che-cikL replied at 28-3-2019 07:50 PM
Laahaai... Pekerja SAINS sendiri. Maknanya lepas dia buat pemeriksaan tu jauh lah pula tempoh utk pe ...

bukanlah..pekerja SAINS yang jumpa mayat tu, masa drg check paras air baru2 ni.

Quote moonbug 29-3-2019 11:08 AM
Macam mana la arwah boleh end up dalam tangki tu
Quote lee_sakura 29-3-2019 11:28 AM
agak2 penapis air laku keras tak sekarang ni
Quote Artemesiaa 29-3-2019 12:15 PM
Jadi pengajaran buat semua lepas2 ni harap lebih kerap pemeriksaan dilakukan agar kes sebegini tak berulang
Quote moonbug 29-3-2019 02:26 PM
Pasang cctv kat tangki air lepas ni
Quote arm_band 29-3-2019 04:30 PM
minum air mayat la apa laa.... korang dah lupa konsep 2 kolah ke? tak nampak besar mana tangki tu?
Quote lee_sakura 29-3-2019 04:52 PM
jazaa100 replied at 29-3-2019 09:17 AM
Bln aug18 last check....tapi knp x jumpa....kena check sapa yg check tu

yg check tangki tu sebelum ni katanya tak pi panjat tangki

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.064190 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top